Selasa, 27 Oktober 2009

Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh

Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.

Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa.

Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam.

Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri.

Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain.

Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.

Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.

Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.

Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud: “Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8)

Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini.
Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti.

Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.

Selasa, 20 Oktober 2009

Apakah itu RON?

Apa itu RON? RON adalah singkatan kepada Research Octane Number yang merupakan kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ‘ketukan’ (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin. Manakala Petrol RON95 adalah merujuk kepada campuran 95% iso-oktana dan 5% heptana.

Mulai 1 September 2009 Kerajaan mula memperkenalkan petrol RON95 di seluruh negara. Pada masa yang sama petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaan RON92 adalah kecil iaitu sekitar 5% sahaja dari jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini. Justeru itu, Kerajaan mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Pada masa sama, ianya juga merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi ke atas produk petrol. Walau bagaimanapun, petrol RON97 masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukan nilai RON minimum 97 terutamanya kenderaan-kenderaan yang berkuasa tinggi.

Selain itu, petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Spesifikasi EURO2M adalah merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan digunapakai mulai 1 September 2009 selaras dengan penggunaan RON 95 di seluruh negara. Penggunaan EURO2M akan mengurangkan kandungan sulfur dalam petrol dan diesel dari 3,000 parts per million (ppm) kepada 500 ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara. Keadaan ini sudah tentu dapat menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik. Sejak pengumuman pelaksanaan RON95, pelbagai pihak tampil memberi pandangan berkenaan kesesuaian langkah Kerajaan memperkenalkan RON95.

Tidak dinafikan masih ramai rakyat Malaysia yang masih mempunyai persepsi bahawa produk ini boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi enjin kenderaan mereka. Sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan bagi mendapat maklum balas impak penggunaan RON95 dari pelbagai sudut. Semua pihak yang berkenaan memberi reaksi yang positif dengan pelaksanaan RON95 memandangkan ianya sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan dan boleh menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih. Pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin. Oleh yang demikian, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum. Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan petrol RON95 adalah lebih 80% daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Kerajaan dengan kerjasama syarikat-syarikat minyak telah mula memperkenalkan penjualan petrol RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya mulai 12 Mei 2009. Statistik menunjukkan 80% pengguna telah bertukar menggunakan petrol RON95 berbanding RON97 di stesen-stesen yang terlibat. Selain itu, sehingga kini tiada rungutan atau aduan mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan petrol RON95. Ini menunjukkan kesesuaian produk tersebut kepada enjin kenderaan yang menggunakannya. Sehingga kini sebanyak 1,445 buah stesen minyak di seluruh negara telah menjual petrol RON 95 dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 September 2009.

Di samping itu, harga runcit petrol dan diesel masih mengekalkan kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) dimana kedudukan harga purata kos produk bulanan bagi petrol dan diesel akan menentukan kadar subsidi pada bulan tersebut. Panduan penetapan harga RON95 adalah berdasarkan Mekanisme Penetapan Harga Runcit Petrol RON95 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1. Melalui mekanisme ini, harga asas petrol RON95 ditetapkan pada paras RM1.75 seliter. Harga ini akan kekal sekiranya purata kos produk berada di antara USD37.38 setong dan USD76.52 setong. Pada paras harga purata USD76.52 setong, Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 30 sen seliter bagi setiap liter yang dibeli oleh pengguna. Apabila purata kos produk meningkat melebihi USD76.52 setong, harga runcit akan dinaikkan dimana Kerajaan masih mengekalkan subsidi sebanyak 30 sen seliter sehingga mencapai harga siling iaitu RM2.70 sen seliter.

Pada paras harga siling tersebut, Kerajaan akan memberi subsidi melebihi 30 sen seliter apabila purata kos produk meningkat melebihi USD118.48 setong. Memandangkan harga kos produk adalah mengikut harga pasaran dunia dan sentiasa berubah-ubah, pengguna akan menikmati penurunan harga runcit petrol apabila purata kos produk menurun. Kerajaan akan menetapkan harga runcit petrol RON95 lebih rendah apabila purata kos produk berada di bawah USD37.38 setong. Kedudukan semasa purata kos produk bagi RON95 adalah USD82.37 setong iaitu peningkatan sebanyak 102% berbanding USD40.75 pada bulan Disember 2008. Kesimpulannya, pelaksanaan RON95 yang mematuhi spesifikasi EURO2M akan membolehkan pengguna masih menikmati produk petrol yang bersubsidi dan membantu mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Di samping itu, Kerajaan dapat mengurus dan menggunakan sumber tenaga yang cekap serta mengurangkan tanggungan subsidi.

Rabu, 7 Oktober 2009

Transform like transformers (cont..)

Oh yeah!! I forgot something.Malay and pantun cannot be separate. So listen to my pantun(actually not my pantun. i forgot from who i get this pantun)...

High high si Sun,
Son cow die tight,
Long time I look for,
New now I got.

What the meaning of this pantun? You think yourself(Lu pikir la sendri... hahaha)..

Transform like transformers

Some people said, if you want to be succeed,you must know how to write and speak in English.. Ayyaa... For it's so difficult because my English is not good(quite bad). Huwaa.. But practice make perfect, isn't is? Hehe.. So, from now onwards, I try to publish my post using english language. I hope you all can support me and pleaseee.... Don't laugh at me if there are some gramatical error in my post... Yiehaa... Caiyok2 for myself..
Ketika Hati Diragukan.....
Tak Satu pun Orang Mempertanyakan.....
Ketika Cinta Dipertanyakan.....
Takan pernah ada jawaban apa itu cinta....

Hanya dengan Menyebut Namamu..
Aku Kan merasa Tenang...
Hanya dengan mengingat Cintamu..
Aku kan membuatku Senang...

Ketika Cinta ini Pergi...
Hanya ada namamu di hatiku
Ketika Tasbih ini ku hiasi doa..
Aku kan selalu merindukan cintamu

Jangan kau pergi wahai cinta
Aku tak akan bisa hidup tanpamu
Jangan kau jauh duhai cinta
Bawalah aku bersama ke abadian mu

Surat untuk SIS, WAO dan JAG

PADA akhir zaman ini terdapat banyak gerakan Islam liberal (juga disebut sebagai Islam progresif). Ajaran ini didasarkan oleh beberapa Muslim yang cuba menafsirkan semula al-Quran dan as-Sunnah dari sudut pandangan peribadi mereka tanpa merujukkan kepada sumber tradisional seperti mana yang telah diperakui oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sepertimana tindakan SIS, WAO dan JAG melalui memorandum kepada Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika (Keadilan untuk Kartina) bertarikh 25 Ogos 2009 bagi mendesak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa di negara ini jelas memperlihatkan kebiadaban mereka terhadap agama Islam.

Saya ingin bertanya kepada mereka ini, siapa kalian untuk mempertikaikan undang-undang Allah? Siapa kalian untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang jenayah syariah? Apa dalil yang kalian gunakan untuk bercakap tentang undang-undang syariah? Sejujurnya, tindak-tanduk kalian jelas memperlihatkan betapa dangkalnya pemahaman kalian terhadap undang-undang syariah.

Tidakkah kalian sedar tindakan kalian hanya akan menimbulkan implikasi negatif kepada negara kerana menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama negara dan agama negeri serta perundangan syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)?

Kalian juga telah menyentuh dan menjejaskan kedudukan raja Melayu sebagai ketua agama Islam bagi negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan, menghina hukum syarak yang sedang berkuat kuasa melalui enakmen-enakmen negeri, dan pastinya kalian mengguris perasaan dan umat Islam yang lain.

Kalaupun kalian ingin mencari populariti murahan, gunakanlah cara lain tetapi bukan dengan mempertikaikan undang-undang syariah yang kalian sendiri tidak arif tentangnya. Sememangnya penghancur agama Islam seperti ini akan terus mencari ruang dan peluang untuk memesong dan menyelewengkan serta menggugat kepercayaan dan keimanan umat Islam.

Anasir jahat ini datang kepada kita sama ada secara sedar atau tanpa disedari oleh kita semua. Gejala atau anasir jahat ini bukan sahaja menjadikan golongan awam yang tidak berpendidikan tinggi sebagai mangsa, malahan ia juga mendekati golongan terpelajar atau profesional.

Oleh yang demikian, umat Islam harus berhati-hati, agar tidak terpesong daripada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Selain kebimbangan terhadap ancaman musuh Islam dari luar yang memang jelas penampilannya, kita juga perlu berhati-hati terhadap musuh dari dalam yang bertopengkan Islam yang mendakwa bahawa merekalah penyelamat dan pendokong Islam sebenar.

Kewujudan golongan berfikiran dangkal dan liberal dan anasir yang jahat seperti ini, bukan sahaja memesong keimanan malah ia juga akan menggugat kestabilan masyarakat dan keselamatan negara.

Justeru, kerajaan perlu bertegas kepada golongan seperti ini. Ambil tindakan setegas mungkin terhadap pertubuhan picisan seperti ini seperti membatalkan langsung pendaftaran mereka. Tidak ada gunanya kewujudan NGO seperti ini di negara ini.

Selasa, 6 Oktober 2009

Selamat berjuang adik2ku...

kepada semua pelajar yang akan menduduki sijil Penilaian Menengah Rendah(PMR) esok, good luck diucapkan. Semoga apa yang anda usahakan selama ini memberikan hasil yang boleh dibanggakan....

Isnin, 5 Oktober 2009

Siapa boleh beri jaminan?

Minggu ini lepas yang penuh dengan pelbagai kisah suka dan duka. Ada kisah yang membawa kepada tawa dan ada juga kisah yang membawa kepada duka. Namun, biarkanlah perkara yang berlalu itu menjadi satu sejarah.

Bagaimana pula dengan hari yang mendatang? Misteri. Minggu ini penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Bagaimana? Kuatkan azam. 'Kita ada misi'. Tapi kadang-kadang lari gak dari landasan. Macam keretapi. Dah siapkan landasan dah.. Elok je. Tapi ada gak yang tereksiden. Sebab apa? Sebab, kita ini dijadikan manusia. Bukan malaikat. Kadang2 kita dah prepare dengan pelbagai situasi. Namun, apabila datang satu masalah, kita gagal untuk mengatasinya.

Siapa boleh beri jaminan di dalam sebuah tasik yang penuh dengan ikan, maka ada seorang pemancing yang mempunyai peralatan yang maha dahsyat canggihnya datang ke tasik itu untuk menangkap ikan. Bolehkah si pemancing itu menangkap kesemua ikan itu? Siapa boleh beri jaminan? Sudah tentu tiada. Melainkan si pemancing itu menggunakan taktik kotor. Tuba.

Begitulah juga halnya dengan kehidupan kita. Walau sebagus mana persediaan, tak mungkin kita akan dapat menguasai kesemua apa yang kita kehendaki. Melainkan dengan taktik kotor. Mengapa perlu dipijak insan yang kurang bijak? Kita sama. Yang membezakan kita adalah nasib. Dan nasib itu tak selalunya menyebelahi kita...

Fikirkan dengan hati, tafsirkan dengan jiwa...