Hidupnya sengsara. Kesedaran mula timbul dalam jiwanya. Puterinya hanya satu. Tiada siapa dapat menandingi Puteri. Kesucian cinta Puteri padanya adalah asli dan tulus.
Duan merintih sendiri. Sukarnya menerima perpisahan yang sepatutnya tidak berlaku.Dia tewas menahan perasaan bersalah!
Kini dia sedar segalanya fitnah. Baru dia dapat menghidu puncanya. Cemburu orang
pada dirinya kerana kasih Puteri hanya padanya. Dan cemburu Ina pada Puteri kerana
hatinya milik Puteri. Roy yang bertanggung-jawab berpakat menyebarkan fitnah.Si Farouk yang bergelar ‘Gangster Kg Dusun’ itu pun termasuk dalam pakatannya.
Semuanya kerana dengki dan dendam. Mereka seolah-olah tidak tenteram melihat kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi Puteri idaman menolak lamaran. Duan bertekad menemui Puteri. Puteri tidak berdosa..Dia terlalu cepat termakan pujuk rayu Ina dan fitnah.
Duan ke daerah itu. Daerah yang tenang dan damai yang sesekali dikocak dengan air
tasik kala ditiup bayu.Tempat itulah mereka selalu bertemu. Tak pernah jemu dengan suasana damainya. Duan pasti, daerah itulah jua tempat Iza bersembunyi melayani gelodak perasaannya.
Dari jauh, Duan sudah nampak sesusuk tubuh termenung mengadap tasik. Leka dengan dunianya. Tenggelam dalam perasaannya.Duan menggagahkan diri menghampiri.
“Puteri…”suaranya bergetar..Iza tidak menoleh. Membatu tanpa suara. Duan tidak dapat membaca fikiran Iza. Namun dia tetap mencuba..
“Maafkan aku, Puteri…”Bahu Iza disentuh lembut. Iza lantas menutup wajahnya. Melindungi matanya yang merah.
“Aku sedar kesilapanku, Puteri..Terlalu sangat lekas percaya pada tuduhan. Walau tanpa bukti yang kukuh…Hatiku tidak keruan ketika itu. Aku tak sedar apa yang telah aku lakukan. ..”getar suaranya bercampur kesal.
“Aku terlalu mencintaimu, Puteri. Kerana itu, aku tidak sanggup sesiapa pun memilikimu. Kerana itulah jua, aku terlalu cemburu dan kecewa mendengar cakap-cakap orang yang tak berasas itu..Kini aku sedar kelemahanku..dan aku akan cuba memperbaikinya..”Duan terus bersuara walau tanpa reaksi dari Iza.
“Kini harapanku, kita bina semula cinta yang musnah… Dengan ikatan yang kekal abadi..Jika kau sudi..Puteri…” Duan mengungkap kata bermakna. Iza terpaku seketika. Wajah Duan direnung sedalam-dalamnya. Keikhlasan dan kejujuran jelas terpancar pada mata pemuda itu. Hati Iza tiba-tiba tersentuh..
“Hati ini milik Puteri…selama-lamanya..” Duan berbisik lembut. Iza lantas tertunduk malu..namun sinar bahagia menusuk jiwanya….Alangkah bahagianya…..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan