Ahad, 28 Mac 2010

Hati ini milik puteri... (akhir)

Hidupnya sengsara. Kesedaran mula timbul dalam jiwanya. Puterinya hanya satu. Tiada siapa dapat menandingi Puteri. Kesucian cinta Puteri padanya adalah asli dan tulus.

Duan merintih sendiri. Sukarnya menerima perpisahan yang sepatutnya tidak berlaku.Dia tewas menahan perasaan bersalah!

Kini dia sedar segalanya fitnah. Baru dia dapat menghidu puncanya. Cemburu orang
pada dirinya kerana kasih Puteri hanya padanya. Dan cemburu Ina pada Puteri kerana
hatinya milik Puteri. Roy yang bertanggung-jawab berpakat menyebarkan fitnah.Si Farouk yang bergelar ‘Gangster Kg Dusun’ itu pun termasuk dalam pakatannya.

Semuanya kerana dengki dan dendam. Mereka seolah-olah tidak tenteram melihat kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi Puteri idaman menolak lamaran. Duan bertekad menemui Puteri. Puteri tidak berdosa..Dia terlalu cepat termakan pujuk rayu Ina dan fitnah.

Duan ke daerah itu. Daerah yang tenang dan damai yang sesekali dikocak dengan air
tasik kala ditiup bayu.Tempat itulah mereka selalu bertemu. Tak pernah jemu dengan suasana damainya. Duan pasti, daerah itulah jua tempat Iza bersembunyi melayani gelodak perasaannya.

Dari jauh, Duan sudah nampak sesusuk tubuh termenung mengadap tasik. Leka dengan dunianya. Tenggelam dalam perasaannya.Duan menggagahkan diri menghampiri.

“Puteri…”suaranya bergetar..Iza tidak menoleh. Membatu tanpa suara. Duan tidak dapat membaca fikiran Iza. Namun dia tetap mencuba..

Maafkan aku, Puteri…”Bahu Iza disentuh lembut. Iza lantas menutup wajahnya. Melindungi matanya yang merah.

“Aku sedar kesilapanku, Puteri..Terlalu sangat lekas percaya pada tuduhan. Walau tanpa bukti yang kukuh…Hatiku tidak keruan ketika itu. Aku tak sedar apa yang telah aku lakukan. ..”getar suaranya bercampur kesal.

Aku terlalu mencintaimu, Puteri. Kerana itu, aku tidak sanggup sesiapa pun memilikimu. Kerana itulah jua, aku terlalu cemburu dan kecewa mendengar cakap-cakap orang yang tak berasas itu..Kini aku sedar kelemahanku..dan aku akan cuba memperbaikinya..”Duan terus bersuara walau tanpa reaksi dari Iza.

“Kini harapanku, kita bina semula cinta yang musnah… Dengan ikatan yang kekal abadi..Jika kau sudi..Puteri…” Duan mengungkap kata bermakna. Iza terpaku seketika. Wajah Duan direnung sedalam-dalamnya. Keikhlasan dan kejujuran jelas terpancar pada mata pemuda itu. Hati Iza tiba-tiba tersentuh..

“Hati ini milik Puteri…selama-lamanya..” Duan berbisik lembut. Iza lantas tertunduk malu..namun sinar bahagia menusuk jiwanya….Alangkah bahagianya…..

Hati ini milik puteri... (part 3)

Seminggu jua Duan meresah. Ingatannya tertancap erat kepada Puterinya. Tiada bahasa dapat menggambarkan kerinduannya terhadap Puteri. Oh..tiada gadis secantik Puteri. Baginya Puteri segala-galanya. Bintang di langit rasanya mahu dikutip buat Puteri.

Biar Puteri memaafkan kesalahannya.

Duhai Puteri..di manakah kau berada? Rindu daku ingin jumpa..begitulah batinnya menjerit. Makanan sudah tak terjamah lagi. Segalanya tawar, setawar hatinya. Fikirannya kalut memikirkan permasalahannya dengan Iza..puteri kasihnya.

Iyalah..selama ini dia buta. Buta melihat kejujuran Iza. Selama ini dia terlalu dibayangi prasangka. Cemburunya terbit tanpa bukti. Masakan tidak..Puterinya ayu dan merdu suaranya. Jika sekali-sekala diundang menyanyi di majlis, semua hadirin bagai terbuai dek alunan suaranya. Pekertinya yang lembut bisa mencairkan sekeras-keras jiwa pemuda. Duan membiarkan dirinya tenggelam dalam lamunan.

“Duan..Iza tu banyak peminat. Ada saja mata memandangnya. Kalau kau tak pandai jaga, melepas kat tangan orang..” Berkali-kali dia mendengar nasihat yang hampir sama.

Susah rasanya menjaga Puteri terbilang.

“Iza setia. Dia lain dari yang lain. Dia bak warisan wanita terakhir…”Duan yakin dengan kata-katanya. Tetapi seringkali kata-katanya disambut dengan derai ketawa. Terbakar hati Duan mendengarnya.

“Gadis seayu Iza menjadi rebutan. Dia banyak pilihan laa Duan. Takkan setia kat kau. Bila dah jemu dengan muka kau..hah! Dia akan mencari lain! “Pernah Joe menghamburkan sindiran. Duan terkedu. Dia sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tetap percaya Iza jujur menyayanginya.

Sememangnya Iza ramai peminat. Bukan sahaja kecantikannya, tetapi kelembutannya juga menjadi tarikan. Memang sukar mencari gadis sebaik Iza dalam arus zaman sekarang.

Hairan juga dirinya kerana menjadi pilihan Iza. Dia sederhana serba-serbi. Bukan kacak, bukan berharta. Kini, dia cuma berniaga kecil-kecilan. Jika materialistik sikap Puterinya, pasti anak Dato’ Kamal menjadi gilaannya. Sampai sekarang, anak Dato’ itu hanya dapat menggigit jari. Malah si Roy tidak kurang hebatnya. Siang malam terkejarkejarkan Iza. ‘Harley-Davidson’ yang berkilat mahal ditayang-tayang sebagai umpan.

Namun Iza tak melayan. Seingat Duan, tak pernah Iza menerima pelawaan si Roy untuk membonceng motorsikal besarnya keliling kota. Kalau Siti Bulat atau Lela Pelat, sudah lama menjerit suka. Su juga pernah berangan-angan untuk bersiar-siar manja dengan si Roy. Status ‘playboy’ si Roy memang kena.

“Berniaga ini pekerjaan mulia. Sebahagian besar rezeki datangnya dari perniagaan.Jangan malu bermula dari bawah. Jika rajin berusaha, perniagaan akan berkembang dan menjadi maju. “Iza pernah mengulas.

“Tak semua orang kaya dilahirkan kaya. Ramai yang menderita dulu sebelum berjaya.Tetapi mereka berani bermula dari bawah. Akhirnya mereka berjaya mengubah
nasib dari kehidupan melarat kepada mewah..”berkobar-kobar Iza memberikan hujah
sehingga tak tertangkis olehnya. Petang indah itu, memang Iza nampak lebih ayu.

Matanya bersinar-sinar memberi semangat padanya. Kebaya songket bersulam menyerlahkan susuk tubuh Iza yang langsing. Ikutkan hati, mau saja disorokkan Iza dari pandangan mata-mata galak yang gatal memerhati.

Berbekalkan dorongan Iza, Duan tidak gentar untuk memperjudikan nasibnya dalam perniagaan. Biar bermula dari bawah..kata-kata Iza itu dipegang. Terbukti kata-kata itu benar. Perniagaannya mulai berkembang. Rezekinya bertambah murah.

Tetapi dorongan itu tak mungkin diperolehi lagi. Iza sudah membencinya. Semuanya
angkara dirinya sendiri! Duan menyumpah-nyumpah dirinya kerana bertindak melulu.

Dia semakin terkenang…

“Kau tahu..Iza sudah melupakan kau. Aku nampak dia bersama Farouk. Mesra sungguh lagak mereka” Bagai halilintar membelah bumi..Duan terfana. Kata-kata Roy itu meremukkan hatinya. Dia tak percaya..tapi mula diamuk curiga.

“Kau pasti itu Iza??Ah..aku tak percaya. Kau jangan mainkan aku Roy.Iza bukan seperti itu. Aku tahu hati budinya.”Duan berpura tenang walau dihati dirasuk resah.

Roy tersengih, menampakkan giginya yang kurang teratur. “Itulah kau..tengah angau!!Berita gempak ni dah tersebar. Cuma kau ketinggalan.Macam katak bawah tong. Awek sendiri tak tau jaga!”

“Betul cakap Roy tu..Iza dan Farouk sedang bercinta!”Zack menokok tambah.. menghangatkan lagi hati Duan. Akhirnya, cerita yang panjang terjalin. Semakin banyak yang didengar. Kepercayaan Duan semakin memudar…

“Duan, jangan percaya cakap orang tu. Semuanya fitnah. Kalau betul,mana buktinya??”Iza membela diri sewaktu Duan membangkitkan perkara itu. Malah Iza boleh tergelak besar bila pertama kali Duan bertanya tentang hubungannya dengan Farouk.

Duan pula terasa malu seolah-olah pertanyaannya suatu jenaka.

“Aku tak pernah ada hubungan dengan Farouk. Tak wujud sama sekali. Di mana kau dapat cerita ni???”Iza tergelak-gelak. Nampak sangat kelakarnya. Namun, walau apa pun kata Iza,dia mula termakan kata-kata tuduhan liar itu.

Telinganya sudah tidak sanggup lagi disumbat cerita yang menyebakkan dada. Jika sekali dua, mungkin dapat ditahan. Tetapi tembok yang paling utuh pun akan rebah seandainya diserang bertubi-tubi.

Dalam kekalutan dirinya mencari kebenaran, Ina hadir kembali.. Bekas kekasihnya setia mendengar masalahnya. Tanpa bukti, Ina turut mempersalahkan Iza. Bertambah yakin Duan terhadap dakwaan orang.

“Kau dipermainkan Iza. Lebih baik tinggalkan dia. Kalau dia curang, buat apa menunggu lagi? Jangan jadi bodoh, Duan. ” Duan tidak sedar kata-kata Ina sebenarnya mengandungi kebencian dan cemburu. Kebencian terhadap Iza. Dia hampir lupa, Ina juga pernah tidak setia. Itulah punca mereka berpisah dulu. Ina yang meminta perpisahan, kononnya mereka tiada persefahaman. Kini, Ina lain benar sikapnya.

Seolah-olah mencari peluang berbaik semula. Dalam fikirannya yang kusut, Duan tidak ambil peduli lagi niat sebenar Ina. Dia terdesak memerlukan teman bicara.

Kekerapan Duan dan Ina bersama akhirnya disedari Iza. Iza tidak cepat melenting. Malah tidak menaruh syak-wasangka. Biasalah.. Duan terpaksa berhubung dengan ramai orang untuk urusan perniagaannya. Kepercayaannya terhadap Duan menjadi benteng perselisihan. Hal remeh-temeh yang boleh merosakkan hubungan seboleh-bolehnya mahu dielakkan.

Namun kepercayaannya hancur musnah apabila Ina datang menyerang. Tuduhan yang
dilemparkan menghiris hatinya. “Kau cuma layak digelar perampas kekasih orang! Dia mencintai aku. Hatinya milik aku! Gelaran Puteri itu sepatutnya untuk aku. Kau tak layak!” Ina menghamburkan kata-kata pedih.

“Aku yang teratas! Kau cuma yang kedua. Mungkin terbelakang sekali…Pengganti aku saja! Aku tetap puteri hatinya!” Angkuh Ina mengumum. Wajahnya nampak puas dan bangga. Gugur air mata Iza menahan kepedihan.

Rupa-rupanya Duan masih berhubung kasih dengan kekasih lamanya. Selama ini dia hanya sekadar pengganti. Dia Cuma bayangan Ina. Kini Ina muncul semula dalam hidup Duan.. Sudah pasti cinta mereka mekar kembali. Sorotannya, terjadilah tragedi cinta lewat petang itu.

Hati ini milik puteri... (part 2)

Izah tidak dapat melelapkan mata. Kenangan indahnya bersama Duan menggamit rasa.Bermula dengan sekeping nota kecil, dia dipertemukan dengan Duan. Pemuda itu memuji tulisannya. Katanya tulisan Iza cantik, secantik penulisnya.

Pujian yang melangit itu memerahkan muka Iza. Semenjak itu, mereka sering bertukar-tukar nota dan sekaligus mengeratkan dua hati. Iza tidak sangka nasibnya malang begini. Kasihnya terhadap Duan telah tersemai sejak di bangku sekolah lagi. Duan tersendiri. Pemuda itu berjaya menewaskan hatinya. Sebelum Duan hadir dalam hidupnya, dia enggan menerima cinta. Ramai lelaki kacak cuba memikat, tetapi tiada yang mengena.

“Iza..kau harus tabah.Jangan hancur hidupmu hanya kerana cinta..Lagipun..Lan, Din, Rizal..malah berderet lagi menunggu kau.Mereka semua lebih handsome dari Duan..

”Su cuba memujuk. Iza mengeluh berat. Ikatan rambutnya dilepaskan. Rambut hitamnya yang berkilau panjang dibiarkan terbuai-buai dihembus bayu. Pandangannya dilemparkan ke arah jutaan bintang di langit.

“Kacak bukan ukuran..Bila aku mencintai seseorang, kulihat dia bagai putera tertampan di dunia..”ucap Iza bermadah. Dia kembali ke ruang kamar. Su masih terpacak di beranda. Hati Iza cuba diselami.

“Aku tak mahu kau kesejukan di situ!”Laung Iza dari kamarnya. Su berlari-lari anak masuk ke dalam . Pintu beranda ditutup rapat. Namun fikirannya masih tercari-cari katakata terbaik untuk memujuk Iza kembali ceria. Iza adalah kawan baiknya semenjak kecil. Dia berasa bertanggungjawab untuk memulihkan semangat kawannya itu.

“Su..sudahlah. Aku tak mahu kau terseksa sama kerana aku. Cukuplah aku seorang
saja.”pantas Iza mentafsir apa yang bermain di fikiran Su.

“Seperti katamu, gagal bercinta tak bermakna dunia sudah kiamat..Aku akan cuba bangun dari terus menjeruk perasaan.” Iza memaksa sebuah senyuman. Hatinya bertekad untuk melupakan Duan. Biarlah pemuda itu menjadi sejarah. Tak sanggup lagi dia mengenangkan kisah cinta mereka.

Su menepuk-nepuk bahu teman karibnya. Kecekalan hati Iza dikagumi. Kalau dia di
tempat Iza, dia tidak pasti samada dia akan setabah begini. Malah mungkin dia akan meraung menelan tragis.

“Aku minta diri dulu, Iza. Jika kau perlu aku..telefonlah. Aku bersedia mendengar bila-bila masa…”Su bersuara lembut. Penuh prihatin. Iza mengangguk perlahan. Senyumannya merekah bersama azam yang meranum. Hidup perlu diteruskan…

“Terima kasih Su atas segala nasihat..”matanya yang suram kembali memancarkan sinarnya. Perubahan riak wajah Iza ketara di mata Su. Pulangnya dengan hati yang senang. Dia sedar Iza bukanlah orang yang mudah mengaku kalah.

Hati ini milik puteri... (part 1)

Degup jantungnya semakin deras. Peluh dingin memercik di dahi. Air mata tak terbendung lagi, lalu menghujani pipi licinnya.

“Sampai hati kau!! Aku tak pernah membayangkan begini. Cintaku hanya satu..Tapi cintamu…”Gadis itu tidak dapat meneruskan kata-kata. Tangisannya meledak.

Duan tidak keruan. Wajah ayu Iza yang berbajung kurung biru petang itu Nampak sangat hibanya. Dia rasa bersalah. Sememangnya dialah punca kekeruhan ini.

“Duan…aku tak mahu jumpa kau lagi..Cinta kita berakhir di sini…”luahnya dalam nada seakan berbisik. Berat namun terpaksa.

“Puteri..nanti dulu!”

“Jangan panggil aku nama itu lagi.!.”Gadis manis itu menyinga. Terdiam Duan. Garangnya luarbiasa. Selama mengenalinya,teramat jarang Iza meninggikan suara. Mungkin kesabarannya sudah sampai kemuncak.

“Putri..errr…Izah..I’m sorry. Please,jangan tinggalkan aku, “ Duan merayu. Mata Iza kembali berair. Cintanya selama ini hanya untuk Duan. Tetapi pemuda itu terbukti mengkhianati cintanya. Hatinya dalam terhiris. Rasanya terlalu sukar untuk sembuh semula.

“Kau pergilah ke pangkuan gadis itu. Dialah yang kau dambakan!” ucap Iza beremosi.
Duan tersentak.

“Ina?? Dia…err..dia tu cuma sepupu aku..” terlanjur Duan berdusta. Ina sebenarnya bekas kekasihnya sebelum berjumpa Iza.

“Duan, janganlah cuba sembunyi-sembunyi lagi. Aku sudah tahu siapa dia. Dan bukan sekali aku melihat kau berdua. Cukuplah..aku sudah bosan dipermainkan. Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi…” Iza berkata tegas.

Dengan bisikan “Selamat Tinggal”, Duan ditinggalkan sendiri. Hati pemuda itu tiba-tiba menjadi parah! Dunia bagai gelap-gelita. Alam bagai mentertawakan dia. Hilang Puteri bersama hatinya.

Ia selalu mewarnai dunia anda....

Ia selalu mewarnai dunia anda... COLOURLAND!!!

Yeah... Ini bukanlah iklan untuk colourland... tapi aku suka sangat muzik yang selau dimainkan di televisyen untuk iklan produk nih... macam ceria je... ceria tanpa pressure.. hehe... seakan membangkitkan kenangan-kenangan silam... hehe... kadang-kadang, kenangan itu hanya boleh dikongsi dengan orang2 yang tertentu dan kadang2 kenangan itu hanya untuk koleksi peribadi... yang penting...

IA SELALU MEWARNAI DUNIA ANDA...

Khamis, 25 Mac 2010

Update..

Sedang dalam proses mengedit cerita... Nantikan kemunculannya...

Selasa, 16 Mac 2010

satu atau dua?

Hari-hari yang berlalu seakan-akan sering menghimpitku. Tekanan demi tekanan aku rasai. Ketika aku cuba berasa tenang, ada saja masalah yang akan datang seolah-olah ia mencemburui ketenanganku. Baik sekecil-kecil masalah hinggalah kepada sebesar-besar masalah. Semuanya datang bertalu-talu. Kadang kala aku bertanya sendiri, adakah itu tandanya aku sudah dewasa? Perlu memikirkan masalah-masalah yang agak rumit dan kompleks berbanding dengan 5 atau sepuluh tahun dahulu... Hmmm... Tak ramai yang dapat membaca apa yang ada dalam benak fikiranku ini. Adakah aku alien??? Oh tidak... Aku insan biasa. Cuma, suatu ketika aku terasa masalah itu terlalu menghimpitku sehingga aku buntu dan kaku seolah-olah tiada langsung jalan penyelesaiannya. Di saat itu, kata-kata kawanku suatu ketika dahulu berputar ligat di dalam kotak fikiranku...



Kau carilah sekuntum 'bunga' yang boleh menjadi penguat semangat di kala kau lemah. Menjadi penasihat si kala kau memerlukan dan menjadi tempat meluahkan perasaan di kala kau dirundung derita.


Masalahnya, mampukah aku mencari insan yang dapat memberikan semua itu kepadaku? Susah.. susah... Di samping itu juga aku takut terlajak di dalam dunia baru yang sunguh asing bagiku. Persoalannya, perlukah aku menyambut cadangan rakanku itu?



"Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada- Mu,
agar bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta sia-sia.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan- Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa
hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sabtu, 13 Mac 2010

Kahwin muda...


Di zaman serba moden ini, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun biasanya dianggap budak sekolah, yang masih ligat bermain dan tidak sukakan kerja seperti mengemas rumah dan memasak.


Jangan bandingkan dengan zaman Malaysia masih dikenali Malaya dulu, kata majoriti orang ramai apabila tercetusnya berita budak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki lebih berusia di negara ini.


Dua kes pernikahan yang berlaku di Kelantan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Jelawang dan satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas baru-baru ini.


Biarpun perkahwinan bawah umur sah dari segi agama, namun ramai yang mempersoal tujuan kedua-dua pernikahan itu diadakan.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dilaporkan tidak bersetuju terhadap perkahwinan bawah umur kerana menurutnya Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat bukan semata-mata dilihat daripada sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.


Biarpun ada yang mengatakan kanak-kanak perempuan kini cepat matang, namun persoalan yang lebih penting di sini ialah adakah kanak-kanak pada usia semuda itu pada masa kini sudah bersedia secara psikologi dan mental terhadap ikatan sebuah perkahwinan?


Pakar psikologi perkembangan Dr Mariani Mansor berkata perkahwinan sedemikian pastinya akan menggugat perkembangan kanak-kanak terbabit daripada segi fizikal, pemikiran, sosial dan emosi.


Beliau berkata perkahwinan itu boleh memberi kesan negatif pada kanak-kanak berkenaan dengan akhirnya kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi isteri yang tidak baik.


"Seorang lelaki yang sudah berumur pastinya mahu seorang isteri yang boleh berfungsi sepenuhnya daripada semua segi sedangkan kanak-kanak terbabit masih di peringkat kanak-kanak,” katanya kepada Bernama di sini.

Subsidi petrol kini 45 sen seliter

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 45 sen bagi satu liter petrol berikutan minyak mentah di pasaran antarabangsa kini didagangkan pada harga AS$82 (RM271) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu melebihi 15 sen subsidi yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan iaitu 30 sen bagi satu liter petrol.

‘‘Mengikut formula yang digunakan, kerajaan sepatutnya hanya menanggung subsidi petrol sebanyak 30 sen dan bakinya iaitu 15 sen perlu ditanggung oleh pengguna.

‘‘Bagaimanapun perkara subsidi ini belum diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Kad Pelbagai Guna Koperasi (Kad Koop) di antara Bank Rakyat dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, kementerian memerlukan maklum balas orang ramai sama ada subsidi petrol perlu dinaikkan atau tidak kerana jumlahnya terlalu tinggi pada masa ini.

‘‘Orang ramai perlu membuat pertimbangan kerana jumlah subsidi sekarang adalah terlalu tinggi dan ia menghakis keupayaan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan lain,’’ katanya.
p/s: bila la teknologi guna air boleh menghasilkan tenaga untuk menggerakkan kenderaan nih akan berjaya. huhh!!!!..

Khamis, 11 Mac 2010

Kuhadiahkanceritainibuatkawankuyanginginkahwinminggudepan(parttwo)

Cerita ini adalah sambungan dari kisah

Setelah menutup semua jam loceng yang dihadiahkan oleh kawannya itu, Amir pun kembali ke tempat tidur. Segalanya bercampur baur dalam benak fikirannya. Penat, marah, letih, sayang dan sebagainya. Dek kerana ibadah yang ingin dilakukannya tadi terganggu, Amir pun berhasrat ingin memulakannya semula. Dia pun memandang ke arah isterinya. Saat terpandang isterinya, Amir menjadi hairan. Dia baru perasan yang Siti sejak dari tadi berdiri di muka tingkapnya sambil memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang-bintang di angkasa.

"Sudah-sudah lah tu. Apa yang awak dok perati langit tu tak berkelip-kelip. lebih baik awak tidur kat sebelah saya nh. saya ada banyak benda nak bercerita nih." Amir bersuara manja.

Siti memandang tepat tetapi manja ke arah suaminya lalu berkata,
"Abang, tadi sebelum ayang nak masuk bilik ni, mak abang ada bagitau, malam ini adalah malam yang paling indah seumur hidup ayang. Jadi ayang takkan lepaskan keindahan malam ni walaupun sesaat. Ayang akan tetap memerhatikan keindahan malam ini sehingga pagi.."

Amir menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berkata...

'Asal aku nak buat ibadah je.. ada je benda yang menghalang... Hadooiii...'


p/s: selamat beribadah tobeng...

Karangan terbaik...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Ahad, 7 Mac 2010

Kuhadiahkanceritainibuatkawankuyanginginkahwinminggudepan

Minggu depan akan berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang member aku. Masuk mamat nih dah dah berapa orang dah member aku yang dah kawin.. Hmm.. Bos, aku nak bagi hadiah takde duit. Jadi, aku ciptakanlah sebuah cerita untuk ko laki bini....

Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tak beberapa lama lagi. Amir namanya(hakikatnya bukan nama sebenar). Segala persiapan untuk majlis perkahwinan itu diatur dengan cukup teliti. Amir memang tidak sabar-sabar untuk menaiki jinjang pelamin dengan wanita yang telah lama menjadi pilihannya.

Majlis bersanding berjalan dengan cukup lancar. Ramai rakan2 dan teman2 yang datang untuk meraikan raja sehari itu. Amir berasa hari itu cukup bertuah untuknya... Dia masih teringat lagi ketika berada di atas pelamin. Dia memandang ke arah wanita yang telah menjadi miliknya yang sah itu dengan satu perasaan yang sukar untuk diucapkan.. Isterinya, Siti, perasan jelingan suaminya itu lain dari kebiasaan. Lalu siti pun berkata,"sabarlah abang. sekarang kan kat atas pelamin. tunggu malam la..." Amir hanya tersenyum keseorangan. Entah apa yang difikirkannya.

Malam pun menjelang tiba. Kebanyakan tetamu telah pulang. Yang tinggal pun cuma saudara terdekat yang terpaksa bermalam di rumah Amir kerana datang dari jauh. Ada di kalangan mereka yang menyusun pinggan, mengagih-agihkan hantaran dan sebagainya. Suasana mula menjadi sepi ketika menjelang jam 10 malam. Kebanyakan orang yang ada telah tertidur. Mungkin kerana terlalu penat kerana sehari suntuk terpaksa memerah keringat untuk menjayakan majlis perkahwinan itu. Amir melihat jam di dinding rumah. 'Ahha... Dah pukul 11.30 malam. Boleh masuk tidur nih...' hati amir bersuara halus.

Amir masuk ke dalam biliknya dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu membuat sebarang bunyi kerana takut ibadahnya pada malam itu diketahui orang lain. Dia melihat isterinya seperti sudah lama lena di atas katil. 'Alamak... Terganggu ibadah aku malam ni..' getus hatinya.

"Assalamualaikum...." perlahan saja suara amir. Antara dengar dan tidak.

"Huarrghhh... Waalaikumsalam..." lembut jua salam itu disambut tetapi dimulai dengan bunyi menguap yang lembut juga.

Amir terpaku seketika apabila mendengar salamnya disambut.

"Eh, awak tak tido lagi? Saya ingatkan dah tidur. Maaflah kalau saya ganggu awak." hati amir bersuara.

"Eh abang nih.. Tak romantik la kalau masih panggil saya awak. Panggillah 'sayang' ke.. 'Darling' ke..." Hati Siti berkata pula.

Perbualan hati ke hati itu berlangsung selama beberapa minit. Tiba-tiba Amir pun berkata(di dalam hati),"Ayang, abang nak buat ibadah malam nh. Nak mendapatkan hikmah perkahwinan."

Siti cuma mampu tersenyum. Antara malu dan ntah la...

Amir pun duduk di atas katil. Betul-betul sebelah isterinya itu. Dia memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang ke atas wanita yang halal baginya. Setelah agak bersedia, amir pun memulakanlah perkara-perkara tersebut(hanya amir, isterinya dan orang-orang yang sudah mendirikan rumah tangga sahaja yang tahu. di sini diingatkan bahawa penulis juga tidak mengetahui apakah perkara-perkara itu kerana penulis juga masih bujang.)

Tiba-tiba........

'Tinggg.....'
'Titt... titt... tittt..'

Amir mula menjadi gelabah. Bunyi seakan bom jangka itu sangat kuat dan membingitkan. Dia cuba mencari di manakah datangnya bunyi itu. Setelah diperiksa, ianya datang dari himpunan hadiah yang diperolehinya sepanjang hari itu. Dengan sepantas kilat dia pun membuka satu persatu bungkusan itu.

Akhirnya dia yakin, bunyi itu datangnya dari sebuah kotak yang agak besar. Dengan penuh berhati-hati dia pun membuka kotak itu. Tiba-tiba dia terlihat suatu nota di atas kotak itu. Nota itu berbunyi..

'Rileks la brader. Baru pukul 12 tgh malam. Gua tak tau nak bagi hadiah apa kat lu. Tu yang aku bagi 5 biji jam loceng ni. Orang kata orang yang dah kawin nih susah nak bangun pagi. Jangan marah aaa.... -Lokman-'

'Cilakak lu Lokman. Lu kenakan gua time malam-malam cenggini.' Amir menjerit sekuat-kuatnya di dalam hati...


Moral of the story :
Tobeng, aku tak tau nak bagi hadiah apa kat kau. Nih kira hadiah aku la untuk kau.

p/s: selamat pengantin baru buat tobeng. semoga berbahagia hingga ke syurga... (skang nih nyamuk tgh suka kat darah tobeng sebab orang kata darahnya tgh manis. maklumla... nak kawin...)

Selasa, 2 Mac 2010

Doa Abu Darda'

Talha r.a. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."


Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku.
Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa.
Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau
daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia)
Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya).
Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar