Rabu, 3 September 2008

Kekasih..

Tak tahulah andai cinta ku ini buta
Tersesat bak Degawan mencari Cinda nya
Cinta yang digalang kuasa
Nafsu mahu menjadi raja

Namun di sebalik keburukan yang ada
Dan diam mu tidak banyak kata
Dan setitis peluh di dahi yang sempat ku kelih
Buat ku berfikir juga
Kau juga manusia dan hamba Nya!

Kekasih,
Tika kau senyum penuh makna
aku tergoda
Tapi pakaian malu ku masih gah di singgahsana
Kau pinta aku mengerti:
jangan terlalu memaksa
Aku mahu kau memahami:
tak baik bertangguh lama
Andai kita bergini berduaan
Pihak ketiga menunjuk jalan


Kekasih,
Bila kau menangguhkan impian kita
Atas alasan banyak perkara yang masih tergendala
Sedang bila rindu kau kembali merayu
Aku mula bingung
Tersimpang antara dua
fitrah sayang dan fitnah orang berkasihan


Kekasih
Maka jalan terbaik telah ku perhitungkan
Cukuplah sampai di sini kita berasmara
Kita berpisah kerana pihak ketiga
Si laknatullah yang mehangatkan kita dengan api cinta!

Namun yang Satu itu tidak pernah melupakan hambaNya.
Terkesima aku dalam solat
Tersedar aku hampir terjerat
Syukur , masih beroleh rahmat!

Kekasih,
Aku sayang pada mu
Sayang sebermula Adam & Hawa
Bak kekasih awal yang ditiup dengan rasa cinta
aku mahu juga kau jadi kekasih hingga nafas akhir
Tapi aku tidak rela kita mempusakai dosa
Dimurka kerana engkar laranganNya

Aku takut padaNya
Takut kita dipisahkan antara syurga & neraka
Di titian siratulmustaqim bisa bertemukah kita?

Aku takut padaNya.
Biar kita berpisah saja
Perpisahan yang lebih berupa ruang dan masa
Untuk kau berfikir penuh keinsafan
Bahawa kasih ku seputih kain kafan
Jangan dinoda sebelum dikebumikan!

Kekasih
Jangan kau berfikir yang bukan-bukan
Aku jatuh cinta bukan kesilapan
Aku jatuh cinta kerana pertemuan kita ditakdirkan
Aku mahu menyintai mu kerana Tuhan
Ku ajak kau dirikan tiang sehari semalam
Kau kata akan kau lakukan di alam perkahwinan!

Kekasih
Batin ku menjerit akan jawapan dan alasan
Perlukan ku gadai tuntutan kerana sayang?
Sedang Islam dan iman telah wujud sebelum aku dilahirkan
Sebelum cinta pada mu dibibitkan
Pusaka maruah dan warisan!

Kekasih
Kata mu kau tak mahu hipokrit
Tapi kata-kata mu itu buat aku bertambah sakit
Adakan kita berpura-pura menyedut nafas meneruskan kehidupan?
Atau kita perlu berpura-pura mati atau mati hati bila kedengaran
azan dan seruan?

Kekasih,
Kau seru kasih insan bila kau kesunyian
Kalau boleh kau mahu belaian dan rengekan
Katamu aku lah putera yang bak bulan
Seketika kita terlupa bulan dan cahaya kasih itu
Tuhan jua yang jadikan!

Kekasih
Kembalilah kepada rasa cinta dan kecintaan
Seindah ketika cinta itu diciptakan
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Aku berlindung kepada Allah
daripada syaitan yang direjam
.
*AL-FATIHAH
Dengan nama Allah
Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara seluruh alam
Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Engkaulah Tuhan yang Menguasai hari pembalasan
Hanya padaMu kami sembah
Dan hanya padaMu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang- orang yang kau beri nikmat
Dan bukan jalan mereka yang sesat
Yang Engkau murkai

Cinta itu aneh.
Sukar untuk ditafsir
Datangnya bukan dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan.
Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya.
Keengganan boleh mencipta sebuah perpisahan.

Bila cintanya kerana ALLAH
Berpisahnya tidak gelisah

Tiada ulasan: