Selasa, 21 Disember 2010

Vuvuzuela DIY.. Peeetttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ah ha... Kerancakan final Piala AFF Suzuki semakin terasa. Lebih2 lagi bagi rakyat malaysia kerana perlawanan akhir pertama akan berlangsung di malaysia. Pasukan Malaysia yang kalah dengan indonesia di peringkat kumpulan pastinya mahu menebus kekecewaan mereka dengan berbekalkan ribuan sokongan dari rakyat malaysia... Jadi, di sini sy ingin berkongsi hasil kajian(cewah..) mengenai satu alat yang sinonim dengan pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika iaitu vuvuzela. Haha.. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk menghasilkan vuvuzuela ciptaan saya ini.. Hanya memerlukan bahan dari barangan terbuang. Baiklah.

Antara bahan2nya ialah.....

Paip PVC saiz 1 inci(A) dan 0.5 inci(B). Panjang pulak dalam 4 inci.


Tukul besi dan paki saiz 4 inci untuk menebuk lobang. Kalo ada drill lagi best.

Sarung tangan getah ataupun belon pun boleh.(aku guna sarung getah sebab benda nih mmg ada kat rumah).

Gelang getah. kalo takde solotep pun buleh..

Akhir sekali ialah botol plastik. Apa saiz pun takpe la..

Cara-cara membuatnya:


Mula2 kerat botol tu jadi macam yang kat atas nih...

Yang ke seken plak, tebuk satu lubang kecik pada PVC A sebagai lobang untuk kita tiup. Jarak antara lubang dengan hujung PVC dalam 1 1\2 inci.

Kemudian, masukkan PVC B ke dalam muncung botol. Sila lihat gambar rajah kat atas. Kalo nak letak gam boleh, tak letak gam pun boleh. Tapi aku tak letak gam. senang nak ejas... hehe...

Mext, masukkan PVC A yang berlubang tu ke bahagian muncung luar mulut botol tu. Macam gambar rajah kat atas gak. pastikan PVC B yang berada di dalam tu berada keluar sket dari yang luar... macam kat bawah ni...

PVC B terkeluar sket dari PVC A

Last skali, ikatkan sarung tangan getah@belon kat hujung PVC tersebut. Lekatkan dengan gelang getah@selotep supaya sarung tangan getah@belon tak tercabut...

TARA!!!! VUVUZUELA ANDA TELAH SIAP... SELAMAT BER'PEEEEEETTTTT!!!!!!!!!!!!!'


Tips:
1) Lubang yang ditebuk untuk PVC A tu kalo bleh buat kecik jek supaya angin yang keluar dari mulut semasa meniup adalah secara perlahan2 dan takdelah 'pancit' untuk meniupnya.
2) Sarung tangan getah@belon janganlah ditarik terik sangat. nanti susah nak menghasilkan getaran dan bungyik pun cam hampeh je nanti.
3) kalo anda tiup tapi tak berbunyi, pastikan muncung PVC B(yang kat dalam tu) mengenai belon@sarung tangan getah.


SELAMAT MENCOBA!!!