Rabu, 24 September 2008


Seluruh orangekidz crew mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin....

Isnin, 22 September 2008

Demi cinta rakan...

Suatu petang di bazar ramadhan....

Vromm.. Vrom... Trr...

"Mana Azfar nih? Tak tepati masa langsung!!"

"Tak tepati masa nih kan, boleh merosakkan bangsa tau! Tak tepati masa dengan rasuah. Dua nih!"

"Ala.. Dia nak datang sini pun nak kena dapat permission dari awek dulu. "

Prottt.... Prottt...

"Haa.. Tu pun Azfar.."

Proottt... Proott....

"Hui... Kenapa kau nih?" tanya Asyraf Fahmi kepada Azfar Hanif..

Prrootttt...........

"Pergh...." kata Bukhari pula.
"Aku makan banyak sangat angin masa bawak moto tadi..." balas Azfar Hanif sambil memegang perutnya...

Proott...

"Banyak ke ko makan? Bukan nih bulan pose ke??"

"Banyak gak la.. Dari Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia sampai ke bazar ramadhan Sri Serdang. Tu belum kira aku berhenti kat kiosk Take 5 Kolej Kelima lagi..."

Prrroottt............. Poott........... Kepush..

"Ish... Dasyat ko nih... Ko buat apa kat sana?"

"Macam2 ada jual... French fries, sosej, roti hotdog, nasik kerabu, nasik lemak, nasik goreng, tu belum campur dengan ice blended lagi tu...."

"Fuyyoo... Banyak gile... "

"Hah... Lagi satu, awek2 yang jaga kiosk tu pun leh tahan gak.. Tu yang aku sangkut lama kat situ tu..."

"Dah... Dah... Eh, mana Bukahri nih? Dasar budak2 betol la... Kejap je hilang. Nih dah la bazar ramadhan Sri Serdang. Bukannya Pasar Raya The Mines. Leh pegi kat kaunter pertanyaan je kalo anak eh silap.. Kanak2 ilang"

"Lantak la... Pandai2 la si Bukhari tu jaga diri... Dia kan dah besar"

"Ah ye.. Besar apanya si Bukhari tu. Ari tu masuk bilik aku(Ashraf Fahmi), pastu pakai helmet kaler putih pastu cakap PUII.. PUII... PUII!!! Ntah apa yang pui pun aku tak tahu..."

"Hah! Ko nih pun satu Azfar Hanif!!! Bila dah nampak pompuan bukannya nak pandang kitorang... Blah la... Pentingkan awek dar member"

"Ape... Budak tu yang ajak aku makan dulu la.."

"Ko tengok... Ko tengok... Camni ar member"

"Mmm... Ye lah, kite nih mana ada awek cam die nih..Siapalah nak kat kitorang nih.. Azfar nih lain la... Maklumlah, tokei kiosk Take 5.."

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai jawapan kepada soalan di atas iaitu; Siapakah yang berminat kepada :
1. Ashraf Fahmi (kod = 0001Beris)
2. Bukhari (kod = 0003Bulu)

Sila hantarkan jawapan anda dengan menaip KUTAHUCALONNYA jarak (yang nih tak payah tulis) kod peserta jarak nama anda jarak alamat surat-menyurat jarak Saudara Azfar Hanif memang hampeh kerana..................................(tak melebihi had SMS anda).

Kemudian hantarkan kepada talian bebas alkohol, 0174999095.

Hadiah menarik dan lumayan menanti anda.


Hadiah Utama
$$$$$$$$$$
Satu tiket penerbangan pergi tak balik2 ke Somalia

Tempat kedua
$$$$$$$$
Penginapan 7 hari 6 malam di sepanjang Pantai Puteri, Melaka.

Tempat ketiga
$$$$$$$
Penginapan 5 hari 4 malam di Hotel Sri Malaysia car park...

Hadiah saguhati
$$$$$
Voucer makan makanan di rumah orang2 kawin selama sebulan...

Pemenang akan dihubungi secara SMS ataupun by hand...

Khamis, 18 September 2008

Next topic..

Mmm... Pasni bab2 jiwang2 karat nih akan berkurangan sket... Xkan selamanya karat kan?? Kalo besi dah tak laku la.. Btol tak.. Untuk yang akan datang nih saya akan cuba untuk membawa pembaca sekalian ke dalam sebuah dunia lain yang wujud di alam ini.

Insyaallah jika diizinkan tuhan, saya akan memperkenalkan kepada anda perkara2 yang berkaitan tenaga dalam, aura, pancaindera keenam, kawalan mimpi, dan sebagainya. Selepas itu, jika saya berkemampuan, saya akan cuba untuk bawakan kepada pembaca semua mengenai alam misteri. Sihir, santau, pukau dan sebagainya serta cara untuk menghalang dan merawatnya.

Saya harap anda semua berdoa agar saya dapat menyiapkan semua artikel tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pelajar, saya tidak terlepas dari sistem peperiksaan. Jadi, saya nih diambang peperiksaan akhir. Saya berharap juga anda semua mendoakan saya.... Teringat kata seorang sahabat nabi(lupa namanya), antara 10 perkara yang zalim dilakukan salah satunya ialah apabila seseorang itu berdoa, dia tidak mendoakan kedua ibu bapanya dan seluruh muslimin dan muslimat.

Wallahualam.......

Selasa, 16 September 2008

Bila pena menari...

Betul ke cinta itu buta?? Btol kot... Tu sebab ramai yang teraba2.. Kata orang, cinta tu karat... Tu sebab mula2 nampak cantik, last2 nampak buruk.. Kata orang, cinta itu cinta monyet. tu sebab ramai yang menggatal.. kata orang cinta itu cam aiskrim, tu sebab ada yang terburu, takut cair katanya.. Kekadang ada yang kata cinta itu ibarat merpati dua sejoli. Tu sebab tak bleh berenggang. Asyik berkepit je... Dan ada plak yang kata cinta tu ibarat belangkas... Nih yang bahaya nih... Mmm... Mungkin aku nih berasal dari kampung... Maka perlaku dan keperibadian masyarakat masih lagi terjaga walaupun ada anasir2 luar yang cuba untuk merosakkannya....

Kadang-kadang aku pun heran mengapalah ada insan yang sanggup tertipu dengan helah lelaki yang bergelar jantan nih... Janji je manis.. setia konon.. kan aku dah cakap, siap buat cerita lagi... cinta itu sebenarnya tak perlukan sebab... Takkan la nak bercinta itu mesti ada sebab. Nak tunjukkan kesetiaan itu mesti bersebab. Kamon la anak2 muda... Sedih bila aku gi jalan2 kat pasar raya untuk mencari ilham tapi last2 dosa yang aku dapat. Epekehe....

Aku nih bukannya baik sangat pun. Cuma sebagai masyarakat timur lebih2 lagi orang melayu yang beragama Islam nih, adab dan sopan harus dijaga... Buat apa manis di mulut tapi akhirnya merana sepanjang masa.... Keseronokan yang dikecapi hanya sementara sedangkan azab, bala, malu dan maruah diri telah tercemar buat selamanya...

Dengarkanlah wahai sahabat2ku.. Orang tua pernah berpesan, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya... jangan biarkan nasi menjadi bubur. Berfikir sebelum kena, berjimat sebelum habis...

Secara peribadi aku suka tengok wanita melayu nih.. Penuh dengan keayuan. tu sebab ramai yang terpikat. Sampaikan Mat Saleh pun leh cair... Kalo tak takkan la askar Jepun yang dikatakan ganas tu leh cair dengan keayuan wajah gadis melayu... Mmm... Aku bukan apa... Aku cuma risau, gadis yang ada pada hari ini tidak bernilai lagi.. Aku pernah berkata bahawa wanita itu ibarat keris lama. Barang yang sangat bernilai dan bermutu tinggi tidak dibiarkan pelanggan memegang dan menyentuhnya sesuka hati kalau barang itu ditempatkan di pasaraya.. Kita lihat barangan yang tinggi kualitinya akan disimpan dengan baik. Diletakkan dalam bekas kaca.. Dijaga dengan rapi.. Hanya orang yang mempunyai hak @ pemiliknya sahaja yang dapat memegang dan menikmati keindahan sepenuhnya barangan itu..

Doaku pada tuhan agar aku dipertemukan dengan insan yang dapat memberikanku kebahagiaan, dunia dan akhirat. Bukan kebahagiaan wang ringgit yang aku utamakan, kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke penghujung. Dan aku amat berharap agar dia seperti yang kuharapkan.. Tidak pernah dalam hidupku ada insan yang berjaya memecahkan keegoan hatiku dalam menerima perasaan ini. Tak pernah terfikir dalam fikiranku untuk menyayangi seseorang yang bukan ahli keluargaku. namun ketentuan tuhan sapa yang tahu.. Aku berjanji selagi aku ada di sisi, aku akan

Isnin, 15 September 2008

Rancangan Tergendala Sebentar..

Hari yang dilalui tak semestinya seperti apa yang kita harapkan.. Kadang-kadang kesihatan tidak membenarkan untuk kita terus berkeadaan seperti biasa padahal kadang-kadang masalah kesihatan itu adalah salah satu cara dosa yang lalu dihapuskan... mm.. demam... takde idea yang datang... mungkin cuti menulis sminggu kot.. pasni aku bercadang nak tulis cerita yang panjang sket... mungkin boleh dikatakan novel tetapi takdela tebal sgt kot... baru ingin mencuba... harap idea tak kering lagi..Ditambah plak dengan masalah projek final year lagi... hu... fenin2..

Sabtu, 13 September 2008

Cinta Si Jejaka...

Jejaka: Hello... Hi awak...

Gadis: Hello... Hi..

Jejaka: Hmm... Tengah buat pe??

Gadis: Takde pe pun...

Jejaka: Mmm.. Awak, kenapa akhir2 ni awak macam dingin je. Saya ada buat salah apa2 ke?

Gadis: Awak takder buat salah. Saya jer yang salah. Semuanya salah saya.


Senyap sebentar dihujung talian. Hanya kedengaran esakan yang semakin perlahan.


Jejaka: Awak, kenapa ni?? Kalau ada apa2, awak cakaplah kat saya.

Gadis: Takde apa2 lah awak. Cuma saya tak sihat jer arini.

Jejaka: Oh.. Ye ke? Takpe la…Gi berehat. Jangan aktif sangat. Awak tu sakit. Ok ?

Gadis: Oklah awak. Saya nak makan ubat, lepas tu nak tido. Lain kali ek awak kita berbual...

Jejaka: Ok.. Take care. Miss U...


Hari2 yang dilalui semakin membosankan, cinta yang dulunya manis bagai hilang serinya. Gusar memikirkan perkara ini, si jejaka cuba mencari puncanya. Namun, makin dicari, makin jauh dari sebarang tanda2. Mungkinkah akan berakhirnya sebuah cinta?


Jejaka: Hello awak, awak buat apa tu? Sihat ke?

Gadis: Hello, saya tengah borak dengan awak la ni. Saya sihat jer. Awak camne? Sihat ke?

Jejaka: Saya sihat jer. Awak message td cakap ada perkara penting nak bagitau. Apa yang awak nak cakapkan?

Gadis: Sebenarnya.... Jap! Sebelum tu, awak janji jangan tanya apa2 ye lepas saya cakap ni.

Jejaka: Err… Macam serius je nih. Saya tak janji tapi saya cubalah....

adis: Ala awak... Janji la dulu… Penting sangat nih.

Jejaka: Sebab penting la saya tak mau janji. Awak bukan tak kenal saya….

Gadis: Tak kira, kali ni mesti janji jugak. Pleaseee…..

Jejaka: Ok2.. Demi awak...

Gadis: Sebenarnya….


Sunyi menyelubungi suasana…


Gadis: Saya nak break up dengan awak….

Jejaka: Haaa!!! Tapi kenapa?

Gadis: Saya takkan cakap tapi yang pasti, ini salah saya, bukan salah awak...


Si gadis meninggalkan si jejaka di dalam telefon dengan terpinga-pinga. Tanpa sebarang punca, tanpa sebarang berita, hubungan yang bertahan selama setahun lebih akhirnya putus begitu saja. Puas sudah berfikir, tapi tidak juga diketahui….. Tanpa diketahui oleh si gadis, si jejaka bertindak memeriksa latar belakang si gadis. Tapi juga tiada apa2 yang boleh ditemui. Jalan buntu menjadi semakin buntu. Si jejaka akhirnya nekad bertemu dengan si gadis di kelasnya.


Jejaka: Awak, kenapa awak break up dengan saya? Apa salah saya?? Tak cukupkah kasih sayang yang saya berikan selama ini??? Atau hati awak telah dimiliki oleh insan lain??


Si gadis diam seketika... Berat hatinya untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati..


Gadis: Awak dah janji takmo tanya kan…..

Jejaka: Tapi… Ini bukan benda kecik awak. Benda besar ni. Apa salah saya dgn awak? Adakah saya tak cukup bagus untuk awak? Awak…tolonglah, jawablah soalan saya ni…

Gadis: Bukan awak tak cukup bagus. Cuma saya yang tak sepadan dengan awak.


Gadis hanya menundukkan kepalanya. Tak sanggup memandang jejaka yang suatu masa dulu pernah mencuri hatinya. Suasana sunyi seketika..


Jejaka: Maksud awak?

Gadis: Sebenarnya…. Takper la…

Jejaka: Sebenarnya apa awak??? Apa masalah awak sampai awak diamkan diri camni. Apa salah saya.

Gadis: Awak, percayalah.. Ini bukan salah awak tapi semuanya salah saya. Saya yang bersalah. Tolonglah awak, tinggalkan saya.

Jejaka: Tapi… Saya nak tahu juga kenapa awak nak break up… Please awak, permintaaan terakhir dari saya….

Gadis: Betul awak nak tahu? Betul awak takkan membenci saya kerana ini?

Jejaka: Saya dah tak kisah, selagi saya tak tahu, makin pening saya dibuatnya...

Si gadis menarik nafas panjang…


Gadis: Sebenarnya, saya dah tak suci awak…..

Jejaka: Apa??!!


Luruh seketika hati jejaka. Kata-kata yang keluar dari mulut gadis amat sukar untuk ditelan. Dadanya seolah-olah dihimpit oleh seketul batu yang sangat besar..


Jejaka: Saper yang buat kat awak camtu? Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? Kenapa awak??

Gadis: Saya sayangkan awak. Saya dah memang cintakan awak tapi…


Nafasnya seakan terhenti... Dengan perlahan menyusun kata….


Gadis: Bila saya fikirkan, makin kusut fikiran saya ni awak. Saya tak sanggup tengok awak derita kerana saya. Saya rasa diri saya ni hina dan kotor… Makin awak sayangkan saya, makin saya rasa bersalah tapi saya takut... Saya takut bila saya luahkan, awak akan membenci saya…. Jadi, biarlah saya pergi tanpa awak tahu kenapa... Saya tak sepadan dengan awak, saya ni kotor awak… Saya tak layak untuk awak...


Si jejaka menghelakan nafas yang sangat panjang, seolah membuang segala kekalutan dalam dirinya.


Jejaka: Hmmm…. Kalau itulah sebabnya….


Si jejaka berfikir sebentar… Bagaikan mahu melepaskan dendam kesumat yang sudah lama terpendam, si jejaka melafazkan….


Jejaka: Saya sayangkan awak, separuh nyawa saya ada dengan awak. Sanggupkah awak biarkan hayat saya pendek? Demi cinta saya kepada awak, demi kasih sayang saya kepada awak, saya akan mencintai awak sepenuh hati saya.

Gadis: Tapi…. Saya tak suci awak…


Jejaka: Kalau benar cinta itu perlukan sebab, dah lama saya tinggalkan awak. Tapi malangnya, cinta saya pada awak tak perlukan apa2 sebab. My love to you need no reason.


Jejaka: Sebab…. Jika semua sebab yang saya perlukan itu sudah tiada sekalipun, saya tetap akan menyintai awak.

Gadis: Awak ni naïf la… Ini realiti awak. Saya TIDAK SUCI.

Jejaka: Tolonglah awak, tolong lah dengar apa yang saya nak cakapkan ni dulu….


Jejaka: Ya!! Mungkin saya naif. Mungkin saya bodoh. Tapi saya tahu nilai cinta. Tolonglah awak, janganlah pergi dari saya. Janganlah tinggalkan hati saya kekosongan macam ni. Daripada awak biarkan saya camni, baik awak bunuh jer saya…. Saya takleh hidup camni. Sakitnya amat pedih. Gadis: Tapi…

Jejaka: Tapi apa?? Kalau itu yang awak nakkan, takpe la. Sekarang saya percaya, awak memang tak sayangkan saya. Saya benci awak!!!!


Si jejaka meninggalkan si gadis. Tiba2, terasa tangannya diraih. Dia berpaling dan kelihatan si gadis menangis.


Jejaka: Kenapa awak menangis ni?


Rasa sayangnya masih menebal. Tidak sanggup dibiarkan si gadis menangis.


Gadis: Saya tak sangka awak begitu baik dengan saya. Terima kasih awak. Saya sayangkan awak sangat2... Maafkan saya awak. Maafkan saya.... Saya berdosa dengan awak. Maafkan saya kerana menyakitkan awak.


Si jejaka dengan perlahan mengusap pipi si gadis.


Jejaka: Awak, janjilah pada saya, awak jgn buat camni lagi. Ok.. Sebab…. Hati saya memang tak boleh hidup tanpa awak. Please…. jangan buat camni lagi ek.

Gadis: Hmmm... Baiklah awak, saya janji. Terima kasih awak kerana menyayangi diri saya ni. Jejaka: Terima kasih awak kerana membenarkan saya menyayangi diri awak.


Naïf? Bodoh? Entahlah…mungkin cinta mereka terlalu utuh untuk dijatuhkan. Mungkin juga cinta itu buta, mungkin juga cinta itu gila. Teringat kata seorang teman, cinta itu ibarat aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair....


Wallahualam....

Selasa, 9 September 2008

Surat cinta ini..

Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.

Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

Mata aku akhirnya melirik pada kotak kasut di bawah katil yang tersorok jauh. Ya! Disitu! Lupa pula aku mengalihkan kedudukannya tatkala aku terlalu asyik membacanya berulang kali. Tidak ditambah lagi berapa kali hati aku mencerlung derita. Betul! Di situ. Aku mengambil perlahan. Berdebar juga. Setelah sekian lama aku simpan, hari ini aku umpil kembali. Membaca sebelum aku kebumikan terus.

Perlahan aku buka, dan setiap baris ayat aku layarkan…

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan bicara.
Kehadapan seorang manusia yang ingin aku miliki hatinya.

Ahmad Haris,
Saat aku layarkan warkah ini buat kamu, pasti dalam hatimu penuh bicara benci untuk seorang gadis bernama aku, bukan? Tidak kisahlah. Engkau layak untuk benci itu, dan aku layak untuk tindakan aku ini. Dan kita sama-sama tidak mengerti tentang perjalanan hidup yang sengaja kita kelirukan. Sungguh aku bercelaru. Andai surat ini berada dalam tanganmu, anggaplah segala rahsia hati aku terlerai sudah.

Ahmad Haris,
Masih ingatkah saat kita masih kecil remaja. Ya, kita di tingkatan 4. Dan sekarang aku dan kau sudah pun menginjak dewasa. Kita sudah 21 tahun sudah. Manusia begini kalau aku masih tidak mengerti perasaan yang Allah lahirkan dalam hati aku untuk kau, maka tidak normallah aku. Har, sungguh aku ingin kau tahu. Saat kita meniti hari bersama, saat itu jualah aku berkira sendiri. Beginikah rasa meniti usia remaja bersama jejaka sekacakmu. Namun tidak sama sekali aku hancurkan persahabatan yang terjalin hanya kerana rasa yang baru bertunas ini.

Ahmad Haris,
Segala yang tercipta pasti ada rahsia tersimpan. Dan aku yakin dengan kisah aku bersama kamu. Masih ingatkah kamu saat nombor aku tertera pada skrin telefon kamu. Satu nombor pengacau aku kira. Itulah silap terbesar dalam hidup aku. Har, masa tu aku terlalu taksub dengan telefon bimbit yang aku beli. Dan ketaksuban itu bertambah tatkala aku memperolehi nombormu. Bodoh benar aku saat itu. Dan benarlah firman tuhan yang menegaskan bahawa janganlah dihampiri zina. Aku sengaja memilih jalan itu. Jiwa remaja, yang mengundang nestapa hingga saat aku di sini.

Ahmad Haris,
Aku gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz yang tidak jemu membantu aku. Tahfiz yang kerap menasihati aku. Aku sungguh gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz berpewatakan segak. Tahfiz penuh dengan unsur-unsur nasihat. Tahfiz yang aku kagumi. Itulah selayaknya. Namun Har, aku terlupa bagaiman sifat manusia yang kerap berubah seketika.

Ahmad Haris,
Ingatkah kata-katamu yang ingin memiliki aku. Ingatkah janji-janjimu ingin mengambil aku sebagai surimu? Ingatkah setiap baris ayatmu yang ingin menyuntingku? Har, lupakah kamu kita baru di tingkatan lima. Hati dan perasaan boleh kecundang dek berkhayal jauh tentang masa depan yang masih belum dipastikan hitam putihnya. Tapi Har, aku tidak dapat sama sekali menipu memang aku sudah menetapkan setia bahawa dalam hati aku sudah dimiliki kamu. Sekalipun begitu, aku masih berpegang dengan prinsipku, cinta hanya pada masa dan mereka yang selayaknya. Umur menafikan cinta sebagaimana kematangan tidak membenarkan. Dan saat itu, aku kerap mengulang ayat..andai benar kau untukku, aku gadis yang tercipta dari tulang rusukmu, pasti, aku tetap menjadi milik kamu. Dan engkau acap kali mengingatkan aku tentang setia, tentang hanya aku akan berada di hati kamu, tentang hanya aku yang ingin dikahwini kamu. Bodoh benar zaman remaja. Ah, air mataku menitis lagi!

Har, ini pun aku ingin kamu selalu tahu,
Walaupun bibirku tegar menyatakan tidak tentang hubungan itu, hati aku lain pula bicaranya. Aku sungguh terlalu setia dengan kamu. Aku juga sudah meletakkan hati aku untuk kamu. Tiada dua atau tiga, untuk lelaki yang akan aku gelarkan sebagai suami selain dari kamu. Bahkan, aku tidak meletakkan istilah ‘spare part’ untuk kamu. Har, aku setia. Hingga saat ini. Aku menjaga hati kerana tidak mahu zaman remaja aku, zaman remaja kamu hancur dek dunia perasaan yang menipu. Aku ingin kita menjaga setia dan berjaya. Kerana masa depan hanya ditentukan DIA. Hanya DIA. Namun, kamu berpaling terlebih dahulu. Mungkin doaku belum pasti untuk kamu. Dan juga mungkin aku bukan gadis terbaik untuk tahfiz seperti kamu. Aku hanya gadis biasa. Yang biasa-biasa sahaja. Dan kerana biasa itu, kamu tidak berhenti menyatakan, itulah keistimewaan aku. Har, aku rindu kamu!

Ahmad Haris,
Ada satu ketika kita bergaduh besar. Hanya kerana aku menyaksikan kamu bergembira dengan gadis selain aku. Aku kecewa har! Ketika kamu melangkah ke alam kampus, ketika semua gadis terpana dengan kekacakan tahfiz yang kamu ada, ketika dunia kamu dipenuhi dengan keindahan. Aku, aku kau tolak ketepi. Aku bukan lagi sesiapa di hati kamu. Aku hanya mungkin mimpi ngeri bertandang sekejap dan meniggalkan calit hina. Har! Hati aku haru! Namun, aku sering meletakkan bahawa manusia akan berubah. Pasti berubah. Apatah lagi kamu, yang mengendong quran yang suci di dalam hati. Kalau pun kamu akan berubah nakal, al-quran yang kamu hafal pasti menujukkan jalan. Agar kamu tidak tersungkur jauh. Har, nyatakan pada aku bahawa keyakinan aku ini tidak pernah silap!

Ahmad Haris,
Masih ingatkah juga ketika aku pulang berjumpa kamu. Aku telan segala perubahan kamu. Aku kunyah lumat segala perbezaan kamu. Kamu bukan Haris yang selalu aku kenal. Kamu bahkan menjadi Haris yang baru. Namun, kamu menerima aku. Aku tersenyum bahagia. Semakin mekar bila kamu membicarakan bahawa setiap gadis yang bertandang dalam hidup kamu dulu hanya persinggahan. Walaupun aku kecewa, tersangat kecewa, tetap aku telan. Har, lupakah kamu tentang ayat yang selalu kamu bicarakan. Apakah aku mahu bakal suamiku memilik ramai perempuan? Jika tidak, aku harus menjaga lakuku. Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Lupakah kamu?

Namun, aku tetap telan. Biarpun apa yang menimpa. Aku menerima kamu tanpa syarat, Har. Langsung tanpa syarat. Kini, sudah hancur, punah, musnah! Kamu menunjukkan seorang wanita lagi. Dan, kali ini aku tidak mahu terus menelan. Aku perlu juga menjaga hati yang robek dikoyak kamu. Aku memilih melangkah jauh dari kamu. Dunia kamu, dunia aku sudah jauh berbeza. Kita tidak mungkin lagi dapat berjalan atas laluan yang sama. Sama ada aku tersungkur atau kamu yang akan menolak aku. Kerana dalam hati kamu, aku hanya sampah yang harus dijentik ke tepi. Aku faham maksud tersirat kamu.

Ahmad Haris,
Bukan perkara mudah melupakan kamu. Buktinya sampai saat ini kamu meniti setia dalam setiap hari aku lalui. Har, juga bukan mudah untuk aku memadam segala bentuk perkara yang menghubungkan aku dengan kamu. Tindakan gila ini aku terpaksa lakukan hanya kerana ingin memujuk hati, jika benar kamu lelaki terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk duniaku, terbaik untuk akhiratku..kamu pasti akan kembali dan menjadi milikku. Kerana, aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu. Namun jelas, kesetiaanku sudah tiada makna. Langsung tiada.

Ahmad Haris,
Lupakah kamu saat aku membalas mesej kamu. Aku menipu ngatakan aku akan pergi jauh. Aku fikir kamu akan bertanya lanjut, ke mana aku. Tetap silap. Kamu hanya menyindir dan mendoakan keselamatan jasadku. Dan kini aku mengerti, aku memang sudah tiada tempat dalam hatimu.

Har,
Sampai sini sudah warkahku. Tidak tahu apa lagi ingin aku bicarakan. Juga tidak mahu air mata ini menitis tanpa harga. Har, sungguh aku sayang kamu, sungguh aku ingin kamu…menjadi sebahagian aku. Aku masih setia. Andai satu hari nanti kamu kembali mencari aku, carilah aku. Aku menanti kamu. Jika tidak, doakan aku berjaya melupakan kamu. Doa tahfiz mudah di kabulkan. Bolehkan Har?

Ahmad Haris,
Ini kali terakhir aku ingin menyebut penuh namamu. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan aku, percayalah walaupun aku akan kecewa, aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu, meski hati aku kamu remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana aku tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti aku…kerana kamu…

Yang tulus,
Aku..

Air mata mengalir juga. Mengalir lagi. Oh tuhan, tabahkan aku.

"Sayang?"

Senyap.

"Sya?"

Itu suara suami aku, dan aku tidak boleh merahsiakan segalanya kerana dia berhak ke atas aku. Sepenuhnya, termasuk cerita-cerita lalu.
"Sya menangis? Kenapa? Tak gembira kahwin dengan abang?"

Lelaki bernama Ruzaini aku pandang dalam. Aku yakin dia juga penuh persoalan mengapa. Hari ini hari pernikahan aku. Patutnya aku gembira. Lelaki ini aku kenali ketika dia menguruskan aku di wad kecemasan akibat asthma. Dan aku tidak ingat bila dia melamar aku, yang pasti dalam sujud istikharahku, memang benar dia jawapannya. Berkali-kali aku nyatakan aku bukan sesiapa jika dibanding dia. Setiap kali itu juga dia akan menegaskan kerana aku bukan sesiapalah dia mengahwini aku.

"Surat ni, saya nak bagi seorang lelaki yang saya cintai. Itu dulu. Saya nak musnahkan, tidak ingin ingat apa-apa lagi. Setia saya wajib untuk awak..err.. abang. Tapi, saya kena jujur dan menceritakan sebelum segalanya bakal menjadi teruk,"

Aku bersuara tenang dalam ketar. Aku unjukkan juga surat itu. Biarlah. Biarlah kalau dia akan berkecil hati dan memarahiku. Aku redha. Dan, dengan perlahan dia mengambil kertas separuh lunyai dek basah dengan air mata aku. Dia melipat penuh berhati-hati membiarkan aku tertanya-tanya. Lelaki ini memandang tepat, namun kerdipannya penuh sayu dan tenang.

"Sya isteri abang. Pandang sini. Saat abang melamar Sya, saat itu abang menerima setiap buruk baik Sya. Abang fahami setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku antara kita. Yang lepas tidak dapat diputar kembali. Abang terima Sya, dan masa lampaumu itu. Sya, tanpa surat ini pun abang tahu hatimu sudah terisi dengan manusia lain yang pasti bukannya abang. Matamu dah menceritakan segalanya, penolakan berkali-kali Sya ketika abang melamar juga nyata ada rahsia. Lagi jelas bila abang tanya kenapa, Sya tidak menjawab. Abang belum bodoh untuk mengetahui manusia begini. Sya, abang juga istikharah. Jawapannya tetap kamu. Sya lah wanita terbaik untuk abang, untuk agama abang, untuk dunia dan akhirat abang. Sya juga manusia yang melengkapi tulang rusuk abang. Bantulah abang membina mahligai istana didunia dan kahirat dalam mencapa redha DIA dan melengkapi sunah nabi kita,"

Dahi aku dikucup perlahan. Ya Allah, besar sungguh perancanganMU. Selagi aku terus bergantung padaMU, selagi itulah engkau tidak pernah berhenti mengurniakan yang terbaik untukku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam hidupku. Sungguh, aku bahagia bersuamikan suamiku, dan aku tidak ingin meminta lagi selepasnya apatah lagi mengingati sebelumnya. Biarlah aku menjadi isteri kepada manusia ini Ya Allah….

Exam...

mm... dah mula setat masuk minggu test 2 bermula esok.. Islam dan Ilmu Pengetahuan... Gud Luck untuk diriku sendri.. huuhu...

Tips bagi penulis


TIP MENULIS


Bahagian Pertama

Menulis dan menjadi penulis bagi saya perlukan kesabaran dan ketabahan (tip pertama saya). Ini yang paling utama dan paling perlu ada pada setiap orang yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Ketabahan dan kesabaran ini akan dilalui dalam beberapa peringkat ketika menulis dan selepas tulisan kita sudah sedia diterbitkan (kadangkala kita rasa karya kita boleh diterbitkan tetapi penerbit rasa sebaliknya).


1. Kesabaran dan ketabahan

Dalam proses permulaan menulis, seseorang penulis baru harus sabar dan tabah bagaimana mahu mencari idea untuk menulis. Kadangkala penulis baru menghadapi masalah bagaimana mahu bercerita, mencari bahan cerita atau bagaimana membina plot-plot dalam cerita itu nanti. Di sini kesabaran paling utama kerana proses membina cerita bukanlah proses yang mudah.Proses pertengahan adalah proses yang cukup mencabar kesabaran penulis, ketika cerita sudah dibina. Sedang sedap menulis atau menaip tiba-tiba si penulis kehilangan idea. Apa nak ditulis? Idea terbang melayang, cari tak jumpa-jumpa. Kalau idea dah terputus macam mana nak menulis, kan?Sabarlah… ada cara untuk menanganinya.


2. Selepas menghabiskan karya, mencari tajuk buku pun satu hal

Tetapi perkara ini boleh dibantu oleh penerbit. Kadangkala dalam proses ini membuatkan kita boleh jadi tidak sabar kerana kita tidak suka dengan tajuk yang diberikan oleh penerbit. Sabarlah….


Dan paling penting, seorang penulis baru perlu sabar dan tabah dalam menghasilkan karyanya, tabah ketika mengetahui karya mereka dibakul sampahkan dan sabar apabila mendengar komen daripada editor penerbitan yang mengatakan buku awak ni rubbish!, buku awak ni tak ada nilai!, apa buat cerita macam ni?, atau bermacam-macam lagi.


Bahagian Kedua

Daya Khayal(Imaginasi)dan sifat rasional yang seimbang.


Tip kedua saya, seseorang penulis mesti mempunyai daya khayal (imiginasi) dan sifat rasional yang sama seimbangnya. Seorang penulis memang perlukan daya khayalan bagi merangka dan mencorak segala karektor dan plot dalam sesebuah cerita. Namun di masa yang sama, sifat rasional diperlukan supaya sesuatu cerita itu tidak dicorakkan dengan cara yang keterlaluan. Contohnya:


1.Apabila seorang penulis, melihat sesuatu kejadian atau kemalangan, dengan daya khayal anda yang tinggi sudah tentu anda dapat mereka atau membentuk satu cerita ringkas dalam kepala anda sebab dan akibat kemalangan itu berlaku. Contohnya, sebab kenapa kemalangan itu berlaku mungkin si pemandu leka berSMS sehingga terlanggar lembu yang sedang bercanda dengan kekasihnya (lembu pun ada perasaan juga). Akibat kemalangan tersebut anda boleh reka dengan mengatakan yang jalan raya menjadi sesak selama lima kilometer (walaupun jalan tersebut jarang dilalui oleh orang ramai).


Mangsa kehilangan kakinya dan akibat kehilangan kakinya ia kehilangan kekasih yang sudah tidak mahu pada dirinya lagi. Dengan daya khayal anda sebagai seorang penulis anda boleh pergi lebih jauh lagi dengan rekaan cerita yang lebih menarik dan cantik.


2.Dalam masa yang sama, jangan mereka cerita anda dengan daya khayal yang keterlaluan. Ianya perlu sederhana dan sifat rasional anda diperlukan di sini. Seperti contoh diatas, kemalangan mungkin disebabkan oleh lembu. Tetapi janganlah sampai anda membuat cerita, lembu membantu orang yang kemalangan keluar dari kereta atau lembu bercekak pinggang mentertawakan mangsa. Itu sudah tidak rasional dan mungkin novel anda bertukar menjadi novel lawak pula nanti.


Anda sudah mempunyai sifat tabah dan sabar, daya imiginasi yang tinggi dan sifat rasional yang seimbang? Anda boleh memulakan penulisan dengan satu keazaman. Janganlah anda menulis kerana nama, glamor atau wang ringgit. Tetapi menulislah dengan hati terbuka kerana ingin berkongsi cerita dan ilmu dengan pembaca.Hidupkan komputer anda… kemudian bertekadlah dalam hati. Cerita ini akan habis ditulis dan diterbitkan walau apa pun berlaku.


Anda mahu tip lagi?


Bahagian Ketiga

Kali ini saya mahu membawa pembaca kepada perkara yang perlu difikirkan sebelum seseorang itu memulakan penulisannya.


1. Pemilihan nama

Nama-nama karakter amatlah penting dalam sesebuah buku, supaya nama itu mudah dingati oleh seseorang. Jangan sesekali nama karakter terutamanya hero dan heroinnya sama dalam dua buah buku yang berlainan tajuk. Saya pernah melakukan kesilapan begitu sehingga pembaca jadi keliru.Nama yang sedap didengar dan mengandungi maksud tertentu akan menggembirakan hati pembaca untuk membaca.


2. Karakter hero dan heroin

Manusia dijadikan ALLAH dengan sifat yang tidak lengkap. Mencari manusia yang lengkap lapan puluh peratus pun amat payah di dalam dunia ini. Tetapi di dalam sebuah buku, hero atau heroin selalu digambarkan seorang yang cukup lengkap sifatnya. Baik budi bahasa dan juga fizikalnya. Tidak salah menggambarkan pasangan hero dan heroin yang begitu (saya juga sering melakukannya) tetapi biarlah berpada-pada. Dan perlu diingatkan kedua-dua karakter ini janganlah digambarkan seseorang yang terlalu buruk perangainya sehingga mematikan selera pembaca untuk membacanya


3. Nama lokasi

Nama lokasi juga memainkan peranan yang penting. Kalau boleh gunakanlah nama lokasi yang wujud di alam nyata tetapi kalau penulis mahu menulis nama lokasi rekaan sendiri, biarlah ianya mudah diingati dan senang


Bahagian Keempat

Bagaimana mahu memulakan penulisan?


Tip dibawah adalah perkara biasa yang saya buat sebelum memulakan sesuatu penulisan tetapi terpulang pada pembaca semua sama ada mahu mengikutinya atau tidak.


1.Senaraikan nama-nama watak yang perlu ada di dalam buku yang bakal ditulis. Nama, usia, status, kalau bekerja apa pekerjaannya, kalau belajar di mana dan sebagainya. Ini untuk memudahkan bakal penulis menulis dan membuat rujukan nanti. Ingat nama-nama tersebut supaya anda dapat menyebatikan diri dengan nama-nama itu.


2.Rangkakan cerita yang mahu ditulis secara kasar. Plot dan sub-plot yang perlu ada di dalam cerita tersebut. Ini akan memudahkan anda menulis ketika berada di komputer nanti.


3.Jangkakan berapa bab yang perlu anda tulis dalam cerita anda dan setiap bab kalau boleh jangan melebihi sepuluh muka surat dan tidak kurang daripada lima muka surat.


4. Tuliskan lokasi-lokasi yang perlu ada. Nama-nama jalan sebagainya.


Membiasakan diri dengan lokasi yang anda tulis memudahkan anda ‘bermesra’ dengan tulisan anda.


Catatan boleh dibuat di kertas terlebih dahulu sebelum menulis di komputer. Tetapi saya amat jarang sekali menulis sebarang catatan dikertas kerana tidak mahu membuang masa. Bahkan apa yang saya fikirkan biasanya saya simpan di dalam otak sehingga beberapa hari bahkan beberapa bulan (syukur kepada ALLAH memberi saya ingatan yang sebegini).


Namun perlu ditegaskan di sini tidak salah, mana-mana bakal penulis mahu mencatatkan sesuatu dikertas untuk senang diingati. Terpulang kepada daya kebolehan dan ingatan seseorang.


Nah! Mulakan cerita anda sekarang ini dan berseronoklah…



Bahagian Kelima

Anda semua sudah mempunyai nama-nama watak, tempat, bangunan dan juga cerita yang perlu ada dalam setiap buku anda?


Anda sudah mula menulis, tetapi sayang ketika dalam ghairah menulis, idea anda hilang, cerita anda terbantut di tengah jalan. Apa yang harus anda lakukan?Ada beberapa tip yang boleh diikuti dan moga-moga ianya dapat membantu.


Tinggalkan sahaja komputer dan tulisan anda. Bawa diri bertenang begitu juga dengan fikiran anda. Perhatikan pohon-pohon menghijau atau bayangkan air laut yang berombak tenang. Perlahan-lahan apabila fikiran anda sudah mula tenang, anda boleh berimaginasi sesuka hati anda.


Kalau imaginasi anda mengenai air laut dan pohon hijau tidak dapat membantu anda, bawa-bawalah kaki anda pergi ke tempat yang anda suka.


Macam saya... saya suka ke tempat membeli belah. Seluas mana tempat membeli belah yang terpaksa saya redah pun, jiwa saya akan tenang walau tidak membeli apa-apa. Saya pernah melawat seluas lima juta enam ratus ribu kaki persegi tempat membeli-belah di Zhienjain, China balik ke hotel saya boleh menulis dua puluh muka surat tanpa penat.


Jika ke pusat membeli belah tidak dapat menjalankan otak anda, ada satu lagi cara untuk anda mendapat idea. Pergilah ke kedai buku atau perpustakaan. Beli atau pinjamlah mana-mana buku yang boleh menarik minat anda. Benamkan diri anda di kerusi atau tilam. Membaca dan membacalah... Petua ini sering saya lakukandan alhamdulillah ia sangat membantu.


Kalau itu masih tidak dapat membantu, telefonlah kawan-kawan anda atau berbual dengan adik beradik,bapa atau emak saudara, sepupu atau sesiapa sahaja yang boleh membuat otak anda mula bergerak semula.


Masih lagi tidak boleh berjalan otak anda? Satu ketika dahulu saya selalu duduk melepak di tangga-tangga pusat membeli belah Sogo, melihat kerenah orang ramai yang hilir mudik. Di situ saya mendapat banyak idea untuk menulis...


Kadangkala berchatting di internet dapat juga membantu. Tetapi jangan pula anda terlibat dengan perbualan ‘sampah’ yang tidak mendatangkan faedah. Lebih elok kalau dapat berbual dengan rakan dari luar negara, bertukar fikiran mengenai budaya mereka dan sebagainya (Jangan berbual kosong, mengutuk orang sana sini penghabisan idea masih tak ada, dosa yang dapat.).


Kalau semua yang saya nyatakan tidak dapat membantu, bahkan idea lain pula yang timbul untuk membuat cerita baru. Bagi saya tidak salah kalau anda menulis cerita baru. Simpan cerita lama yang terbantut di tengah jalan itu buat sementara waktu. Bagi diri saya, penulisan tidak boleh dihentikan. Cerita yang terbantut di tengah jalan itu Insya-ALLAH satu masa nanti boleh disambung semula.



Bahagian Keenam

Saya rasa ketika ini sudah ramai yang mula menulis dan mungkin ada yang sudah menyelesaikan sebuah novel. Tahniah diiucapkan. Saya sudah pun memberi beberapa tip menulis untuk diikuti dan harap pembaca berpuas hati dengan apa yang saya berikan. Kali ini saya tidak akan memberi apa-apa tip bagaimana untuk menulis.


Namun saya mahu memberi sedikit nasihat kepada penulis baru yang baru menghasilkan satu dua karya.Jangan sesekali memperendah-rendahkan karya orang lain. Sebagai penulis, setiap detik dan setiap bacaan adalah proses pembelajaran.


Saya sendiri walau sudah banyak menghasilkan karya, masih suka membaca apa sahaja walaupun karya penulis baru. Kita perlu melihat karya orang lain sebagai satu keupayaan yang menakjubkan. Jangan sesekali membuat komen atau menghentam secara peribadi seseorang penulis. Komenlah karya penulis lain dengan cara yang lebih terbuka. Saya pernah mendengar seorang penulis yang baru ketika itu menghasilkan 2 buah novel membuat komen, “Saya menulis kerana saya tahu saya boleh menulis dengan baik, kerana banyak karya orang lain tidak sedap dibaca dan entah apa-apa”.


Saya rasa komen yang dibuat adalah komen yang benar-benar tidak bertanggungjawab.


Jangan malu untuk belajar dan memerhati. Belajar buka sahaja di universiti tetapi di mana-mana sahaja. Televisyen benyak memberi saya ide untuk menulis walau waktu menonton saya begitu terhad sekali. Saya menonton apa sahaja yang saya rasa logik di fikiran saya seperti CSI(New York, Miami, Vegas), drama bersiri ‘Dunia Baru’, Al-Kuliyyah, Midsomer Murder, Travel and Living, English League, Dr. Fadhila Kamsah, bahkan sesekali kalau ada masa, Trek Selebriti, Chit Chat Azwan atau Beat TV juga saya tengok.


Jangan terlalu bangga dengan pujian yang diterima dan melihat kritikan sebagai sesuatu yang melemahkan. Bagi saya pujian untuk memberi dan memulihkan semangat dan tidak pernah mengenepikan kritikan. Walau pahit bagaimana sekali pun sesuatu kritikan itu, saya terima asalkan tidak menyentuh peribadi dan juga keluarga saya.


Itu serba sedikit nasihat yang dapat saya beri kepada penulis muda.


Sentiasa merendah diri, merasakan diri sentiasa kekurangan dalam bidang penulisan dan dapat menerima apa sahaja kritikan, resipi terbaik untuk berjaya.Sekian...


Selamat menikmati keenakan berkarya.

NORHAYATI BERAHIM

Rabu, 3 September 2008

Sayang..

Saya suka tengok jari awek saya... cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang... bukan takut patah... tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong each other di satu hari mase depan yang Maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya... cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung... bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia sampai bila2... takut nanti terbakar dek api neraka di dalam kubur..

saya suka tgk body awek saya... cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die dating dengan Kekasih die Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pheh syoknye... untung saya dapat awek camtu..

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan , rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya? saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya amat kesian awek saya apabila dia cakap bosan... jadi saya suruh dia banyak banyakkan beribadat supaya hidup dia tak sentiasa bosan.... lagipun boleh jadi bekalan di mase depan...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, blaja elok2, jangan tido lambat tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla" katenya.. tapi bila saya malas bangun subuh gitu aje dia tak kata satu aper pun berdosanye saya....


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada- Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta sia-sia.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan- Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

Amin....

Kekasih..

Tak tahulah andai cinta ku ini buta
Tersesat bak Degawan mencari Cinda nya
Cinta yang digalang kuasa
Nafsu mahu menjadi raja

Namun di sebalik keburukan yang ada
Dan diam mu tidak banyak kata
Dan setitis peluh di dahi yang sempat ku kelih
Buat ku berfikir juga
Kau juga manusia dan hamba Nya!

Kekasih,
Tika kau senyum penuh makna
aku tergoda
Tapi pakaian malu ku masih gah di singgahsana
Kau pinta aku mengerti:
jangan terlalu memaksa
Aku mahu kau memahami:
tak baik bertangguh lama
Andai kita bergini berduaan
Pihak ketiga menunjuk jalan


Kekasih,
Bila kau menangguhkan impian kita
Atas alasan banyak perkara yang masih tergendala
Sedang bila rindu kau kembali merayu
Aku mula bingung
Tersimpang antara dua
fitrah sayang dan fitnah orang berkasihan


Kekasih
Maka jalan terbaik telah ku perhitungkan
Cukuplah sampai di sini kita berasmara
Kita berpisah kerana pihak ketiga
Si laknatullah yang mehangatkan kita dengan api cinta!

Namun yang Satu itu tidak pernah melupakan hambaNya.
Terkesima aku dalam solat
Tersedar aku hampir terjerat
Syukur , masih beroleh rahmat!

Kekasih,
Aku sayang pada mu
Sayang sebermula Adam & Hawa
Bak kekasih awal yang ditiup dengan rasa cinta
aku mahu juga kau jadi kekasih hingga nafas akhir
Tapi aku tidak rela kita mempusakai dosa
Dimurka kerana engkar laranganNya

Aku takut padaNya
Takut kita dipisahkan antara syurga & neraka
Di titian siratulmustaqim bisa bertemukah kita?

Aku takut padaNya.
Biar kita berpisah saja
Perpisahan yang lebih berupa ruang dan masa
Untuk kau berfikir penuh keinsafan
Bahawa kasih ku seputih kain kafan
Jangan dinoda sebelum dikebumikan!

Kekasih
Jangan kau berfikir yang bukan-bukan
Aku jatuh cinta bukan kesilapan
Aku jatuh cinta kerana pertemuan kita ditakdirkan
Aku mahu menyintai mu kerana Tuhan
Ku ajak kau dirikan tiang sehari semalam
Kau kata akan kau lakukan di alam perkahwinan!

Kekasih
Batin ku menjerit akan jawapan dan alasan
Perlukan ku gadai tuntutan kerana sayang?
Sedang Islam dan iman telah wujud sebelum aku dilahirkan
Sebelum cinta pada mu dibibitkan
Pusaka maruah dan warisan!

Kekasih
Kata mu kau tak mahu hipokrit
Tapi kata-kata mu itu buat aku bertambah sakit
Adakan kita berpura-pura menyedut nafas meneruskan kehidupan?
Atau kita perlu berpura-pura mati atau mati hati bila kedengaran
azan dan seruan?

Kekasih,
Kau seru kasih insan bila kau kesunyian
Kalau boleh kau mahu belaian dan rengekan
Katamu aku lah putera yang bak bulan
Seketika kita terlupa bulan dan cahaya kasih itu
Tuhan jua yang jadikan!

Kekasih
Kembalilah kepada rasa cinta dan kecintaan
Seindah ketika cinta itu diciptakan
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Aku berlindung kepada Allah
daripada syaitan yang direjam
.
*AL-FATIHAH
Dengan nama Allah
Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara seluruh alam
Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Engkaulah Tuhan yang Menguasai hari pembalasan
Hanya padaMu kami sembah
Dan hanya padaMu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang- orang yang kau beri nikmat
Dan bukan jalan mereka yang sesat
Yang Engkau murkai

Cinta itu aneh.
Sukar untuk ditafsir
Datangnya bukan dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan.
Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya.
Keengganan boleh mencipta sebuah perpisahan.

Bila cintanya kerana ALLAH
Berpisahnya tidak gelisah

Cara Pemakaian Menurut Islam