Sabtu, 28 Mac 2009

Sinopsis Relevankah aku dihatimu...

mmm... lupa plak nak tuliskan sinopsis terlebih dahulu. mm.. ini sinopsisnya. Selamat membaca...

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora
yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit.
Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup
memahami. Kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang
menyembuhkannya. Dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan
ketenagnannya.

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekati.

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan
bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab
kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana
dalam diam menyimpan harap?

Tiada ulasan: