Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,terangihatinya dengan nur pancaran iman.. Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat. Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu
Teman… Ketahuilah… Andai engkau telah letakkan hanya ALLAH dalam hatimu, engkau pasti kan berjaya menghadapi ujian mendatang. Entahlah teman. Sahabatmu ini sendiri tidak tahu apa yang dicoretkan tetapi tinta ini adalah khusus buat seorang sahabat. Sama-samalah kejar impian dalam menggapai cinta ILAHI. Mungkin laluan dan jalan yang berbeza tetapi yakinlah. Doaku seorang sahabat tidak akan luput buat dirimu. Jadilah umpama seekor singa yang hebat bertempur mengaum di siang hari dan umpama seorang abid yang merintih, merayu menghadap Pencipta pada malamnya. Jangan hanya menjadi seekor singa tetapi singa itu tidak bergigi rupanya.
Teman, aku mungkin bukan yg terbaik bg dirimu mungkin juga buka yg sempurna namun aku tetap mengigati dirimu kerana dikala duka engkaulah penghibur dikala suka engkaulah pendengar yg setia x pernah ku duga keretakan ini jadi jgnlah kau anggap ia satu perpisahan kerana ia hanya suatu dugaan dlm persahabatan mungkin keegoanku membuat kau begitu tetapi ingatlah persahabatan kita kekal selamanya hingga nafas terakhir
2 ulasan:
sedeynye tulisan nih..
sob..sob..
Mungkin ia takdir, mungkin ia ujian
PENGESAHAN PERKATAAN HARI INI:
parsi
Catat Ulasan