Rabu, 4 Mac 2009

Kembali ke zaman silam...

Apabila kebosanan datang melanda, maka kadang-kadang kita akan melakukan sesuatu yang sangat pelik dari pandangan mata manusia biasa. Kekreatifan yang terhasil mungkin dianggap enteng oleh sesetengah orang namun sejauh mana kekuatan yang ada dalam diri kita sebagai persediaan untuk menghadapi tohmahan dari masyarakat sekeliling itu menjadi kayu ukur siapa kita sebenarnya. Bersatu dalam menghadapi dugaan. Yang jatuh kita tegakkan, yang rebah kita dirikan, yang senget kita luruskan, yang sakit kita rawatkan, yang duka kita riangkan, yang susah kita senangkan. Hidup umpama puzzle gambar Power Rangers.... Kenangan bersama tetap abadi di ingatan. Agar menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan.
Terima kasih atas persahabatan.
Yang benar,
Che Lan
```````````````````````
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Kumpulan 6 Skema.

4 ulasan:

miNA_amAL berkata...

saye x brape phm tentang puzzle Power Rangers itu..terangkan lagi bley~

Orangekidz berkata...

mm... nak terangkan eh.. mm.. puzzle power rangers tu, puzzle la.. atau dalam bahasa melayunya ialah pazel.hehehe... hidup umpama puzzle. tak kesah la power rangers ke, pazel pe ke. tapi apa yang aku bawa contoh kat sini ialah pazel power renjes. sebab sng nak nmpak. kepingan pazelnya beso. tak ke burok bebenor ropenye kalo seketul pazel tu ilang. kan???kan?? walaupun seketul, ia tetap membawa erti yang beso. camne plak kalo pazel tu gambo pemimpin ke, negara ke... mm... ok? ke masih tak paham gak?

miNA_amAL berkata...

herm..maksudnye..ko illang sesuatu..???

Orangekidz berkata...

mm.. ntah la. orang kata semalam tu sejarah. sekarang nih pasti dan esok misteri. aku cam rse nak kembali ke zaman sekolah dulu.... dulu... semakin jauh aku tinggalkannya......