Jumaat, 19 Jun 2009

Melodi perpisahan (buat rakan-rakan yang akan bergraduat)...

Bertahun kita bersama
Satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi

Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yg dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali

Sekarang masa berpisah
Kenangan pahit indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan silap dan salah
Kita insan yg lemah
Yang kuasa hanya Rabbul Izzati

Doakan kebahagiaan
Ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa

Tiada ulasan: