Semalam, di kala kesibukan dengan pelbagai perkara, tiba-tiba ada seorang insan meminta pendapat dan pandangan. Beliau terlalu kecewa dengan seorang insan yang sebelum ini cukup disayanginya namun akhirnya berpisah jua. Mungkin itulah tadir dari Tuhan. Insan yang sangat dipercayainya itu beralih arah. Dalam ruang masa yang amat sedikit itu, aku teringat satu ayat yang sangat suka dan masih aku ingat sampai sekarang. Ayat itu berbunyi,
"sayangilah org yg kau sayangi berpada-pada, mungkin saja stau masa nanti dia akan jadi org yg kau benci, bencilah org yg kau benci berpada-pada, mungkin satu masa dia akan jadi kekasih kamu"
Lalu menangislah orang itu sepuas-puasnya. Kataku lagi, Tuhan itu telah menjadikan manusia itu berpasangan. Telah ditetapkan jodohnya sejak dari azali lagi. Begitu juga ajal maut. Beliau bersasa sangat tertekan. Katanya tiada lagi tempat untuk mengadu. Lalu kataku, kamu dah rosak. Kalau barang yang rosak kita akan hantar ke kilang semula untuk diperbaiki selagi dalam tempoh jaminan. Namun begitu, kamu sebagai manusia tempoh jaminan(warranty) adalah selagi kamu di muka bumi ini. Maka jika kamu telah rosak, kembalilah kamu kepada kilang kamu iaitu Pencipta Yang Maha Agung itu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Katanya dia menangis sepanjang hari. Tidak mampu menerima kenyataan. Dunia ini tiada makna lagi baginya. Lebih-lebih lagi selepas aku menolak mentah-mentah tawarannya untuk menggantikan kekosongan hatinya itu. Lalu aku berkata,
"dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.."
Jikalau beliau sedang membaca tulisan ini, pintaku janganlah kamu terlalu kecewa. Bagiku cinta sebelum akad adalah sia-sia. Aku belum bersedia....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan