Jumaat, 5 Disember 2008

REMP - IT

Di dalam kesibukan dan hiruk pikuk kota, terselit sebuah kisah tentang anak-anak muda zaman sekarang. Jalan-jalan utama yang pada siang harinya merupakan lautan manusia dan kenderaan bertukar menjadi lengang pada malam hari. Hanya sayup-sayup kedengaran bunyi motosikal anak-anak muda yang membingitkan telinga. Di sebuah taman perumahan berhampiran kota raya kelihatan dua orang anak muda bersama motosikal kesayangan mereka...

Preng..... Preng...

"Mmm... Amacam jen, jadi tak malam nih?"
"Uih... Mesti jadi punya.. Kita kasi gegar kotaraya malam nih. Baru diorang tau sapa kita"
"Wokeh!!! Ko gerak dulu. Aku folo dari belakang"
"Wokeh! Warga kota!!! Lihatlah aksi kami..........."

Itulah rutin mereka apabila hujung minggu tiba. Firdaus atau lebih dikenali sebagai jen, dari tadi asyik mengilatkan motorsikal TZMnya itu. Tak lupa juga kawan baiknya, Sazni, atau lebih dikenali sebagai kecik pula asyik memerah minyak motornya dari tadi..

Prengg.... prenggg.....

Jen memang seorang pelumba yang sangat handal. Setakat orang seperti kecik, memang makan asap la jawabnya. Ramai pelumba yang dah tewas di tangan jen. Motorsikal TZMnya itu memang sangat berkuasa. Derumannya itu sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpegun. Jen amat berbangga dengan prestasi motorsikalnya itu. Bagi kecik, dia tidak kisah kalau asyik kalah dalam setiap perlumbaan dengan Jen kerana Kecik masih lagi baru dalam bidang tersebut dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

Malam sudah semakin larut. Kebiasaannya anak-anak muda sekarang sudah berada di depan televisyen untuk menonton rancangan televisyen kesukaan mereka. Namun tidak bagi Jen dengan Kecik. Pada malam itu adalah amat bermakna bagi mereka. Lebih-lebih lagi kecik. Dia amat berharap yang motorsikal Honda CBR 150ccnya yang baru di'setting'nya itu dapat melawan kehebatan TZM Jen. Sudah lama dia mengharapkan kemenangan berada di pihaknya namun belum ada rezeki agaknya.

Kedua-dua anak muda tersebut telah bersedia dengan motorsikal masing-masing. Bergaya sungguh mereka. Maklumlah... Malam penentuan.

Prenggg.......... Prenggg...... Prenggg.....
Vroommmm.... Vroommm.... Vrooommmmmm....

"Jom!! Kita jalan-jalan dulu. Kasi bakar jalan KL nih dulu," kata Jen dengan penuh bersemangat.
'Orait! KFC pun KFC la..." balas Kecik yang tak berapa dengar apa yang diperkatakan oleh Jen kerana helmetnya terlalu ketat.

Prengg.....

Laju Jen memecut meninggalkan Kecik yang masih termangu-mangu. Sebentar sahaja Jen dah hilang dari pandangan Kecik.Namun bagi kecik itu bukan masalah. Sebelum ini pun dia sudah biasa di belakang. Memang Kecik tak kesah pun berada di belakang Jen kerana dia ingin mempelajari selok-belok membawa motorsikal daripada Jen yang memang terkenal dengan jehebatannya itu.

Vrrooommm....

Sepantas kilat Kecik meninggalkan tempat pertemuan mereka itu tadi. Jarum speed meter menunjukkan angka 190. Dalam beberapa saat sahaja, kecik sudah mampu melihat kembali Jen di hadapannya.a

"Kecik...Kecik... Makan asap lagilah kau kali nih" kata Jen di dalam hati. Beliau yakin, walaupun Kecik baru setting motorsikalnya, namun, masih tidak mampu menyaingi kehebatan metorsikalnya yang baru 5 bulan dibelinya. Lagipun kawasan itupun memang kawasan Jen.

Preeennggg.............
Vrroooomm.....................

Mereka masih lagi saling kejar mengejar. Jen masih lagi di depan. Kecik mengekori di belakang. Semakin hampir. Deruman enjin motorsikal mereka amat membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Nasib baiklah mereka memakai topi keledar dengan ketat dan diikat kemas. Maka, bunyi bingit itu tidak kedengaran sangat. Kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi pekak. Mujur Jabatan Keselamatan Jalan Raya banyak buat kempen menyuruh penunggang motorsikal memakai topi keledar dan diikat kemas.

Prreeeooommm......

Kita kembali ke kisah Jen dan Kecik. Walaupun Jen masih di depan, hatinya menjadi gusar. Beliau risau melihat prestasi motorsikal Kecik jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Biasanya Kecik akan ketinggalan dalam 5 atau 6 tiang letrik. Namun pada malam itu Jen dapat rasakan Kecik amat hampir dengannya. Mereka terus memecut laju. Di hadapan meraka ada satu selekoh tajam. Mereka perlu berhati-hati. Kalau tersilap langkah boleh membawa maut.

Walaupun menyedari bahaya yang akan menimpa dirinya, Jen tetap mahu melihat ke belakang untuk mendapatkan anggaran jarak antara dia dengan kecik. Dia memang tidak suka meletakkan cermin sisi di motorsikalnya kerana cermin tersebut akan menambahkan rintangan angin bagi motorsikalnya. Jadi, nak tak nak terpaksalah dia menoleh ke belakang. Hati Jen semakin berdebar sementara Kecik masih lagi cuba untuk memintas Jen. Bagi Kecik, selekoh adalah peluang terbaik baginya kerana dia hampir mustahil untuk memintas Jen di jalan yang lurus.

Selekoh berbahaya itu hanya beberapa meter saja dari Jen. Jen tak mengendahkan semua itu, yang penting dia tahu kedudukan Kecik kerana dia sedar kelemahannya adalah di selekoh. Ketika speed meter masih menunjukkan angka 190, Jen menoleh ke belakang. Kelihatan Kecik hanya beberapa inci sahaja dengannya. Satu jarak yang sangat dekat. Ketika sampai ke selekoh tajam itu, Jen yang baru hendak mengalihkan pandangannya ke depan tiba-tiba.............

Prengg.....
"Opocot! Astaghfirullah al azim... Budak-budak nih. Nasib baik aku tak dilanggarnya!"

Jen hampir melanggar kaki seorang pak cik yang lengkap berpakaian solat dan berkopiah putih. Dalam kesamaran malam dan diselibungi asap motorsikalnya, Jen dapat melihat kelibat pak cik tersebut. Jen sangat pasti itu adalah Pak Din iaitu ayahnya sendiri. Dia nyaris melanggar ayahnya tadi yang baru pulang dari surau. Kalau tak memang nahas dia. Dah la bawa motorsikal melebihi had laju, lesen pun takda lepas tu langgar orang pula dan orang itu adalah ayahnya sendiri.

"Sorry pak!! Nanti kita cerita kat rumah pak!!!" kata Jen namun suara itu ditenggelami dek deruman enjin yang bingit itu. Sedikit pun Jen tidak rasa bersalah. Apa yang lebih penting bagi Jen ialah dia harus menamatkan perlumbaan itu dengan kejayaan kerana sebelum ini belum pernah ada pelumba lain yang berjaya memintasnya. Kecik semakin hampir di belakang....

"Tak boleh jadi nih! Aku kena buat betul-betul" kata Jen dalam hati sambil memulas minyak sehingga tahap maksimum. Kecik juga begitu. Dia yakin dapat memintas Jen dan seterusnya memenangi perlumbaan tersebut. Mereka terus memecut laju. Sesekali Kecik seolah-olah hampir memintas Jen. Jen yang kelihatan asyik membetulkan helmetnya. Mungkin terlalu ketat agaknya.

Preeeenggggggggggg............................
Vrrrooooooooooommmmmmm...........

Hati Jen berdebar-debar. Adakah Kecik akan berjaya menewaskannya pada malam tersebut? Kecik juga berdebar-debar. Adakah dia berjaya melenyapkan rekod tanpa kalah kawannya itu? Di saat segala persoalan dan teka-teki itu bermain-main di minda mereka, tiba-tiba....

Prenggg...
Vroomm...

"Alamak! Ada kereta peronda polis pulak melintang kat depan nih." kata Jen dalam hati.
Kecik pada ketika itu ada beberapa cm di belakang Jen.

"Kacau betul polis ni. Takpe aku ada cara aku!!" sambung Jen lagi.

Jen menambahkan kelajuan motorsikalnya ke tahap yang paling maksimum. Kecik masih di belakang. Motorsikal Jen semakin laju. Ketika semakin hampir kepada kereta peronda polis tersebut, Jen terus memecut sambil mengangkat tayar depan motorsikalnya. Jen menjerit.....

"Yiiihuu........" sambil motorsikal TZMnya melayang ke udara melepasi kereta peronda polis tersebut. Kecik yang sejak dari tadi mengekorinya gagal mengelak dan melanggar kereta peronda tersebut.

"Tipu!!!! Tipu!!! Kau main tipu!!! Mana ada moto boleh terbang!!!Kau tipu!!" kata Kecik sambil menangis.
"Dah la.. Tak nak main dengan kau lagi.. Tipu!!!" sambung Kecik sambil menuju ke muka pintu dan berjalan pulang ke rumahnya.
"Eleh... Boleh apa!! Ko je yang tak tau"

"Dah... Dah... Gi tido. Kemaskan permainan nih. Esok kan nak gi tadika. Asal main je gaduh.. Asal main je gaduh. Takde keje lain!!" ujar Mak Cik Zu, iaitu mak Jen setelah melihat Kecik meninggalkan ruang tamu sambil menangis.

"Ye la... Ye la... Kecik tu yang tak reti main"
"Aku kata sudah!! Kemas permainan tu. Lepas basuh kaki, mesuk bilik tido!"
"Baru pukul 10 la mak"
"Eh... Menjawab pulak dia!"

4 ulasan:

n a b i l a a t h i r a berkata...

huahuahuahua... =))

Tanpa Nama berkata...

Wakakakaka...sungguh kelakar cerite anda wahai encik ses...pelakon2 anda itu memang hanya layak bermain motor mainan sahaje...
Sakit perut hambe membace endingnye..hadoiyaiiiiiii

Orangekidz berkata...

tengkiu.. tapi sapakah anda?

- A i D a N N a D i A - berkata...

hahaha...
watak yang sepadan..
aku dapat bayangkan camne jen n kecik main motor mainan masa kecik2 dlu..
hahaha..