Khamis, 30 April 2009

Hikayat Raja Fitriatul Banzai (2001)

Tersebutlah hikayat entah esok entah lusa… maka ada sebuah negeri yang aman dan makmur namanya negeri Pasir Berdengung di kawasan jajahan Pasir Dua Butir. Adapun negeri ini mempunyai satu makhluk yang cun-melecun tidaklah terhingga yang iras-iras seorang model terkemuka iaitu Britney Shahida Syazana. Wajahnya sebujur sireh yang ditambah legi dengan rambutnya yang ikal mayang dan iris matanya yang biru itu bisa menyebabkan semua spesis di dunia ini meminatinya termasuklah kucing, katak mahupun pokok petai. Siapa lagi kalau tak silap dan tak salah Puteri Alia Paires.

Adapun Tuan Puteri Alia Paires adalah anak emas celup Raja Fitriatul Banzai yang mengambil upah bekerja sebagai pemerintah di negeri Pasir Berdengung. Sudah menjadi lumrah alam, Raja Fitriatul Banzai mestilah mempunyai isteri kerana dia bukannya boleh mengandungkan Puteri Alia Paires kerana dia seorang lelaki. Mengandung air boleh la… Isterinya yang masih bergetah itu juga mengambil upah bekerja sebagai permaisuri bergelar Permaisuri Azura al-Ated.

Pada suatu pagi yang secerah buah manggis, Puteri Alia Paires telah keluar mengampai pakaiannya sendiri kerana pekerja Indonnya terpaksa dihantar pulang kerana didapati bersalah memasuki negara tersebut tanpa permit yang sah. Ketika mengampai pakaian itulah seorang pengembara telah terpandang kepada Puteri Alia Paires yang selama ini namanya sahaja yang sering diperhebohkan. Hati mudanya mula cair macam ais.

Dengan tidak menyempat, pengembara itu iaitu Alfonson De Hafiz terus berlari ke rumah tumpangannya untuk memberitahu hasratnya yang ingin memperisterikan Puteri Alia Paires. Sesampainya di rumah, dia melihat mummynya sedang menonton siri drama yang disukai ramai iaitu DORAEMON.

“Mummy, sudikah kiranya mummy menolong anakandamu yang hensem lagi macho ini?” tanya Alfonson De Hafiz. “Tolong apakah itu wahai anakku yang hensem persis Leonardo Wal Amir Fikrie? Beritahulah kat mummy ni hah!” katanya yang tengah syok tengok DORAEMON. “Kalau macam tu, boleh tak mummy pergi pinangkan…” belum sempat si Alfonson menghabiskan kata-katanya, mummynya terus menyampuk; “Apalah kau ni. Kalau ye pun nak makan pisang, pergilah ambik sendiri. Itupun nak suruh mummy jugak” celah mummynya yang nyata mempunyai pendengaran yang ‘kureng’ sket tu.

“Alfonson nak mummy pergi pinangkan Puteri Alia Paires anak Raja Fitriatul Banzai tu buat anakandamu ini,” kata Alfonson de Hafiz dengan agak kuat sedikit.

“What!!! What do you say anakku? Are you crazy wahai anakku yang perasan? Cuba kau cerminkan dulu diri kau tu. Dia siapa, kau siapa. Jauh bezanya. Dia macam kereta Ferrari, kau tak ubah macam ‘kereta sorong’ kau tahu tak!!! Sedarlah sikit wahai ooiiii!!! Muka ada hati macam tapir nak buang air besar, ada hati nak memperisterikan anak raja. Bapak kau pun belum ‘sure’ jumpa lagi kau dah gatal nak kawin. Nak raso penampar Malaysia mummy ni ha.. Kau buat la…” mummynya mula member ceramah yang ala ‘Renungan Pagi Selasa’ time kat sekolah dulu tu…

Memang tujuan asal mereka mengembara bukannya untuk suka-suka tetapi ia adalah untuk mencari ayahanda Alfonson yang tetiba je ghaib lebih 2 dekat yang lalu. Dua hari selepas itu, mummy Alfonson terpaksa jugak menunaikan hasrat anaknya itu walaupun dengan hati yang berat kerana Alfonson telah mengugut untuk mengghaibkan diri seperti yang telah dilakukan oleh ayahandanya itu. Maka ibunda Alfonson pun datanglah ke istana untuk mempersembahkan hal yang demikian.

“Ampun tuanku beribu bapak ampun. Sembah patik mesti diampun. Adapun kedatangan patik ke sini adalah kerana hajat yang besar, tuanku.” Raja Fitriatul Banzai yang sememangnya berdengung sikit tu terus bertanya; “Eh! Dimanakah kau letak hajat itu? Bawalah ia masuk kerana beta nak tengok.Takkanlah besar sangat hajat tu kan? Jangan risau. Lagipun istana beta nih besar dan teguh buatannya.” Hampir bersepai perut para pembesar istana bila terdengarkan jawapan daripada rajanya itu. Tetapi mereka terpaksa juga menahannya kerana takut dimurkai oleh raja.

Se… se… benarnya…. an…anak…pat...tik…ing…ing….ingin…me…..me…me…” tersekatlah pulak suara perempuan yang hampir setengah abad lima dekad itu.

Me… Apa?!!” sergah Raja Fitriatul Banzai.

“Meminang Tuan Puteri Alia Paires, anak tuanku yang macam Siti Nurhalia.. eh! Silap pulek! Anak tuanku yang macam Siti Nurhaliza tu… “ Nah! Ambik kau! Laju je kata-kata itu keluar dari mulut mummy Alfonson kerana terkejut dengan sergahan Raja Fitriatul Banzai itu tadi.

“WHAT?!! What ‘the hell’ did you say? You want to meminang my anak??” Raja Fitriatul Banzai tersentak dengan serta merta seperti katak kena simbah dengan air batu.

“Ape tak buleh ke tuanku? Lagipun anak patik tu hensem lagi macho orangnya. Bolehlah kita berbesan nanti. Kelas gituuu!!!” kata mummy Alfonson tanpa rasa syak wasangka lagi.

“Ah!! Beta tak kiro!! Besan ke… Besen ke… Beta tak pedulik. Beta tak akan kahwinkan puteri beta dengan anak kau. Lagipun kamu bukannya warganegeri beta. Hidup pun merempat. Sedarlah sikit oooooiiiiii!!!!!”

“Maafkan patik tuanku. Ini kehendak anak patik. Dia kata dia gersang, tuanku….”
“Cis!!! Kau telah memalukan beta. Oleh yang demikian, engkau akan aku sumbatkan ke dalam penjara sampai bila-bila. Jadilah kau macam tauhu sumbat….”

Sementara itu di rumah….

“Ish.. Manalah mummy aku nih? Takkan pergi meminang pun sikit punya lama. Dulu masa aku pergi pinangkan mummy untuk daddy, sekejap aje settle. Entah-entah dia pun nak ghaib macam daddy jugak ke??” Alfonson de Hafiz bermonolog sendirian di tepi tangga rumahnya.

“Hoi Alfonson!!!” Tetiba je satu sergahan maut datangnya dari Jumriati wal Beskal menerjah masuk ke gegendang telinga Alfonson.

Darurat!!! Mercun aku kahwin empat beranak tiga!!! Eh!! Hands up!! Eh!! Mangkooo!!” melatah pulak si Alfonson nih. “Alfonson, sudahkah kiranya kau mengetahui apakah yang telah berlaku di istana tadi?” tanya Jumriati wal Beskal dengan sungguh ayu dan sopan.

“Kau nih buat aku terkejut macam tengok beruk je tadi. Ha, apahal? Raja Fitriatul Banzai mangkat ke?” tanya Alfonson tanpa rasa bersalah. “ Loh.. Kau tak tahu ke pasal mak kau?” “Hah! Kenapa dengan mak aku?” “Mak kau dipenjarakan oleh Raja Fitriatul Banzai. Takkan kau tak tahu? Heran aku..” kata Jumriati setelah melihat Alfonson de Hafiz berada dalam keadaan kebingungan.

“Huh! Kena penjara?Ini tak boleh jadi nih,”

Selesai je berkata begitu, dia terus memasuki biliknya dan keluar kembali dengan membawa selaras mesingan lama dan berpakaian ala ‘Power Rangers’ merah jambu yang lengkap.

“Kau nak ke mana pulak hensem-hensem begini?” tanya Jumriati kebingungan.

“Membunuh” Ringkas dan padat. Cukup untuk membuatkan kawannya itu ter’tidur’ buat selama-lamanya.

“Hoi Raja Fitriatul Banzai!! Keluar kau!!! Ada perhitungan yang perlu kita selesaikan bersama…” jerit Alfonson dengan suara yang agak lantang.

“1… 2… 3… 4… Aaaa..aaa aaa… Beta tahu mengira sampai empat je. Dulu malas belajar…” kata Raja Fitriatul Banzai dengan penuh kelembutan kerana dia tidak mahu ada pertumpahan berlaku di situ.

“Ahh.. Aku tak pedulik tu semua. Lebih baik kau bebaskan mummy aku sebelum aku mengamuk!!” ugut Alfonson de Hafiz. “Baiklah. Tapi kau mesti berjanji tak akan serang beta dan keluarga beta sekiranya mummy kau dilepaskan.”

“Okey… Okey.. Gua ‘no’ hal punya,” kata Alfonson lagi.

Beberapa minit kemudian, pengawal istana pun membawa mummy Alfonson de Hafiz kepada Raja Fitriatul Banzai lalu diserahkan kepada Alfonson. “Haa!!Haa!!!Ha!!! Kau dah kena tipu. Aku tak kiro. Walaupun kau lepaskan mummy aku, aku nak mengamuk jugak sebab kau tak bagi aku kahwin dengan anak kau malah kau penjarakan pula mummyku,” kata Alfonson lalu mengacukan mesingannya ke arah Raja Fitriatul Banzai yang tengah menggigil dan pada masa yang sama bau hancing dapat di hidu di situ.

“Ambik kau! AKu tak pedulik kau nak terkencin ke, nak melabur ke, aku tak pedulik. Kalau nak mengucap tu mengucaplah sekarang or say ‘astalavista babeh’” kata Alfonson yang tak dapat menahan perasaan marahnya, Belum sempat picu mesingan itu ditarik, tetiba…..

Opp…Oppp… Nanti dulu orang muda,” ujar Raja Fitriatul Banzai dengan cemas. “Mana kau dapat mesingan ni?” sambungnya lagi. “Apsal? Kau takut?” sekarang barulah Alfonson de Hafiz merasakan dirinya sudah sedarjat dengan Hang Jebat.

“Untuk pengetahuan kau… Mesingan ini adalah mesingan peninggalan daddy aku sebelum dia ghaib lebih kurang dua dekad lalu. Walaupun daddy aku tu jumpa benda ni kat dalam longkang, tetapi ia masih boleh digunakan lagi kerana ia ada cop SIRIM,” terangnya dengan panjang lebar.

“Jadi, kau nih mestilah Madam Darling Ku Dalina kan?” tanya Raja Fitriatul Banzai kepada mummy Alfonson. “Macam mana tuanku boleh tahu nama patik?” tanya mummy balik.

“Kau tak kenal nie lagi? Akulah Mat Zuhri Kulup Tunggal. Suam….”

Belum sempat Raja Fitriatul Banzai menghabiskan kata-katanya dia telah dikejar oleh Madam Darling Ku Darlina keliling negeri kerana suaminya itu telah meng’ghaib’kan dirinya semata-mata untuk berkahwin lain. Lepas tu siap tukar nama lagik. Daripada cerita penglipur lara, Raja Fitriatul Banzai atau nama sebenarnya Mat Zuhri Kulup Tunggal telah lari hingga berbatu jauhnya hingga tidak dapat dikesan…

Tu je. Dah abis dah…………..

All by Muhabiru...
p/s: mengimbau kembali zaman persekolahan. ketika itu di tingkatan 2....

Tiada ulasan: