Buat permulaan, ini adalah coretanku tatkala aku berada dalam keadaan separuh sedar. huhuhu... sementara menanti subuh menjelang.... Satu hari, telah datang kepadaku seorang kawan. Beliau duduk di sebelahku sambil mengukir senyuman yang entah ikhlas atau tidak. Agak lama berdiam diri tiba-tiba kawan ini bertanya. Satu pertanyaan yang acap kali diajukan kepadaku dan acap kali juga aku menjawabnya. Entah mengapa soalan begitu menjadi begitu menarik perhatian mereka sehinggakan ramai yang bertanya. Untuk apa, itu yang aku tak tau tu.. Baiklah, aku akan menerangkannya di sini supaya soalan seperti ini tidak lagi menyinggahi telingaku ini. Jawapan kepada satu soalan yang berkaitan dengan masa depan dan mungkin jua hati dan perasaan.
Berbalik kepada cerita seorang rakan tadi. Beliau bertanya, "kau dengan si dia tu ada apa2 ke?". begitulah satu macam soalan yang serupa dan seringkali dilontarkan kepadaku. Ataupun dalam bentuk yang lain,"si dia tu awek ko eh" xpun "ko couple ngan si dia eh!!" dan banyak lagi soalan yang aku terima. Frasanya mungkin berlainan namun definisinya tetap sama. Lalu aku pun menjawab katanya itu. Jawapan yang seperti selalu aku beritahu kepada mereka2 yang ingin tahu. Kataku,
"Apakah perkara yang menyebabkan kau berkata begitu? Adakah keakraban itu menjadi kayu ukur kepada sesebuah perhubungan yang dianggap istimewa?"
Jika jawapannya 'Ya', bermakna anda silap.
"Adakah anda melihat sendiri atau mendengar dari yang lain?"
Lalu kawanku itu bertanya kembali;
"Habis tu? Nampak kau rapat je ngan dia. Alaa... Jangan nak sorok la. Semua orang dah tahu." katanya kembali.
Aku menarik nafas panjang. Dalam-dalam. Butir-butir bicara ku atur agar yang kelam tak mejadi kabur. Jawapan yang hampir sama setiap kali persoalan timbul. Malah skripnya boleh diingat. Kataku;
"Aku tidak memiliki sesiapa dan tidak jua dimiliki oleh sesiapa. Apa yang anda dengar, lihat atau ketahui itu sebenarnya bukanlah perkara yang sebenar. Bagiku aku anggap beliau adalah kawan seperti yang lainnya. Tidak lebih dari itu."
"Tipulah..."
"Terpulang pada orang untuk mempercayainya. Bagi aku, cinta itu satu perkara yang suci. Cintalah yang menyatukan hati Rasulullah dan Fatimah, Adan dan Hawa. Jadi, mengapa ia perlu dinodai? Jadi;
1. Bagiku cinta yang lahir selepas akad itu lebih manis dan hebat getarannya dari cinta muda mudi zaman sekarang. Kalau sudah ditakdirkan Tuhan, ia akan menjadi satu kepastian.
2. Aku mencari cinta yang tulus dan suci iaitu cinta Tuhan dari cinta nafsu yang terdorong oleh godaan syaitan. Dalam surah an-nur Allah berfirman dalam ayat 21 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar...."
3. Allah sambung lagi dalam surah an-nur ayat 23 yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Jadi, buat apa nak dirisaukan. Jodoh yang tuhan pilih itu memang yang terbaik untuk kita. Kalau tidak bertemu di dunia mungkin kita akan ketemunya di syurga. Jadi, tak perlulah risau. Mungkin apabila tiba masanya, solat istikharah menjadi pengantara.
Cukuplah tiga saja jawapan untuk merungkaikan kekeliruan. Sama ada anda ingin percaya atau tidak, terserah. Mungkin jauh di sudut hati terasa ingin merasai dicintai dan mencintai namun ada batas yang perlu dituruti. Kehidupan di dunia ini amat bersifat sementara ibarat menunggu hujan teduh di pondok usang. Apabila tiba masanya, kita kan berlalu pergi. Kerja Tuhan siapa yang tahu...
3 ulasan:
salam..
aku suke dengan post ko kali ni..
aku setuju sangat dengan ko...
huhu
yea~...alhamdulillah..
ses dh ske kat karya ustaz faisal yg slalu sj ad betulnye~ :)
nak kata setuju tu ntah la.. ada part2 yang aku ske susunan ayat beliau..
Catat Ulasan