Selasa, 30 Disember 2008

PENITI datang lagi...

Perhatian kepada semua pelajar IPTA/S Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni (PENITI V) kembali lagi. Sila semak dengan bahagian hal ehwal pelajar IPTA/S masing2.

Rabu, 24 Disember 2008

Sekalung penghargaan

mmm... terima kasih kutujukan kepada seseorang kerana sesuatu untuk sesuatu dari sesuatu kejadian....

Ahad, 21 Disember 2008

Sekadar mengisi malam...

Di dalam dunia ini didiami oleh pelbagai macam makhluk. Maka, terdapat perbagai jenis ragam yang ada. Variasi yang ada ini adalah ketentuan Tuhan semata-mata. Kita sebagai manusia merupakan pengembara yang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi yang pasti. Ya! Benar! Sangat pasti. Perjalanan bermula dari alam roh, alam rahim, alam kehidupan, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Perjalanan ini memang telah ditentukan sejak dari azali lagi.

Sudah menjadi lumrah dunia, sesiapa yang ingin mengembara mestilah membawa bekal. Jikalau kita ingin berjaya dalam pengembaraan kita, bekal yang kita bawa itu mestilah mencukupi dan mampu untuk menampung segala kejadian yang tidak diingini sama ada kita perasan atau tidak. Seorang pengembara di tanah gersang akan membawa air sebagai bekalan. Tidak lupa juga sedikit wang untuk digunakan di masa kemudian sekiranya musibah datang tanpa diundang. Jadi, kita juga mesti begitu. Hidup ini saling ingat-mengingati. Jadi, alangkah indahnya jika kita mampu untuk mngeingatkan diri kita terlebih dahulu dan kita peringatkan orang lain agar kita sama-sama dapat menuju ke satu jalan yang sama menuju ke syurga.

Hari ini, masalah yang timbul menjadi semakin rumit dek kerana cara pengolahan dan kaedah kita memandang suatu masalah itu. Persepsi yang timbul menyebabkan pandangan mata kita kabur dari melihat kebenaran. Yang hadir hanyalah umpatan, kejian dan fitnah-memfitnah. Kita kadang-kadang sibuk memikirkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat dari sesuatu yang kita fikirkan itu. Apa yang selalu didengari ialah semua manusia tak sempurna dan tak terlepas dari melakukan dosa. Masalahnya, bukankah Tuhan telah berkata di dalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Maka, sepatutnya tiada masalah yang timbul di muka bumi ini. Namun begitu, Tuhan itu Maha Kaya. DIA ingin menguji hamba-hamba-Nya ini. Ketika penciptaan manusia, Tuhan telah mengurniakan satu benda yang sangat bernilai dan tidak ada pada makhluk lain iaitu akal. Akal inilah yang merosakkan kita sendiri pada hari ini. Bayangkan jika akal ini mampu untuk dikawal. Maka, apa yang kita lihat pada hari ini tidak akan terjadi. Peperangan, kemusnahan, persengketaan, lahirnya istilah 'musuh dalam selimut', 'gunting dalam lipatan' dan sebagainya.

Kita kadang-kadang mempunyai peluang dan ruang untuk melakukan sesuatu yang terbaik sebagai bekalan kita di penghujung pengembaraan kelak. Namun kita sering abaikan. Apa yang penting bagi kita ialah kita hanya ingin melepaskan segala permasalahan yang kita tanggung itu seorang. Kita tidak pernah memikirkan tentang orang lain yang juga memainkan peranan dalam pengembaraan kita itu. Cuba kita renungkan sejenak badan kita. Ada tangan, kaki, telinga, hibung, perut, kalau komponen dalaman pula hati, limpa, jantung, usus dan banyak lagi. Semuanya bersistem. Dan sistem ini berfungsi dengan penuh harmoni. Tangan menjalankan kerjanya, kaki menggerakkan badan dan komponen lain juga begitu. Sangat akrab dan bersatu padu.

Kadang-kadang, langit yang disangka cerah sepanjang hari mampu untuk mencurahkan hujan di tengah hari. Masalah dari luar akan hadir tanpa kita undang. Jika perumpamaan anggota badan di atas sebagai contoh, apabila seekor nyamuk datang menghampiri kepala, tangan dengan pantas akan menghalaunya. Begitulah juga kita. Kadang-kadang dugaan datang melana, kita harus bersedia dan yakin menempuhinya. Jangan biarkan nyamuk itu meghisap darah kita sampai kering dan akhirnya kita mati kekeringan ataupun menghadapi menyakit bawaan nyamuk.

Bersyukurlah.

Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih(surah Ibrahim ayat 7)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Terima kasih tuhan atas segala pemberian-Mu. Insaflah... Sukar benar ingin melakukannyakah?



p/s: aku berkata bukan untuk didengar atau dibaca. aku berkata untuk diriku sendiri. yang pasti, telingaku ini lebih dekat dengan mulutku yang berkata-kata ini dari telinga orang lain. berfikir dan terus berfikir. perjalananku untuk mencari diriku yang dulu.....

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat Bukhari & Muslim )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( Riwayat At-Tarmizi)

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DARI orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Wallahualam....





Sepi...



bisikku pada bulan
kembalikan temanku,
kekasihku
syurgaku


tanpa dia
malam menemanku

sepi memelukku

bulan...
jangan biar siang

biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku...

Jumaat, 19 Disember 2008

Sekitar Raya Korban

Yaa,.. Kelihatan di situ seekor incik lembu yang agak pasrah disulami dengan rasa ketakutan telah sedia melandingkan badan beliau di atas tanah.
Ini adalah incik lembu tadi. Tinggal perkakas dalam je.. Dasat sungguh...
Inilah yang dinamakan perut. Sapa yang perut tuttttt tu lebih kurang camni la ropenya. Hahaha....
Yaa... Mereka sedang memcuci perut itu. Antara bahan yang digunakan ialah serbuk pencuci, berus dan yang penting skali ialah washing mechine.

Rabu, 17 Disember 2008

Ayat-ayat yang mnjernihkan suasana...

"Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :[PENTING NI.......)
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah


Isnin, 15 Disember 2008

Pengakhiran satu penyiksaan

mmm... akhirnya.. dapat gak tenet setelah pulang dari perhimpunan patriotisme putra....

Selasa, 9 Disember 2008

Update

Mm.. aku skang sah berada di kolej kembali. balik cuti jap je.. huhu.. mm.. aku dah keluar dari gua dah(dah ada enset balik). mm.. cuma mungkin malam nih nak gi aktifkan no meksis disamping no selkomku tetap jua aku gunakan. sekian harap maklum....

Jumaat, 5 Disember 2008

REMP - IT

Di dalam kesibukan dan hiruk pikuk kota, terselit sebuah kisah tentang anak-anak muda zaman sekarang. Jalan-jalan utama yang pada siang harinya merupakan lautan manusia dan kenderaan bertukar menjadi lengang pada malam hari. Hanya sayup-sayup kedengaran bunyi motosikal anak-anak muda yang membingitkan telinga. Di sebuah taman perumahan berhampiran kota raya kelihatan dua orang anak muda bersama motosikal kesayangan mereka...

Preng..... Preng...

"Mmm... Amacam jen, jadi tak malam nih?"
"Uih... Mesti jadi punya.. Kita kasi gegar kotaraya malam nih. Baru diorang tau sapa kita"
"Wokeh!!! Ko gerak dulu. Aku folo dari belakang"
"Wokeh! Warga kota!!! Lihatlah aksi kami..........."

Itulah rutin mereka apabila hujung minggu tiba. Firdaus atau lebih dikenali sebagai jen, dari tadi asyik mengilatkan motorsikal TZMnya itu. Tak lupa juga kawan baiknya, Sazni, atau lebih dikenali sebagai kecik pula asyik memerah minyak motornya dari tadi..

Prengg.... prenggg.....

Jen memang seorang pelumba yang sangat handal. Setakat orang seperti kecik, memang makan asap la jawabnya. Ramai pelumba yang dah tewas di tangan jen. Motorsikal TZMnya itu memang sangat berkuasa. Derumannya itu sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpegun. Jen amat berbangga dengan prestasi motorsikalnya itu. Bagi kecik, dia tidak kisah kalau asyik kalah dalam setiap perlumbaan dengan Jen kerana Kecik masih lagi baru dalam bidang tersebut dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

Malam sudah semakin larut. Kebiasaannya anak-anak muda sekarang sudah berada di depan televisyen untuk menonton rancangan televisyen kesukaan mereka. Namun tidak bagi Jen dengan Kecik. Pada malam itu adalah amat bermakna bagi mereka. Lebih-lebih lagi kecik. Dia amat berharap yang motorsikal Honda CBR 150ccnya yang baru di'setting'nya itu dapat melawan kehebatan TZM Jen. Sudah lama dia mengharapkan kemenangan berada di pihaknya namun belum ada rezeki agaknya.

Kedua-dua anak muda tersebut telah bersedia dengan motorsikal masing-masing. Bergaya sungguh mereka. Maklumlah... Malam penentuan.

Prenggg.......... Prenggg...... Prenggg.....
Vroommmm.... Vroommm.... Vrooommmmmm....

"Jom!! Kita jalan-jalan dulu. Kasi bakar jalan KL nih dulu," kata Jen dengan penuh bersemangat.
'Orait! KFC pun KFC la..." balas Kecik yang tak berapa dengar apa yang diperkatakan oleh Jen kerana helmetnya terlalu ketat.

Prengg.....

Laju Jen memecut meninggalkan Kecik yang masih termangu-mangu. Sebentar sahaja Jen dah hilang dari pandangan Kecik.Namun bagi kecik itu bukan masalah. Sebelum ini pun dia sudah biasa di belakang. Memang Kecik tak kesah pun berada di belakang Jen kerana dia ingin mempelajari selok-belok membawa motorsikal daripada Jen yang memang terkenal dengan jehebatannya itu.

Vrrooommm....

Sepantas kilat Kecik meninggalkan tempat pertemuan mereka itu tadi. Jarum speed meter menunjukkan angka 190. Dalam beberapa saat sahaja, kecik sudah mampu melihat kembali Jen di hadapannya.a

"Kecik...Kecik... Makan asap lagilah kau kali nih" kata Jen di dalam hati. Beliau yakin, walaupun Kecik baru setting motorsikalnya, namun, masih tidak mampu menyaingi kehebatan metorsikalnya yang baru 5 bulan dibelinya. Lagipun kawasan itupun memang kawasan Jen.

Preeennggg.............
Vrroooomm.....................

Mereka masih lagi saling kejar mengejar. Jen masih lagi di depan. Kecik mengekori di belakang. Semakin hampir. Deruman enjin motorsikal mereka amat membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Nasib baiklah mereka memakai topi keledar dengan ketat dan diikat kemas. Maka, bunyi bingit itu tidak kedengaran sangat. Kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi pekak. Mujur Jabatan Keselamatan Jalan Raya banyak buat kempen menyuruh penunggang motorsikal memakai topi keledar dan diikat kemas.

Prreeeooommm......

Kita kembali ke kisah Jen dan Kecik. Walaupun Jen masih di depan, hatinya menjadi gusar. Beliau risau melihat prestasi motorsikal Kecik jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Biasanya Kecik akan ketinggalan dalam 5 atau 6 tiang letrik. Namun pada malam itu Jen dapat rasakan Kecik amat hampir dengannya. Mereka terus memecut laju. Di hadapan meraka ada satu selekoh tajam. Mereka perlu berhati-hati. Kalau tersilap langkah boleh membawa maut.

Walaupun menyedari bahaya yang akan menimpa dirinya, Jen tetap mahu melihat ke belakang untuk mendapatkan anggaran jarak antara dia dengan kecik. Dia memang tidak suka meletakkan cermin sisi di motorsikalnya kerana cermin tersebut akan menambahkan rintangan angin bagi motorsikalnya. Jadi, nak tak nak terpaksalah dia menoleh ke belakang. Hati Jen semakin berdebar sementara Kecik masih lagi cuba untuk memintas Jen. Bagi Kecik, selekoh adalah peluang terbaik baginya kerana dia hampir mustahil untuk memintas Jen di jalan yang lurus.

Selekoh berbahaya itu hanya beberapa meter saja dari Jen. Jen tak mengendahkan semua itu, yang penting dia tahu kedudukan Kecik kerana dia sedar kelemahannya adalah di selekoh. Ketika speed meter masih menunjukkan angka 190, Jen menoleh ke belakang. Kelihatan Kecik hanya beberapa inci sahaja dengannya. Satu jarak yang sangat dekat. Ketika sampai ke selekoh tajam itu, Jen yang baru hendak mengalihkan pandangannya ke depan tiba-tiba.............

Prengg.....
"Opocot! Astaghfirullah al azim... Budak-budak nih. Nasib baik aku tak dilanggarnya!"

Jen hampir melanggar kaki seorang pak cik yang lengkap berpakaian solat dan berkopiah putih. Dalam kesamaran malam dan diselibungi asap motorsikalnya, Jen dapat melihat kelibat pak cik tersebut. Jen sangat pasti itu adalah Pak Din iaitu ayahnya sendiri. Dia nyaris melanggar ayahnya tadi yang baru pulang dari surau. Kalau tak memang nahas dia. Dah la bawa motorsikal melebihi had laju, lesen pun takda lepas tu langgar orang pula dan orang itu adalah ayahnya sendiri.

"Sorry pak!! Nanti kita cerita kat rumah pak!!!" kata Jen namun suara itu ditenggelami dek deruman enjin yang bingit itu. Sedikit pun Jen tidak rasa bersalah. Apa yang lebih penting bagi Jen ialah dia harus menamatkan perlumbaan itu dengan kejayaan kerana sebelum ini belum pernah ada pelumba lain yang berjaya memintasnya. Kecik semakin hampir di belakang....

"Tak boleh jadi nih! Aku kena buat betul-betul" kata Jen dalam hati sambil memulas minyak sehingga tahap maksimum. Kecik juga begitu. Dia yakin dapat memintas Jen dan seterusnya memenangi perlumbaan tersebut. Mereka terus memecut laju. Sesekali Kecik seolah-olah hampir memintas Jen. Jen yang kelihatan asyik membetulkan helmetnya. Mungkin terlalu ketat agaknya.

Preeeenggggggggggg............................
Vrrrooooooooooommmmmmm...........

Hati Jen berdebar-debar. Adakah Kecik akan berjaya menewaskannya pada malam tersebut? Kecik juga berdebar-debar. Adakah dia berjaya melenyapkan rekod tanpa kalah kawannya itu? Di saat segala persoalan dan teka-teki itu bermain-main di minda mereka, tiba-tiba....

Prenggg...
Vroomm...

"Alamak! Ada kereta peronda polis pulak melintang kat depan nih." kata Jen dalam hati.
Kecik pada ketika itu ada beberapa cm di belakang Jen.

"Kacau betul polis ni. Takpe aku ada cara aku!!" sambung Jen lagi.

Jen menambahkan kelajuan motorsikalnya ke tahap yang paling maksimum. Kecik masih di belakang. Motorsikal Jen semakin laju. Ketika semakin hampir kepada kereta peronda polis tersebut, Jen terus memecut sambil mengangkat tayar depan motorsikalnya. Jen menjerit.....

"Yiiihuu........" sambil motorsikal TZMnya melayang ke udara melepasi kereta peronda polis tersebut. Kecik yang sejak dari tadi mengekorinya gagal mengelak dan melanggar kereta peronda tersebut.

"Tipu!!!! Tipu!!! Kau main tipu!!! Mana ada moto boleh terbang!!!Kau tipu!!" kata Kecik sambil menangis.
"Dah la.. Tak nak main dengan kau lagi.. Tipu!!!" sambung Kecik sambil menuju ke muka pintu dan berjalan pulang ke rumahnya.
"Eleh... Boleh apa!! Ko je yang tak tau"

"Dah... Dah... Gi tido. Kemaskan permainan nih. Esok kan nak gi tadika. Asal main je gaduh.. Asal main je gaduh. Takde keje lain!!" ujar Mak Cik Zu, iaitu mak Jen setelah melihat Kecik meninggalkan ruang tamu sambil menangis.

"Ye la... Ye la... Kecik tu yang tak reti main"
"Aku kata sudah!! Kemas permainan tu. Lepas basuh kaki, mesuk bilik tido!"
"Baru pukul 10 la mak"
"Eh... Menjawab pulak dia!"

Khamis, 4 Disember 2008

Mari belajar 2

Baiklah, kita teruskan pelajaran kita lagi. Kali ini untuk beberapa ayat yang penting..







Sob..sob...

mm.. pernah tak anda semua melihat keropok lekor yang dicecah dengan sos? huhu.. perkara yang sama jugalah telah berlaku terhadap hensetku..... huwaaa..... cuma sos tu diganti dengan air sungai gabai je........................... sedey..

Rabu, 3 Disember 2008

Mari belajar...

Ketika mencari idea apakah yang ingin dimuatkan di dalam blog nih, tetiba teringat seorang kawan. Beliau nih kurang upaya dari segi percakapan. Jadi, seperti biasa, beliau akan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang lain la kan... Jadi, mari kita belajar bersama-sama manalah tau, mungkin kita terserempak dengan golongan begini, maka mudahlah bagi kita untuk memahami apa yang mereka ingin sampaikan....

Untuk permulaan, kita akan belajar asas huruf dahulu...Baiklah, seterusnya kita belajar pula sistem nombor....






Cinta Sabun Mandi

Aduh Nyai…
dengarkan lah…
cintaku tulus dan suci…
sama Nyai
Kalau kaca bisa pecah
Kayu juga bisa patah
Tapi cinta ku pada Nyai
Tak penah berubah
Sampai mati cintaku tak akan musnah
Cintaku kepada Nyai
Tak seperti sabun mandi
Pabila sering di pakai
Makin habis kurang wangi
Percayalah cinta ku suci dan murni
Ku jual baju celana
Itu semua demi Nyai
Aku rela jadi kuli
Demi Nyai
Walaupun Madonna cantik
Marilyn Monroe juga cantik
Tetapi bagi ku lebih cantik Nyai
Aku rela korban harta
Demi Nyai
Aku rela korba nyawa
Demi Nyai
Cintaku kepada Nyai
Tak seperti sabun mandi
Pabila sering di pakai
Makin habis kurang wangi
Percayalah cinta ku suci dan murni

Selasa, 2 Disember 2008

Alhamdulillah... Akhirnya settle gak kpsp nih.. mm.. Kalo nak dikatakan penat tu leh tahap cipan gak la.. huhuhuhu.. mm.. skang nih nak kena tumpukan kat final projek jap. Synthesis and characterization of liquid crystal dimer containing azobenzene moieties..

Ahad, 23 November 2008

??????????

mmm.. tatau nak cakap pe.. tetiba teringat lagu ni...

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Rabu, 19 November 2008

Kau sahabatku(Buat sesorang yang sedang mencari jawapan)..

‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.’

Salam
Apa khabar? Anis harap Za sihat selalu. Anis Alhamdulillah sihat cuma seperti biasa sibuk dengan kerja dan tanggungjawab. Seingat Anis sudah lama kita tidak berhubung. Za seakan melarikan diri dari Anis. Apa salah Anis? Anis berharap semoga Za dapat memberi penjelasan kepada Anis. Segalanya untuk kebaikan kita berdua juga. Anis sayangkan Za....Anis sayangkan persahabatan kita...Za. Malah Anis sudah menganggap Za sebahagian dari keluarga Anis.
Wassalam
Anis.

Anis membaca e-mail itu berulang kali dengan satu perasaan sayu sebelum Anis menghantarnya kepada Zakiah. Zakiah merupakan kawan rapat Anis sejak umur Anis 6 tahun. Kebetulan pula rumah mereka berada di dalam satu taman ketika itu. Sama-sama pergi dan balik dari sekolah tadika. Kemudian ketika di sekolah rendah, selama 6 tahun berturut-turut mereka di dalam kelas yang sama. Sehinggalah mereka terpisah ketika naik sekolah menengah. Itupun hanya jasad sahaja yang terpisah kerana mereka masih berhubung setiap waktu. Sama ada melalui surat, telefon ataupun mereka akan berjumpa semasa cuti sekolah.

Keakraban Anis dan Zakiah makin erat setelah mereka sama-sama dapat melanjutkan pelajaran di universiti. Walaupun bukan di universiti yang sama, tetapi mereka tetap berhubung dengan lebih kerap dengan adanya teknologi yang semakin canggih. Kini sms dan e-mail pula sebagai penghubung mereka dan sekali-sekala mereka berhubung melalui perbincangan di ruangan maya. Pendek kata, keakraban mereka itu diibaratkan cubit peha kanan, peha kiri turut terasa kesakitannya.

‘Kalau nak tahu Anis kat mana, tanyalah Zakiah’ teringat kata kawan-kawan mereka dahulu. Begitulah juga sebaliknya kalau nak tahu di mana Zakiah tanyalah Anis. Kini, hubungan Anis dan Zakiah sudah semakin hambar. Tambahan pula, keluarga Anis sudah berpindah ke negeri lain kerana ayah Anis sudah bersara. Dan kini Anis pula telah bekerja di utara semenanjung. Kalau dihitung dengan jarak pemisah memang ia satu ukuran yang boleh dijadikan alasan. Namun, sewaktu Anis belajar di luar negara dahulu jarak pemisah tidak pula menjadi alasan. Kata orang ‘nak seribu daya, mahu seribu cara’. Tetapi kini, ‘nak seribu daya, dan tak nak seribu alasan’. Semuanya berpunca kerana seorang lelaki.

Anis teringat kenangan bersama Zakiah.
‘Anis..nak tau cerita terbaru kawan-kawan lama kita tak?’ tanya Zakiah dalam telefon suatu hari.
‘Mestilah nak....apa ceritanya? Siapa yang beritahu Za?’
‘adala yang beritahu’ Zakiah seakan berahsia dengan Anis. Kedengaran gelak kecil Zakiah di hujung telefon.
‘Ok..dengar bebaik...ingat Suhaimi? Ala...yang duduk sebelah Zaki dulu. Dia sekarang ambik perubatan dekat UM. Shahirah pula sekarang belajar kat UMP. Zaki sekarang dekat MMU. ......’ Hampir sejam Zakiah dan Anis bercerita tentang kawan-kawan lama.

‘Za....siapa yang bagi maklumat dekat Za pasal kawan-kawan kita?’ tanya Anis secara tiba-tiba.
‘Za telefon Amar semalam...Amar la yang cerita’
‘Za dengan Amar ada apa-apa ke? Ceritala Za....takkan malu-malu dengan Anis kot?’ pancing Anis untuk tahu cerita sebenar.
‘mana ada apa-apa dengan dia la Anis...Za memang selalu telefon dia. Lepas tu semalam dia ada minta nombor telefon kawan-kawan lama. Nombor Anis Za beri juga tau.’ Terang Zakiah pada Anis.

Selang beberapa hari. Anis mendapat satu pesanan ringkas (sms) dari Amar. Bertanya khabar dan tanya perkembangan terbaru. Dan dari situlah segalanya bermula. Bermula hubungan Anis dan Amar serta bermulanya perselisihan faham dengan Zakiah. Semakin rapat Anis dengan Amar, semakin menjauh pula Zakiah dari diri Anis. Walaupun Zakiah tidak pernah bertanya pada Anis tentang cerita sebenar Anis dan Amar tetapi dapat dirasakan disitu segalanya bermula.

Kini, sudah hampir dua tahun Anis berkawan rapat dengan Amar dan selama itu juga Zakiah seakan melarikan diri. Bermacam-macam cara perhubungan telah Anis cuba semuanya gagal. Memang benar agaknya Zakiah ingin melarikan diri dari Anis. Tetapi dalam hal ini bukan salah Anis dan Amar. Diri Anis bukannya perampas kerana Amar dan Zakiah tidak pernah ada apa-apa sebarang hubungan. Malah, Amar sendiri hanya menganggap Zakiah sebagai kawan seperti mana Amar berkawan dengan kawan-kawan perempuan yang lain. Hanya mungkin Zakiah yang menyimpan perasaan terhadap Amar. Apapun segalanya mungkin. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Anis tidak putus-putus berdoa semoga hubungan persahabatan antara Anis dan Zakiah kembali baik seperti dahulu kala. Ibu bapa Anis pun kerap bertanya itu ini tentang Zakiah. Penat juga Anis menerangkan. Penjelasan dibuat untuk kebaikan dua-dua pihak. Anis seboleh-boleh nak mengelakkan ibu bapanya tahu dengan apa yg berlaku, Cuma Anis menyatakan perihal mereka yang semakin sibuk sejak mempunyai dan kerjaya masing-masing ada kehidupan yang tersendiri.

Pagi itu, sampai sahaja di pejabat Anis segera membuka kedua-dua e-mailnya. Email untuk kegunaan rasmi dan tidak rasmi. Kedua-duanya sama penting dan ada kepentingan tersendiri. Tiba-tiba mata Anis terpaku pada satu email di ruangan inbox. Pengirimnya amat dikenali ‘Zakiah Ibrahim’.

Salam..
Apa khabar sahabatku Anis?
Terima kasih atas kiriman email-email...maaf baru hari ini Za reply. Sebetulnya Za lama tak sihat...hati Za sakit Anis. Apapun, alhamdulillah Za dah sembuh sekarang. Hati Za dah diubati. Dan Za sedar persahabatan kita lebih utama. Maafkan Za....sebab mendiamkan diri dari Anis sedangkan diri Za sendiri yang bersalah. Menyimpan perasaan pada Amar sejak dulu...tapi rupanya Amar yang sukakan Anis. Itupun semua cerita lama.....Alhamdulillah Za sudah pun berjumpa dengan seseorang. Dan kalau tiada aral insyaAllah Za akan berkahwin dengannya hujung tahun ni. Apapun, Za rindu sangat pada Anis. Za terasa nak jumpa Anis. Kalau Anis dah maafkan Za, sudilah kiranya hubungi Za kembali untuk kita berjumpa.
Salam sayang,
Zakiah.
012-3875474

Sekali lagi Anis rasa sebak dan terasa benar Allah dekat padanya. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' -Surah Al-Baqarah ayat 45

Anis tidak sanggup kehilangan sahabat baik seperti Zakiah, susah dan senang bersama. Zakiah sanggup mengorbankan segala kepentingannya untuk diri Anis. Tambahan pula sudah sekian lama mereka kenal dan bersama-sama.

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh.

Saat itu juga Anis mencapai telefon untuk menghubungi Anis.

‘assalamualaikum....Za...’ Anis memulakan perbualannya di telefon. ‘Wa’alaikumussalam..............’ jawab Zakiah. Zakiah masih mengenali suara Anis. Dan kemudiannya hanya kedengaran suara tangisan. Tangisan mereka berdua.

‘Za tak sanggup kehilangan Anis...’ Zakiah bersuara setelah reda tangisan mereka berdua.
‘Anis pun sama...dua tahun Anis rasakan kehilangan sesuatu..jangan buat macam ni lagi Za’ jawab Anis pula.

Kata2 imam al Ghazali;
'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dgn berpada pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya'

'sahabat itu dilihat dari agama ...' Setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan org lain dari kepntgn dirinya) , manakala serenda- rendah ukhuwwah ialah salamatus sodri (berbaik sangka)....

“Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka, jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia” Saidina Ali

Selasa, 18 November 2008

Aku kau dan sesuatu...

Sebahagian daripada peserta 'Kembara Mencari Jodoh'
Peserta 'Kembara Mencari Jodoh' sedang meninjau2 kawasan. Mana tau leh jumpa jodoh.. Eh!! Jodoh tu apa eh?? Bulat2 cam bola ke? Boleh makan nasik cam ayam ke??

Sebenarnya yang pakai baju kelabu tu abang angkat. Tapi.... Bila dah dok seblah cam adik angkat plak.. Anak kecik2 lagi. Anak papa suma dah besa2 kan??? kan??


Sesekali rse cam engineer plak.. Nih mse hari persandingan anak papa. Yang mana ntah...

Hehe... Anak2 papa jangan riso. Nih bukan untuk papa.Nih sepupu papa punya..



Isnin, 17 November 2008

Aktiviti seken yg best mse cuti...

Mmm.. Penat oo.. Baru balik dari Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan sempena Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2008. Best gak ar.. Dapat merasai suasana kampung yg mmg kampung. Tidur kat serambi, pastu mandi guna air kolam... Trrr... Sejuk oo... Dapat plak famili angkat yang masak best2... Lagi berat la aku.. huhuhu... mmm... kakak ngan adik angkat pun best.. Kakak angkat sulung namanya Mira, adik plak nama Rahimah.. Hehehe...

Rabu, 12 November 2008

Hari penuh kebahagiaan

Mm... Untuk mendapatkan kebahagiaan ada baaaaaanyak cara. Nih salah satu la.. Cara2nya ialah:
Bangun awal pagi kemudian sembahyang subuh
kejutkan rakan2 anda
buka tin sardin, basuh beberapa biji telur ayam, buka pengikat roti sandwich
pecahkan telur, hancurkan sardin, panaskan minyak di kuali
letakkan sardin kat roti, gulung roti, celup dengan telur, masukkan dalam kuali
angkat yang dah masak, masukkan dalam plastik, ulang sampai roti dan sardin abis
capai henset, bagi mesej, panaskan enjin moto
isi minyak moto, pam angin tayar
tengok ke hadapan, pastikan jalan betul
mesej kembali dan dapatkan kepastian tentang arah tuju
kalau salah jalan, pusing kembali n ambil jalan yang betul, alert pada papan tanda
sampai kat tempat kejadian, matikan enjin moto, bayar RM1
jalan kaki, sampai tempat best, loading barang
nikmati udara segar, rasakan kesegarannya, bersukaria
apabila penat, pergi tempat barang2, koyakkan plastik roti, makan roti
sambung kembali bersukaria, rasa puas
berkemas, jalan kaki, start moto, gerak
rasa lapar, signal kanan, matikan enjin moto, order makanan, makan
start enjin moto, pulang ke tempat asal, rehat
Kepada sahabat-sahabatku, buk si bulu dada, azfar si tangki air, ashraf si sel badan dan tak lupa juga orang penting hari ini merangkap ketua xpdc, mu'im si karuks, pengalaman hari nih mmg best... BEST GILERRRRRR ah...

Khamis, 6 November 2008

Khas buat seseorang yg disayangi...

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi...
Selamat hari jadi... ibu...
Selamat hari jadi....
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkanlah ibu saya..
Allah selamatkan kamu...
Happy Birthday Ibu....
(06/11/08)

Permata yang dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Selasa, 4 November 2008

Anak papa balik kampung...

Ahha... Papa berasa sangat gumbira kerana di hari lebaran yang lalu, ramai anak-anak papa yang pulang menyambut hari raya bersama papa.. Mari kita tengok aksi2 mereka..
Ini antara anak perempuan papa. Tak pernah balik beraya. Bile balik je tu yang papa terus terkam tu.. Bukan makan aa.. Rindu kat anak2...

Ini anak bongsu.. Punyalah manja.. Dah beso panjang nak berjalan pun kena dukung gak,..

Haa... Yang nih anak sulong kot.. Tak ingat ar.. Ramai sgt.. Tapi yang pastinya yang pompuan sebelah papa tu bukan mama tau.. Tu mungkin anak papa gak kot. Tak pun anak menantu..

Haa... nih la anak2 papa yang sempat pulang berhari raya ngan papa tahun nih... Mekacih la sebab balik eh.. Cayang korang...

Ini adalah anak papa yang sangat berjaya.. Lihat!!! Sampai 2. Sian papa gak yang keseorangan...

Yang tua semacam pakai baju kaler biru tu bukan anak papa tau. Jiran kot.. Papa pun tak ingat..


Time bergambar kat depan kolam air pancut papa.. Yang nampak bangunan kaler pink tu la banglo papa bt khas utk anak2 papa..

Tengok!!! Ada ke patut diorang dera papa suruh main satu lagu.. Ingat papa tak reti main ke.. Papa terer gak tau...
p/s: kepada anak2 papa yang tak balik raya tahun nih... pulanglah... papa merindui kamu...

Doa seorang kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Ahad, 2 November 2008

Kisah Tiga Sahabat

Kisah yang akan dikisahkan oleh aku nih hanyalah rekaan semata2. Adapun aku menulis nih disebabkan pada ketika ini aku sedang tension studi... HUhuhu... Esok exam..

Kisahnya bermula begini...

Di tengah-tengah kota metropolitan, tinggallah 3 orang sahabat yang bersahabat baik sejak dari mereka berkenalan. Adapun nama mereka ialah Fahmi, Hanif dan Muhammad. Ketiga-tiga nama tersebut adalah bukan nama sebenar. Mari kita dengar perbualan mereka...

"Fahmi.. Awek sihat?" tanya Hanif sambil mencari-cari lagu untuk didengar.

"Aku ada plak awek. Aku kan takde perasaan" kata Fahmi pula.

"Elehh... Yela tu.. Abis tu yang aritu tu apa?"

"Oo... Yang tu... Tu member aku la.. Kiorang diskas2 subjek.."jawab Fahmi.

"Oo... Ingatkan awek.. Mana la tau kan... Sblm nih takde pun camtu..."sampuk Muhammad yang diam sahaja sejak dari tadi..

"Kalau ye pun apa salahnya. Setakat jumpa.. Bukan ada masalah.. Tapi kena berhati-hati. Banyak mata memandang dan ramai yang tak puas hati.. Jangan sampai kantoi sudah.. Nanti perang dunia tercetus lagi..." sambungnya pula..

Tiba-tiba...

"Eh.. Jom makan.. Lapo la.." Fahmi bersuara semula.

"Boleh juga. Lagipun dah 2 hari aku tak sentuh nasi nih... Bleh pingsan aku
camnih.." sahut Hanif sambil menunjukkan tanda bagus.

Lalu, hendak dijadikan cerita, mereka bertiga itu pun pergilah ke sebuah kedai makan yang agak terkenal untuk mengalas perut mereka. Fahmi memesan roti tampal dua, manakala Hanif memesan tosei ngan air susu. Kemudian semua mata terarah ke Muhammad...

"Weh, ko nak makan pe?" tanya Fahmi sambil membalas mesej di talifon bimbitnya.

"Roti kosong satu ngan air suam," jawab Muhammad perlahan.

"Haaa!! Cukup ke?" hampir serentak Hanif dan Fahmi berkata.

"Cukuplah tu...."balas Muhammad.

Ketiga-tiga sekawan itu pun makanlah dengan riangnya. Banyak perkara yang dibincangkan. Dari sekecil-kecil masalah sehinggalah kepada sedeneso-deneso masalah. Semuanya dikongsi bersama. Mereka seakan adik-beradik walaupun tiada sebarang ikatan. Jikalau salah seorang daripada mereka menghadapi masalah, mereka akan menyelesaikannya sendiri. Susah senang bersama. Setelah selesai makan, mereka pun ingin pulang semula ke rumah mereka. Semasa di kaunter bayaran...

"Roti tampal dua dengan teh tarik"

"RM 4.20"

"Tosei satu dengan air susu"

"RM 3.60"

Sampai kepada giliran Muhammad, beliau hanya diam sahaja.

"Makan apa tadi?" tanya juruwang itu.

Muhammad hanya tunduk memandang lantai. Diam seribu bahasa. Tidak berapa lama selepas itu, dia pun mengangkat muka sambil berkata.....

"Mmmm.... Tokei, berapa biji pinggan kena basuh kalo makan sekeping roti kosong ngan air suam??''

*************************************************************************************

p/s: Tank, tu sebab aku tak terima ajakkan ko ari nih...

Khamis, 30 Oktober 2008

Kisah sebuah kehepian...

Akhirnya....
Doaku dimakbulkan tuhan jua.
Mmmm.. Gumbira je rse ari nih.. Nape ek??(sambil garu2 pale).. Hehe.. Mmm.. Siasat punya siasat, rope2nya subjek Kimia Organik II ku lulus... terima kasih dr Gwenn.. Seram sejuk gak ar ble pk psl organik nih.. Kali nih dah kali ke-3 aku amik..

"Haa??!! 3 kali???"terbeliak bebola mata dr Gwenn di saat pertama kali daku berjumpa dengan beliau..

"Btol dr..." kataku kembali dengan penuh keyakinan...

"Meh no matrik...(alih dialog. takkan la beliau berkata begitu kan???)" kata dr Gwen..

"135576!!" pantas je jawab. cam time kawad plak...

"Jangan riso. Awak lulus.. Dapat C.."

"Btol2 la dr. . nih bukan sarkis nak buat lwk2 plak... nih soal masa depan.. Saya ada misi.."

"Btol la.. bukan cobaan,"

"Ye ke?? Yahoo!!!!" lalu bebrapa aksi kurang sopan telah berlaku. kurang bertatasusila btol...

"Eh... Nih pehal plak nih? Bleh buat drama plak," kata dr Gwenn..

"Terima kasih dr. Hahahaha!!!"

Maka, pada hari itu, kelihatan seorang makhluk tuhan nih senyum je.. Jumpa pokok pun senyum gak.. Macam nak belanja memembe je.. Bwk kuar wallet.. Alamak!! hangus.. sori arr gang.. Fulus ciput.. Kalo tak leh blanja (alasan.. hehehe...)

Mm.. begitulah kisah seorang aku pada hari ini, 29 Oktober 2008. Takut gak kalo jadi tragedi Oktober ke kan...

Syukurrrrrrrrrr..................................


p/s: cerita di atas telah diubahsuai supaya sesuai dengan pembaca. Adapun kisah di atas adalah diadaptasikan dari sebuah kisah yang benarrrrrrr....

Rabu, 29 Oktober 2008

Cinta kejar mengejar..

Kata sorang kawan.
Hatinya telah dicuri oleh manusia yang suka mengejar. =)
Entah kenapa aku terus tersengih seorang diri.
Rasa macam ekstrem pula, istilah kejar mengejar tu.


Tiba-tiba terbayangkan aksi Beckam.
Sedang mengejar bola di padang.
Tapi aku tak sukalah pulak.
Untuk membuat perumpamaan.
Perempuan bagaikan sebiji bola.
Yang ditendang ke sana sini.


Aku lebih suka kalau perempuan jadi pengadil.
Ada kuasa nak bagi kad kuning, kad merah.
Agak-agak melampau, bagi kad merah terus.
Tak payah kad kuning. Habis cerita.
Boleh tak macam tu? tak kejamkan?

Jadi, kesimpulannya mungkin begini.
Kalau lelaki tu tak berminat, dia takkan kejar.
Mungkin dia tak nampak sebab, kenapa dia harus mengejar.
Mungkin juga kerana "kurang memenuhi selera". Hmm...


TAPI, macam mana pula kalau...
Lelaki itu sedang mengalami "kecederaan"?
Yang membataskan pergerakannya.
Kiranya, dia bukan taknak kejar.
Tapi disebabkan dia baru je "tercedera".
Dia agak lambat nak mengejar.
Takut terjatuh ketika mengejar.
Dan mengakibatkan "kecederaan" yang lebih parah.
"Dia jalan lambat-lambat".
Seperti kata Aiman Tak Kisah. Hehehe.
Haruskah kita buat kesimpulan.
Dia tidak berminat?


TAPI, macam mana pula kalau...
Lelaki itu tergolong dalam kumpulan yang semakin pupus.
Yang kalau kita terlepas peluang.
Susah dah nak cari yang mempunyai ciri-ciri sebegitu.
Kiranya, satu dalam seribu.
Nak kejar ke tak nak?
Kalau pasti dia masih kosong.
Mengapa tidak kita cuba untuk mengorak langkah?
Walaupun sekadar lari-lari anak.


Kejar mengejar adalah satu permainan.
Meletihkan tapi cabarannya mungkin menyeronokkan.
Orang yang mengejar.
Akan tetap cuba kejar sampai dapat.
Orang yang dikejar.
Akan sentiasa cuba mengelak.
Mungkin hanya untuk menguji.
Sejauh mana yang mengejar sanggup untuk kejar.


Bagaimana ANDA?
Adakah ANDA sedang mengejar?
Atau hanya mampu melihat, dia yang semakin menjauh?


Untuk yang sedang "mengejar".
Terutamanya untuk seorang kawanku.
Yang dah terkena sihir cinta.

Selasa, 28 Oktober 2008

Panduan menghadapi exam

Ahha... Tentu anda tertekan bile musim exam kan??? Nih ada beberapa tips yang aku amik ntah katne ntah. Tak ingat.. Tapi dalam bahasa inggeris la.... Selamat mencuba...

1. Bring a pillow. Fall asleep (or pretend to) until the last 15 minutes. Wake up, say "oh geez, better get cracking" and do some gibberish work. Turn it in a few minutes early.
2. If it is a math/science exam, answer in essay form. If it is long answer/essay form, answer with numbers and symbols. Be creative. Use the integral symbol.
3. Make paper airplanes out of the exam. Aim them at the instructor's left nostril.
4. Talk the entire way through the exam. Read questions aloud, debate your answers with yourself out loud. If asked to stop, yell out, "I'm so sure you can hear me thinking. " Then start talking about what a jerk the instructor is.
5. On the answer sheet (book, whatever) find a new, interesting way to refuse to answer every question. For example: I refuse to answer this question on the grounds that it conflicts with my religious beliefs. Be creative.
6. Bring pets.
7. Run into the exam room looking about frantically. Breathe a sigh of relief. Go to the instructor, say "They've found me, I have to leave the country" and run off.
8. Fifteen minutes into the exam, stand up, rip up all the papers into very small pieces, throw them into the air and yell out "Merry Christmas. "If you're really daring, ask for another copy of the exam. Say you lost the first one. Repeat this process every fifteen minutes.
9. Do the exam with crayons, paint, or fluorescent markers.
10. Bring things to throw at the instructor when s/he's not looking. Blame it on the person nearest to you.
11. As soon as the instructor hands you the exam, eat it.
12. Every five minutes, stand up, collect all your things, move to another seat, continue with the exam.
13. During the exam, take apart everything around you. Desks, chairs, anything you can reach
14. Get the exam. Twenty minutes into it, throw your papers down violently, scream out "Forget this!" and walk out triumphantly.
15. Show up completely drunk. (Completely drunk means at some point during the exam, you should start crying for mommy).
16. Go to an exam for a class you have no clue about, where you know the class is very small, and the instructor would recognize you if you belonged. Claim that you have been to every lecture. Fight for your right to take the exam.
17. Bring cheat sheets for another class (make sure this is obvious. . . like history notes for a calculus exam. . . otherwise you're not just failing, you're getting kicked out too) and staple them to the exam, with the comment "Please use the attached notes for references as you see fit. "
18. When you walk in, complain about the heat.
19. After you get the exam, call the instructor over, point to any question, ask for the answer. Try to work it out of him/her.
20. Bring balloons, blow them up, start throwing them around like they do before concerts start.
21. Bring one pencil with a very sharp point. Break the point off your paper. Sharpen the pencil. Repeat this process for one hour.
22. Get deliveries of candy, flowers, balloons, telegrams, etc. . . sent to you every few minutes throughout the exam.
23. Complete the exam with everything you write being backwards at a 90 degree angle.
24. Bring a musical instrument with you, play various tunes. If you are asked to stop, say "it helps me think. " Bring a copy of the Student Handbook with you, challenging the instructor to find the section on musical instruments during finals. Don't forget to use the phrase "Told you so".
25. Answer the exam with the "Top Ten Reasons Why Professor xxxx is a Terrible Teacher".
And finally , if there were any time left, consider studying for the next exam!


Stress exam?? Jangan tertekan... Kami ada caranya...


Seperti kata pepatah, di saat anda inginkan snek, begitulah juga kami memahami hasrat anda... Kadang-kadang di saat anda inginkan pendapat, tapi takde orang pun yang nak bagi pendapat. Same gak bile anda inginkan ada orang yang akan memberikan anda tips untuk menghadapi peperiksaan akhir, namun tiada siapa yang yang ingin memberikannya.

Pada mulanya aku agak maleh nak memberitahu mengenai research yang telah aku jalankan nih. Namun, atas permintaan seorang rakan, aku terpaksalah mengepostkannya gak....

Pernahkah anda rasa sangat tertekan dek kerana banyaknya lagi nota dan buku yang belum abis dibaca sedangkan exam dah hampir sesangat??? Kadang2 kita menjadi macam orang yang dah tak berapa nak betul dah.. Cakap sensorang, makan sensorang.... sumanya sensoranglah... Kat sini aku bagi sedikit tips untuk digunakan di masa hadapan menjelang hari raya, eh silap, hari peperiksaan. Anda boleh melakukan tips2 berikut mengikut kemampuan anda...

Kaedah pertama(beberapa minggu sebelum exam)..

Bahan-bahan:

1. Beberapa helai kertas nota secukup rasa

2. Botol air mineral 1.5L dan diisi air. Seelok2nya biarlah air yang berwarna gelap...

Cara-caranya:
1. Ambil kertas nota anda itu(hati2 jgn termasuk sekali soalan tutorial), kemudian gulung sehingga sekecil yang boleh. Keberkesanan bergantung kepada cara anda menggulung nota tersebut.
2. Buka penutup botol sekiranya penutup botol itu tak dibuka lagi.

3. Masukkan kertas yang telah digulung tadi secara menegak. pastikan semua bahagian kertas tersebut masuk keseluruhannya di dalam botol tersebut.

4. Masukkan air ke dalam botol tersebut sehingga penuh. Pemilihan air adalah mengikut citarasa anda. Anda digalakkan untuk menggunakan air berkarbonat(air gas la kate orang kg..).

5. Tutup kembali tutup botol tersebut. Kemudian goncang dengan kuat dan biarkan semalaman.

6. Sekiranya setelah semalaman kertas tersebut masih belum larut, ulangi langkah 5.

7. Sekiranya telah larut, nikmatilah air hikmat berserta nota anda pada bila2 masa di mana2 jua..

Kaedah kedua(malam exam)

Bahan-bahannya:

1. Buku yang berkaitan
2. Bantal

3. Katil/tilam

Cara-caranya:

1. Ambil buku yang berkaitan tersebut.

2. Letakkan di bawah bantal

3. Tido
4. Ulangi langkah 3 sampai anda rasa berpuas hati sekiranya anda merasakan kesannya tak menepati piawaian anda
Kaedah kedua(beberapa ketika sebelum memasuki dewan peperiksaan)...
Bahan-bahannya:

1. Buku nota yang berkaitan.

2. Seorang rakan seperjuangan.(Jika perlu).

Cara-caranya:

1. Gulungkan buku nota/teks/rujukan anda itu...

2. Lekatkan sama ada di sebelah kiri atau kanan kepala anda. Pastikan ianya berada betul2 bersudut tepat dengan otak kanan/kiri anda.(Minta bantuan rakan jika sukar melakukannya keseorangan)

3. Tepuk dengan kuat bahagian atas buku tersebut seolah2 anda ingin memasukkan buku tersebut ke dalam otak anda.

4. Sekiranya anda masih merasakan blurr ataupun blank, ulang langkah 1-3 sehingga anda merasakan kesannya.

5. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, tingkatkan lagi kekuatan anda mengetuk buku tersebut...






SELAMAT MENCUBA...




Isnin, 27 Oktober 2008

Aku Untukmu..

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu

Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya...

Sketsa Sebuah Cinta

Oh kekasih hatiku selamanya
Keindahan maya itu milik kita
Terciptalah... sebuah cinta
Jiwa sama bergelora

Kaulah satu dalam hidupku ini
Penawar di kala rindu
Kanku curahkan seluruh cintaku
Padamu... oh... kasihku

Akan kubina istana untuk kita
Dan menikmati gelombang cinta
Di dadaku... dan di dadamu
Degupan seiring irama

Ayuh kupimpinkan tanganmu
Menuju mahligai bahagia
Kitakan bersama
Mengecap nikmat cinta
Hidup bagai di syurga

Rabu, 22 Oktober 2008

Cinta Jemaah Yang Kecundang..

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk,da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuhawk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orangkater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjagaawak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayersentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngankekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayerx der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak katermcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tpsayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang katercinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awakcinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebabmalukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer xistimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebiliksayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilanjer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela,sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau,makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayangla pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer xder rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayangkan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... justmsg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawalah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,,abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalionnak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipissikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuhjari ayg,tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg katayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawakawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malumalu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abgromantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayangn kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAhmembrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?apertandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lahgmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbrnie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove usayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara,ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abgaper buktinyer yang,,,,


----------------------------------------------------------------------------------------------


Ikhlas dari hati, pada mula aku membaca artikel ini aku tersenyum sendirian.. Namun, senyumanku itu akhirnya berubah menjadi satu rasa yang aku sendiri tak tau nak cakap apa... Rasa marah pun ada.. Macam2 la.. Aku merenung seketika... Adakah perkara yang sama akan kualami jua... Lantas aku beristighfar.. Ku berdoa,


“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Ketika aku hampir menekan butang 'publish post', aku teringat ayat dalam surah Toha ayat 131 dan 132 yang bermaksud...

"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeki kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"

Kurindui kehidupanku yang lalu... Tenang dan damai... Jauh dari godaan dunia...

Sabtu, 18 Oktober 2008

Lawaknya...

Perhatikan, lelaki sanggup diperbodohkan kerana cinta. Masa bercinta lelaki sanggup:

1. Bercakap berjam2 ditalifon walau pun baru lepas jumpa.
2. Jadi kaki klentong pada kawan2 & family.
3. Bangun awal2 pagi untuk temankan aweknya jogging.
4. Bawak handbeg aweknya walaupun berjalan ditempat yang ramai orang.
5. Drive dari KL balik JB semata2 kerana aweknya kat JB call bagitau dia tersepak batu.
6. Belanja awek makan pizza hut dihujung bulan walau pun dia cuma mampu makan maggi je kat rumah.
7. Pinjam duit kawan untuk belanja awek tengok wayang.
8. Tahan diri dari merokok kalau awek tak suka bau asap rokok.
9. Duduk atas tanah asalkan awek duk atas riba.
10. Ponteng kerja semata2 nak hantar awek balik kampung.
11. Pakai smart kul 3 pagi semata2 nak buang lipas dalam tandas rumah aweknya.
12. Buang semua no tepon kawan2 pompuan.
13. Takde masa lagi melepak dengan kawan2 lelaki.
14. Temankan awek gi tengok wayang citer cinta yang meleleh.
15. Cancelkan game futsal semata2 nak ikut awek gi shopping.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tips mengawal stress... Bukan ses tau!!!

Mmm.. disebabkan sekarang nih musim orang nak final exam, maka aku pun nak bagi la beberapa tips yang elok diamalkan untuk mengawal stress... Bukan mengawal ses tau.. hehehe...

1. Banyakkan istighfar dan selawat

Bunyinya remeh, tapi setelah selalu banyak beristighfar dan mengucap selawat dalam sehari, hati rasa tenang, jiwa rasa damai dan terasa ada harapan menempuh apa jua yang mendatang.
Sukar untuk aku terangkan kat sini, tapi setelah mengamalkannya, kita boleh mengawal emosi dengan lebih matang dan tenang berdepan segala cabaran. Istighfar dan selawat tu lafazkan dengan ikhlas, dengan niat ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.


2. Zikir dalam Hati

Minda separa sedar sensitif pada apa yang Anda bicarakan di dalam hati. Untuk mengawal emosi, Anda perlu terlebih dahulu pandai mengawal minda separa sedar kerana emosi kita semuanya datang dari situ. Untuk mengawal minda separa sedar dengan baik, kita perlulah selalu bermeditasi, iaitu dengan mendiamkan diri dan bertenang, setenang yang mungkin paling kurang selama 10 minit dalam sehari. Cari tempat yang sunyi, jauh dari gangguan dan luangkan masa untuk bermeditasi. Selalu bertenang dan relaks, be in control. Meditasi biasanya dilakukan di waktu awal pagi dan di tengah malam. Meditasi yang paling baik adalah yang disertakan dengan zikir untuk menenangkan hati. Amalan zikir memberi ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Bila jiwa tenang dan hati bersih dari segala kerunsingan, mudah untuk kita mengawal diri, emosi, perasaan dan kata-kata.

3. Kawal Apa Yang Anda Katakan dan Apa Yang Anda Fikirkan.

Bila kita melihat orang lain, perangai mereka, kata-kata mereka dan apa saja yang datang dari mereka, fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka. Fokus pada tu saja, bukan keburukan mereka dan segala yang tak baik pada mereka. Dengan ini, kita melatih minda separa sedar kita menjadi positif. Bila kita cenderung untuk melihat keburukan orang lain dan kejahatan orang lain, attitude kita mula terarah kepada yang negatif. Jadi, minda separa sedar kita terdidik untuk melihat kepada yang negatif, yang buruk, yang jahat, yang membuat kita sangsi dan yang rasanya akan menyusahkan kita saja, padahal tidak.

Kesannya, kita senang bersangka buruk pada orang lain, situasi, perkara, keadaan, benda dan apa saja yang melanda kita. Lantas, tiba pada satu masa, terasa susah untuk kita mengawal diri.
Untuk mendapat hasil positif, kena tanam benih yang positif.
Hukum alam ni dinamakan hukum “sebab dan akibat”. Dah lama tak gunakan perkataan nih.. Anda adalah apa yang anda fikirkan....


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR.....

Jawapan untuk bekas kekasih...

1)Why did you let me go?
-sbb 1 hr nnt i akan tgglkan u jgk..(mati)..better i leave u now..


2)Can I win you back?
- ikut nasib ar...kalau kita adajodoh..ada ar....kalu xde nk wt camnekan? wekkkk!

3)But I am very much happy with youback then
-tipu ar..hepi kejap jer...pastuboring ar..betul kn?kan?kn? wekkkk!

4)I still love you
- nasib ar..sape suruh..hohoho

5)When did we last talk?
- kite prnah bercakap ker? asyik u jemembebel....hohohoho..

6)Can you go out with me?
- nape....takut ker kuar sorang2?

7)Hey,can i give you/ask for a help?
- tlg menolong amalan mulia..

8)Were you able to move on?
- mesti ar...igt i xleh jalan ker..idh ada keta la...MyVi..haha..

9)I regret losing you
- i x ilang la...ade jeni...hohohoh..u buta ke x nmpk i?

10)I cannot keep my promise to you
- org yg x menepati janji dia tuMUNAFIK! tobat cepat....

11)My parents do not like you
- yeke? biarla..nk wt cmne kan..i pnbkn ske sgt ngn parents u..kire fairla..

12)You have changed
- mestilah...i dh tobat...i xnk masukneraka ngn u...

KEFARDHUAN MEMILIH YANG HALAL

” KEFARDHUAN MEMILIH YANG HALAL ”
( 17 Oktober 2008 / 17 Syawal 1429H )



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Sesungguhnya takwa adalah penentu kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Tajuk khutbah hari ini ialah "KEFARDHUAN MEMILIH YANG HALAL".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai barang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat. Justeru itu, mimbar Jumaat hari ini ingin mengingatkan para jemaah tentang kewajipan menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik dalam kehidupan seharian.

Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Kesedaran masyarakat berkaitan isu halal ini perlu dipertingkatkan kerana beberapa faktor iaitu:

Pertama : Bidang pengeluaran makanan dan barang gunaan serta perkhidmatan semakin maju. Di kalangan pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan barangan dan perkhidmatan masing-masing dengan pelbagai kaedah yang menarik untuk tujuan pemasaran. Hakikatnya ramai di kalangan kita hanya mengetahui sebahagian sahaja daripada status halal, suci serta baik barang-barang makanan atau perkhidmatan yang dijual dipasaran. Masih banyak barangan makanan dan gunaan serta perkhidmatan di pasaran yang kita tidak tahu status halalnya. Sebagai contoh berleluasanya ubat-ubatan yang dikaitkan dengan kekuatan tenaga batin dan rawatan kecantikan yang dijual dikedai-kedai kaki lima. Begitu juga kempen-lempen perniagaan cepat kaya yang beroperasi melalui internet dan kaedah-kaedah biasa. Semuanya ini menuntut kita agar berhati-hati dari terjerumus kepada yang haram dan membahayakan diri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kedua : Kebanyakan kita umat Islam menjadi masyarakat pengguna bukan menjadi masyarakat pengeluar. Inilah satu cabaran besar kepada kita dalam menghadapi isu makanan dan barang-barang gunaan. Oleh itu, menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam menghasil dan mengeluarkan bahan makanan dan gunaan serta perkhidmatan untuk kegunaan harian kerana ini akan lebih menjamin kehalalan dan kesuciannya. Di samping berperanan memperkasa ekonomi umat Islam itu sendiri dan sekaligus mengelak pergantungan kepada masyarakat lain. Sesungguhnya inilah tanggungjawab fardhu kifayah yang perlu diperjuangkan secara bersepadu, berterusan dan bersungguh-sungguh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Faktor ketiga : Pentingnya kesedaran tentang isu halal ini ialah kerana ia mempengaruhi tingkah laku kita. Kita bimbang jika makanan yang dimakan dan seterusnya bertukar menjadi darah daging adalah dari sumber yang syubhah atau pun dari sumber yang haram akan menjadikan kita manusia yang keras hati, malas beribadah, sukar menerima kebenaran, sukakan maksiat dan sebagainya. Maka kesudahannya akan menerima padah azab seksa daripada Allah SWT.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah yang menjelaskan hal ini:


Maksudnya: " Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Demi menjamin makanan, minuman dan barang-barang gunaan yang kita gunakan halal, suci dan selamat; mimbar yang mulia ini mencadangkan langkah-langkah berikut:

( 1 ) marilah kita insafi betapa besarnya tuntutan syarak dalam memelihara halal dan haram.
( 2 ) kita wajib memastikan makanan, minuman, ubat-ubatan dan barang-barang gunaan mempunyai logo halal yang sah.
( 3 ) memastikan program-program dihotel adalah hotel yang memiliki sijil halal.
( 4 ) memastikan makan minum hanya direstoran-restoran milik umat Islam.
( 5 ) tidak melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang mengandungi unsur gharar (tipu) dan riba.

Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya. "
(Surah al-Baqarah: 172)

Khamis, 9 Oktober 2008

Penin.. Tension... dan ntah ape2 ntah...

mmm.. disebabkan dah nak dekat final exam, jadi terpaksa la aku melupakan alam blog nih buat sementara. pengenalan mengenai tenaga dalam dan sebagainya tu masih dalam proses. tak abis taip lagi n ada beberapa rujukan yang perlu aku rujuk sebab benda2 cenggitu melibatkan fakta.

mungkin selepas abis final exam baru aku sambung balik...


sekian..

Ahad, 5 Oktober 2008

Suatu pagi di pagi raya...

Mmm.. Kita akhirnya tiba juga di bulan Syawal.. Berlalulah sudah bulan Ramadhan yang penuh dengan barokah.. Di kala ini juga syaitan2 yang dirantai sebelum ini telah dibebaskan..

Di bulan syawal biasanya amalan kunjung mengunjung akan diamalkan. Selain berkunjung ke rumah jiran dan sanak saudara, kita juga digalakkan untuk berkunjung ke tanah perkuburan untuk menziarahi pusara ahli keluarga yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.

Biasanya apabila kita menziarahi tanah perkuburan, kita akan sedekahkan al-Fatihah, membaca surah Yasin, mengemaskan pusara tersebut, tumbuh2an yang tidak berkaitan kita buang, ada yang menanam pokok dengan harapan pokok tersebut dapat mendoakn si mati... Tiba-tiba..

"Apsal macam salah ejaan je nih??" kata si A.

"Cik ni nak carik kubur sapa sebenarnya?" tanya si B pula.

"Eh.. C, kubur tu yang sebelah ni la... Patut la ejaan macam salah" kata A kepada C.

"Eh.. Takpe la.. Kita sedekah kat orang tu..." kata C sambil memalingkan muka ke kubur di sebelah. Yang megiknya, pokok yang ditanam sebentar tadi pun turut beralih tanah...

"Diam.. Diam.. Jgn cakap apa2," sambung C sambil A memegang perutnya kerana menahan ketawa...




Moral : Jangan time raya je gi lawat kubur...