Jumaat, 29 Oktober 2010

HARI KANTIN

Kepada mereka yang duduk berdekatan dengan kawasan MASJID TANAH, marilah memeriahkan lagi HARI KANTIN di SK SRI LAKSAMANA pada hari SABTU(31 OKTOBER 2010). Pelbagai aktiviti menarik menanti anda... Jangan lupa berkunjung ke gerai no 6 yang menjual nasi ayam spesel... Dibawakan khas untuk anda....

Ahad, 17 Oktober 2010

Alahai pencuri..

Suatu hari, di sebuah stesen minyak di selatan tanah air...

Pekerja 1: Wan, malam tadi budak yang mencuri kat kedai kita tu datang lagi. Aku mula tak perasan, tapi bila aku tenok dalam CCTV baru aku nampak dia buat apa sebenarnya... Patut la macam terhendap2.

Pekerja 2:Kau kerja shift malam ke semalam?

Pekerja 1: A ah! Ishh... Budak tu macam tak takut je kan... Kalau aku dapat, aku lanyak sampai lunyai...

Pekerja 2: Dia macam tak rasa takut pun nak mencuri. Termasuk semalam jek dah 3 kali kita kesan orang mencuri kat dalam kedai kita nih. Kau rasa la kan, apa pasal la kedai kita nih asyik orang datang nak mencuri jek?

PELANGGAN: Alaa.. Saya tau jawapannya.. Tuu.... (sambil menunjuk ke arah satu poster bersaiz F4 di papan kenyataan)

Pekerja 1: Haa.. Tu adalah gambar yang dirakam dengan kamera CCTV kami.. Awak kenal ke pencuri-pencuri tu?

PELANGGAN: Bukan itu maksud saya... Cuba baca apa yang ditulis kat poster tu...


PENCURI DIKEHENDAKI
p/s: Mana la tak ramai orang gi mencuri kat stesen minyak tu.. Aku rasa orang yang mencuri tu tak salah. Sapa suruh naikkan poster macam tu... Jadi diorang ingat stesen minyak tu memang memerlukan pencuri.. Seperti 'attendan pam minyak dikehendaki'. hahaha..


Isnin, 11 Oktober 2010

KONVO!!!!

Alhamdulillah.. Selepas 4 tahun di UPM, akhirnya semalam aku bergraduat juga... Di hari yang best dengan tarikh pun best.. Terima kasih tak terhingga buat famili atas sokongan dan dorongan anda selama ini.. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sudi hadir di hari kejadian... Gambar akan diupload kemudian.. hehe.. Nantikannya...


p/s: aritu karang cerita. sampai tengah2 cerita, stuck la plak... idea hilang.. huhu...