Mmm... Hari ini dah 31 Mac 2009. Esok biasanya masyarakat dunia akan merayakan april fool ye tak? Mmm.. lantak la. tiada kaitan dengan aku. Kan..Kan... Mmm.. Lagi 5 hari lagi untuk dinner kolej. Aktiviti yang terakhir aku untuk Kolej Kelima. Lepas tu, 4@5 hari lepas tu plak Majlis Amanat Pengetua. Kemungkinan besar barisan baru MTM akan dumumkan. Gud luck untuk mereka yang naik. Zaman aku dah abes. Tibalah masa untuk menjadi rakyat jelata semula. Kalau nak tanya apa-apa, aku akan tetap layan kecuali bateri enset abis takpun kredit takde atau aku dah tido time tu. Cuma aku rase tak banyak kot ilmu yang aku ada untuk pelapis mase depan. Mmm.. Aku ada sedikit konflik dalam diri. Di manakah tanah yang aku harus menperhambakn diri kelak. Masih di sini atau mungkin aku perlu berhijrah selepas segalanya berakhir di sini... Mmm.. Lagipun ramai member yang dah takde. Mungkin tekanan bagi aku untuk terus berada di sini. Adakah aku perlu ke kolej lain untuk duduk bersama-sama juniorku dan menumpukan apa yang sepatutnya aku lakukan 3 tahun dulu hingga sekarang? Dilemanya aku... Mungkin banyak lagi masa untuk aku berfikir. Tetapi aku mesti membuat keputusan segera agar dapat memudahkan semua urusan kelak. Mmm.. Berfikir.... Berikanku masa untuk berfikir. Pabila fikiranku waras semula, jawapannya akan aku berikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan