Khamis, 30 April 2009

Loceng... (Andai kau mengerti)

Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan anaknya. Suaminya sudah lama meninggal dunia kerana sakit. Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak tunggalnya itu yang mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, menyabung ayam dan banyak lagi

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, Namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sadarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”

Namun semakin lama si anak semakin asyik dengan perbuatan jahatnya, seringkali dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya.

Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa. Namun malangnya, dia tertangkap dan kemudian dibawa ke hadapan raja utk diadili. Dia akhirnya dijatuhkan hukuman pancung. Pengumuman dibuat. Hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat jelata tepat loceng berbunyi menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu dan dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan, “Tuhan ampunilah anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosanya”

Dengan tertatih tatih dia mendatangi raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan
Tapi keputusan sudah muktamat. Anakknya harus menjalani hukuman pancung itu juga.
Dengan hati hancur, ibu kembali ke rumah sambil tidak berhenti berdoa supaya anaknya diampuni. Akhirnya dia tertidur kerana keletihan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat datang berbondong-bondong untuk menyaksikan hukuman tersebut. Sang algojo sudah siap dengan pancungnya dan si anak sudah pasrah dengan nasibnya. Terbayang wajah ibunya yang sudah tua. Dia berasa kesal dan menangis menyesali perbuatannya yang lalu. Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba....

Sampai sahaja waktu yang telah ditetapkan, lonceng belum juga berbunyi walaupun sudah lewat lima minit. Orang ramai mula berbisik sesama sendiri. Akhirnya petugas yang bertugas membunyikan lonceng datang. Mereka berasa hairan kerana sejak dari tadi lagi dia telah menarik tali loceng tetapi loceng tersebut tetap tidak berbunyi.
Tiba-tiba, mereka semua melihat darah mengalir melalui tali loceng itu daripada tempat loceng itu diikat. Beberapa orang naik ke atas untuk menyiasat mengenai sumber darah tersebut. Orang ramai menanti dengan penuh cemas.

Tahukah anda apa yang terjadi?

Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng itu tidak berbunyi. Sebagai gantinya, kepalanya hancur melekat di dinding lonceng.

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata sementara si anak meraung-raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Dia amat menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya. Ternyata pada malam sebelumnya, si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng dan memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung terhadap anaknya.

Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu utk anaknya. Betapapun jahat si anak, ia tetap mengasihi sepenuh hidupnya. Tetapi kenapa masih ada lagi anak menderhaka? Tidak cukupkah batu di muka bumi ini untuk ditambah oleh penderhaka kedua ibu bapa sendiri...
Ya Allah... Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku sama ada yang nyata atau tersembunyi. Dan Kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil...

Hikayat Raja Fitriatul Banzai (2001)

Tersebutlah hikayat entah esok entah lusa… maka ada sebuah negeri yang aman dan makmur namanya negeri Pasir Berdengung di kawasan jajahan Pasir Dua Butir. Adapun negeri ini mempunyai satu makhluk yang cun-melecun tidaklah terhingga yang iras-iras seorang model terkemuka iaitu Britney Shahida Syazana. Wajahnya sebujur sireh yang ditambah legi dengan rambutnya yang ikal mayang dan iris matanya yang biru itu bisa menyebabkan semua spesis di dunia ini meminatinya termasuklah kucing, katak mahupun pokok petai. Siapa lagi kalau tak silap dan tak salah Puteri Alia Paires.

Adapun Tuan Puteri Alia Paires adalah anak emas celup Raja Fitriatul Banzai yang mengambil upah bekerja sebagai pemerintah di negeri Pasir Berdengung. Sudah menjadi lumrah alam, Raja Fitriatul Banzai mestilah mempunyai isteri kerana dia bukannya boleh mengandungkan Puteri Alia Paires kerana dia seorang lelaki. Mengandung air boleh la… Isterinya yang masih bergetah itu juga mengambil upah bekerja sebagai permaisuri bergelar Permaisuri Azura al-Ated.

Pada suatu pagi yang secerah buah manggis, Puteri Alia Paires telah keluar mengampai pakaiannya sendiri kerana pekerja Indonnya terpaksa dihantar pulang kerana didapati bersalah memasuki negara tersebut tanpa permit yang sah. Ketika mengampai pakaian itulah seorang pengembara telah terpandang kepada Puteri Alia Paires yang selama ini namanya sahaja yang sering diperhebohkan. Hati mudanya mula cair macam ais.

Dengan tidak menyempat, pengembara itu iaitu Alfonson De Hafiz terus berlari ke rumah tumpangannya untuk memberitahu hasratnya yang ingin memperisterikan Puteri Alia Paires. Sesampainya di rumah, dia melihat mummynya sedang menonton siri drama yang disukai ramai iaitu DORAEMON.

“Mummy, sudikah kiranya mummy menolong anakandamu yang hensem lagi macho ini?” tanya Alfonson De Hafiz. “Tolong apakah itu wahai anakku yang hensem persis Leonardo Wal Amir Fikrie? Beritahulah kat mummy ni hah!” katanya yang tengah syok tengok DORAEMON. “Kalau macam tu, boleh tak mummy pergi pinangkan…” belum sempat si Alfonson menghabiskan kata-katanya, mummynya terus menyampuk; “Apalah kau ni. Kalau ye pun nak makan pisang, pergilah ambik sendiri. Itupun nak suruh mummy jugak” celah mummynya yang nyata mempunyai pendengaran yang ‘kureng’ sket tu.

“Alfonson nak mummy pergi pinangkan Puteri Alia Paires anak Raja Fitriatul Banzai tu buat anakandamu ini,” kata Alfonson de Hafiz dengan agak kuat sedikit.

“What!!! What do you say anakku? Are you crazy wahai anakku yang perasan? Cuba kau cerminkan dulu diri kau tu. Dia siapa, kau siapa. Jauh bezanya. Dia macam kereta Ferrari, kau tak ubah macam ‘kereta sorong’ kau tahu tak!!! Sedarlah sikit wahai ooiiii!!! Muka ada hati macam tapir nak buang air besar, ada hati nak memperisterikan anak raja. Bapak kau pun belum ‘sure’ jumpa lagi kau dah gatal nak kawin. Nak raso penampar Malaysia mummy ni ha.. Kau buat la…” mummynya mula member ceramah yang ala ‘Renungan Pagi Selasa’ time kat sekolah dulu tu…

Memang tujuan asal mereka mengembara bukannya untuk suka-suka tetapi ia adalah untuk mencari ayahanda Alfonson yang tetiba je ghaib lebih 2 dekat yang lalu. Dua hari selepas itu, mummy Alfonson terpaksa jugak menunaikan hasrat anaknya itu walaupun dengan hati yang berat kerana Alfonson telah mengugut untuk mengghaibkan diri seperti yang telah dilakukan oleh ayahandanya itu. Maka ibunda Alfonson pun datanglah ke istana untuk mempersembahkan hal yang demikian.

“Ampun tuanku beribu bapak ampun. Sembah patik mesti diampun. Adapun kedatangan patik ke sini adalah kerana hajat yang besar, tuanku.” Raja Fitriatul Banzai yang sememangnya berdengung sikit tu terus bertanya; “Eh! Dimanakah kau letak hajat itu? Bawalah ia masuk kerana beta nak tengok.Takkanlah besar sangat hajat tu kan? Jangan risau. Lagipun istana beta nih besar dan teguh buatannya.” Hampir bersepai perut para pembesar istana bila terdengarkan jawapan daripada rajanya itu. Tetapi mereka terpaksa juga menahannya kerana takut dimurkai oleh raja.

Se… se… benarnya…. an…anak…pat...tik…ing…ing….ingin…me…..me…me…” tersekatlah pulak suara perempuan yang hampir setengah abad lima dekad itu.

Me… Apa?!!” sergah Raja Fitriatul Banzai.

“Meminang Tuan Puteri Alia Paires, anak tuanku yang macam Siti Nurhalia.. eh! Silap pulek! Anak tuanku yang macam Siti Nurhaliza tu… “ Nah! Ambik kau! Laju je kata-kata itu keluar dari mulut mummy Alfonson kerana terkejut dengan sergahan Raja Fitriatul Banzai itu tadi.

“WHAT?!! What ‘the hell’ did you say? You want to meminang my anak??” Raja Fitriatul Banzai tersentak dengan serta merta seperti katak kena simbah dengan air batu.

“Ape tak buleh ke tuanku? Lagipun anak patik tu hensem lagi macho orangnya. Bolehlah kita berbesan nanti. Kelas gituuu!!!” kata mummy Alfonson tanpa rasa syak wasangka lagi.

“Ah!! Beta tak kiro!! Besan ke… Besen ke… Beta tak pedulik. Beta tak akan kahwinkan puteri beta dengan anak kau. Lagipun kamu bukannya warganegeri beta. Hidup pun merempat. Sedarlah sikit oooooiiiiii!!!!!”

“Maafkan patik tuanku. Ini kehendak anak patik. Dia kata dia gersang, tuanku….”
“Cis!!! Kau telah memalukan beta. Oleh yang demikian, engkau akan aku sumbatkan ke dalam penjara sampai bila-bila. Jadilah kau macam tauhu sumbat….”

Sementara itu di rumah….

“Ish.. Manalah mummy aku nih? Takkan pergi meminang pun sikit punya lama. Dulu masa aku pergi pinangkan mummy untuk daddy, sekejap aje settle. Entah-entah dia pun nak ghaib macam daddy jugak ke??” Alfonson de Hafiz bermonolog sendirian di tepi tangga rumahnya.

“Hoi Alfonson!!!” Tetiba je satu sergahan maut datangnya dari Jumriati wal Beskal menerjah masuk ke gegendang telinga Alfonson.

Darurat!!! Mercun aku kahwin empat beranak tiga!!! Eh!! Hands up!! Eh!! Mangkooo!!” melatah pulak si Alfonson nih. “Alfonson, sudahkah kiranya kau mengetahui apakah yang telah berlaku di istana tadi?” tanya Jumriati wal Beskal dengan sungguh ayu dan sopan.

“Kau nih buat aku terkejut macam tengok beruk je tadi. Ha, apahal? Raja Fitriatul Banzai mangkat ke?” tanya Alfonson tanpa rasa bersalah. “ Loh.. Kau tak tahu ke pasal mak kau?” “Hah! Kenapa dengan mak aku?” “Mak kau dipenjarakan oleh Raja Fitriatul Banzai. Takkan kau tak tahu? Heran aku..” kata Jumriati setelah melihat Alfonson de Hafiz berada dalam keadaan kebingungan.

“Huh! Kena penjara?Ini tak boleh jadi nih,”

Selesai je berkata begitu, dia terus memasuki biliknya dan keluar kembali dengan membawa selaras mesingan lama dan berpakaian ala ‘Power Rangers’ merah jambu yang lengkap.

“Kau nak ke mana pulak hensem-hensem begini?” tanya Jumriati kebingungan.

“Membunuh” Ringkas dan padat. Cukup untuk membuatkan kawannya itu ter’tidur’ buat selama-lamanya.

“Hoi Raja Fitriatul Banzai!! Keluar kau!!! Ada perhitungan yang perlu kita selesaikan bersama…” jerit Alfonson dengan suara yang agak lantang.

“1… 2… 3… 4… Aaaa..aaa aaa… Beta tahu mengira sampai empat je. Dulu malas belajar…” kata Raja Fitriatul Banzai dengan penuh kelembutan kerana dia tidak mahu ada pertumpahan berlaku di situ.

“Ahh.. Aku tak pedulik tu semua. Lebih baik kau bebaskan mummy aku sebelum aku mengamuk!!” ugut Alfonson de Hafiz. “Baiklah. Tapi kau mesti berjanji tak akan serang beta dan keluarga beta sekiranya mummy kau dilepaskan.”

“Okey… Okey.. Gua ‘no’ hal punya,” kata Alfonson lagi.

Beberapa minit kemudian, pengawal istana pun membawa mummy Alfonson de Hafiz kepada Raja Fitriatul Banzai lalu diserahkan kepada Alfonson. “Haa!!Haa!!!Ha!!! Kau dah kena tipu. Aku tak kiro. Walaupun kau lepaskan mummy aku, aku nak mengamuk jugak sebab kau tak bagi aku kahwin dengan anak kau malah kau penjarakan pula mummyku,” kata Alfonson lalu mengacukan mesingannya ke arah Raja Fitriatul Banzai yang tengah menggigil dan pada masa yang sama bau hancing dapat di hidu di situ.

“Ambik kau! AKu tak pedulik kau nak terkencin ke, nak melabur ke, aku tak pedulik. Kalau nak mengucap tu mengucaplah sekarang or say ‘astalavista babeh’” kata Alfonson yang tak dapat menahan perasaan marahnya, Belum sempat picu mesingan itu ditarik, tetiba…..

Opp…Oppp… Nanti dulu orang muda,” ujar Raja Fitriatul Banzai dengan cemas. “Mana kau dapat mesingan ni?” sambungnya lagi. “Apsal? Kau takut?” sekarang barulah Alfonson de Hafiz merasakan dirinya sudah sedarjat dengan Hang Jebat.

“Untuk pengetahuan kau… Mesingan ini adalah mesingan peninggalan daddy aku sebelum dia ghaib lebih kurang dua dekad lalu. Walaupun daddy aku tu jumpa benda ni kat dalam longkang, tetapi ia masih boleh digunakan lagi kerana ia ada cop SIRIM,” terangnya dengan panjang lebar.

“Jadi, kau nih mestilah Madam Darling Ku Dalina kan?” tanya Raja Fitriatul Banzai kepada mummy Alfonson. “Macam mana tuanku boleh tahu nama patik?” tanya mummy balik.

“Kau tak kenal nie lagi? Akulah Mat Zuhri Kulup Tunggal. Suam….”

Belum sempat Raja Fitriatul Banzai menghabiskan kata-katanya dia telah dikejar oleh Madam Darling Ku Darlina keliling negeri kerana suaminya itu telah meng’ghaib’kan dirinya semata-mata untuk berkahwin lain. Lepas tu siap tukar nama lagik. Daripada cerita penglipur lara, Raja Fitriatul Banzai atau nama sebenarnya Mat Zuhri Kulup Tunggal telah lari hingga berbatu jauhnya hingga tidak dapat dikesan…

Tu je. Dah abis dah…………..

All by Muhabiru...
p/s: mengimbau kembali zaman persekolahan. ketika itu di tingkatan 2....

Isnin, 27 April 2009

Ainul mardhiah..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah… … :
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

ihsan ~penulisan2u.blogspot~

Ahad, 26 April 2009

Relevankan Aku Di Hatimu......

Alhamdulillah.. Akhirnya tamat gak novel 'Relevankah Aku Dihatimu'. Mmm... Best. Aku suka baca novel yang macam nih. Yang ada input untuk kita selami dari baca yang mengarut-ngarut je. Ini adalah novel yang kedua yang aku baca. Lepas nih nak khatamkan 'Ayat-ayat Cinta' plak selepas bertemu dengan penulisnya semalam di pesta buku. Mmm... Asyik baca novel orang je. Novel aku ntah bila la nak siap.. Betul gak kata Pak Habib smalam. Novel nih kadang-kadang ambil masa sampai bertahun itu agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk filem yang hanya berdurasi selama 2 jam. Mm... Ada beberapa ayat yang aku suka semasa aku baca novel nh n aku nak kongsi. Cerita mengenai cinta yang suci dan murni inilah yang aku harapkan selama ini. Moga Allah memberi kekuatan dan petunjuk dalam aku mencari seseorang yang bakal menjadi penyeri dalam hidup ini. Aku juga mendambakan Ainul Mardiahku.... Sekalung tahniah buat Rynsa kerana berjaya menghasilkan cerita yang sangat menarik....

"Cinta bukan sekadar ucapan 'I love you'. Cinta juga terungkap dengan perlakuan. Kadang-kadang tidak perlu ungkapan kata-kata untuk menunjukkan rasa cinta. Perlakuan boleh jadi tanda yang cukup besar betapa sayangnya kita pada mereka. Grandma tahu kamu sayang Adam dan Adam juga sayang kamu. Kerana hadirnya cinta dalam persahabatan buat kamu saling menyayangi antara satu sama lain. Sebab itu juga telah membawa kamu ke sini.

"Biarkan cinta dan persahabatan tetap menjadi teman baik, simpulan rapi yang mengikat hati-hati kamu. Ingat tu..."

Aku bersahabat dengan Carl Duke Adam pun bukan untuk tujuan main-main. Walaupun kami selalu bergurau senda antara satu sama lain, saling usik-mengusik tetapi aku punya tujuan tersendiri. Bersahabat kerana aku cukup kagumi kebijaksaannya, oleh sebab itu dia selalu menjadi tempat rujukanku. Aku juga terharu dengan sifatnya membimbingku dalam diam dan cuba jadi orang yang paling memahami diriku. Jika aku ingin mengikat hubungan kami, sudah tentu dia sebagai seorang suami yang bisa membimbingku ke jalan kebenaran. Sama-sama melayari bahtera perkahwinan menuju cinta Ilahi. Sebab itu aku tidak mahu terlalu mudah melafaz kata cinta. Aku lebih suka memerhati sifat dan sikap seseorang terlebih dahulu. Apabila berkawan sikap sebenar akan terserlah berbanding berstatus kekasih. Pasti dia cuba akan jadi yang terbaik di hadapanku. Aku tidak perlu orang yang hipokrit.

Aku tersenyum lebar. Carl Duke Adam, dia sahabat yang kucintai. Aku menyintainya kerana tertarik pada sifat dan sikap baik yang ada dalam dirinya. Walaupun paras rupanya tampan bisa memukau mata yang memandang, namun itu bukan jadi ukuran. Ada apa dengan wajah yang kacak atau cantik sekiranya kurang budi bahasa. Ibarat bunga yang cantik untuk dipandang tetapi apabila dihidu busuk baunya. Demi mencari cinta Ilahi juga menghendakkan kita berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah. Kenal dengan mendalam sifat-sifat tersebut dan kesempuraan sifat Uluhiyyah-Nya. Apabila sudah cinta menyebabkan hati jadi rindu dan sentiasa bergantung kepada-Nya.

Namun begitu siapa yang bisa mengerti hati seorang ibu . Mungkin aku boleh tidur dengan lena. Tetapi mak terbayangkan aku setiap saat. Ibu yang yang membawa aku di dalam kandungannya dari sekecil zarah. Dia yang melahirkan aku dalam keadaan menyabung nyawa. Dia yang menatang aku bagai minyak yang penuh. Dia yang menyusukan aku sampai kenyang. Dia yang mengajar aku perkataan yang pertama dan diajarnya bertatih. Dan akhirnya, anak perempuannya ini merantau jauh beribu-ribu batu dari matanya. Merentasi Laut China Selatan. Membawa harapan semua merealisasikan impian.

Pandanganku jatuh pada Nur Jannatul Na'wa. Tingkah lakunya memikat hati. Tidak hairanlah kalau dia bisa menggetarkan naluri lelaki, walaupun segala perhiasan dirinya sudah diselindungkan oleh jubah dan purdah itu. Aku jadi cemburu.

Duhai angin, adakah engkau yang berbisik padaku sebentar, membawa perkhabaran dari Tuhanku? Katakan padaNya, aku seorang yang tabah. Aku pernah diuji lebih teruk dari ini lagi sehingga aku benar-benar sudah putus asa dengan rahmat dariNya. Aku akan sabar dan tabah kali ini. Percayalah... aku akan tabah. Dugaan ini tidak sebesar mana. Sampaikanlah padaNya, dugaanNya selama ini menguatkan jiwaku. Khabarkan padaNya wahai angin. Bisik hati kecilku.

"Jadi, siapakah insan istimewa yang bertakhta di hatimu sekarang, Ainul Mardhiahku? Yang kau tunggu untuk menyunting hati bidadari kecil yang satu ini?" Soalnya tiba-tiba dengan nada serius.

Entahlah... Aku tidak berani hendak meletakkan harapan besar. Takut kecewa lagi. Cuma aku hanya mampu berdoa, satu hari nanti kebahagiaan pasti jadi milik aku jua. Tidak kiralah siapapun jadi teman hidupku. Tetapi kalau Kaduk lagi bagus. Dia faham dan tahu tentang aku. Walaupun tidak seratus peratus.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah ayat 216."

Sampai bila agaknya kita harus begini? Kadangkala aku jadi takut dengan harapan demi harapan yang kau berikan. Aku takut terus diburu angan-angan palsu. Aku mahu hentikan semua ini. Oleh itu, aku perlukan kepastian dan penjelasan darimu. Tapi... bagaimana aku harus katakan semua ini? Aku tidak punya kekuatan.

Ya Allah! Jika benar dia tercipta untukku, hilangkanlah kegelisahan hati ini. Berikanlah ketenangan dan petunjuk-Mu itu padaku. Kau tahu bahawa hati ini hanya mengharapkan redha-Mu. Jika benar dia yang kucintai, biarlah cintanya itu membawa aku kepada cinta-Mu, ya Rahiim. Jika benar dialah yang kucari selama ini, Kau satukanlah hati-hati kami supaya menjunjung amanat dakwah-Mu. Pintaku dalam hati.

Nurul Akasyah, lelaki yang wara' tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan... yakni pernikahan. Oleh itu jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinar dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu. Akasyah, cintailah Allah di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Ilahi. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Ingatanku yang terakhir... biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Ilahi. Demikianlah bisik satu suara yang sangat halus jauh di sudut kalbu.

"Aku rasa kau tak pernah beri peluang pada diri kau. Seolah-olah... kau dah tutup pintu hati kau untuk terima seorang lelaki lebih daripada seorang kawan dalam hidup kau. Sebab itu kadangkala aku rasa terlalu sukar nak dekati kau. Sentiasa ada benteng itu antara kita. Hubungan kita tak mampu pergi jauh kalau kau tak beri peluang pada kita." Jelasnya panjang lebar.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu." Bisiknya ke telinga aku.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin Ya Rabb...



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum Warahmatullah,

Salam yang teristimewa buat gadis yang sentiasa bertakhta di hati. Semoga sentiasa berada dalam lindungan kasih Rabbul Jalil. Harap dirimu dalam keadaan sihat sejahtera walaupun aku tahu kesibukan dan tuntutan duniawi melingkari hidupmu. Tetapi jangan dilupa laksanakan tuntutan buat bekalan akhirat kelak.
Nurul Akasyah yang dikasihi,
Pertama kali aku memanggilmu begitu, bukan. Sebelum ini cuma 'yang manis'. Percayalah kau tetap manis pada pandanganku. Aku tidak tahu bagaimana ingin aku mulakan warkah ini. Oh ya! Waktu menulis warkah ini, aku sedang menunggu Ammar untuk makan tengahari bersama. Pada mulanya aku berfikir untuk pulang sahaja ke rumah selepas bertemu denganmu awal pagi tadi. Tetapi memikirkan aku telah mendahulukan pertemuan dengan kau, jadi aku tidak tidak mahu sahabatku yang seorang lagi berkecil hati.

Lagipun selama ini dia adalah penasihat dan pendengar setia aku. Dia yang mencadangkan aku supaya berterus-terang dengan kau tentang hasrat hati aku itu. Katanya, jangan melengah-lengahkan perkara baik begini. Dan akhirnya aku telahpun menyatakannya pada kau. Tetapi mungkin kerana antara kita masih berada di dalam kekeliruan yang tidak berkesudahan, jadi ia tidak berlaku seperti sepatutnya.

Nurul Akasyah yang dikasihi,
Aku dapat lihat garis-garis kesedihan di wajah manismu. Maafkan aku kerana buat kau menanti terlalu lama, gadisku. Aku tahu penantian itu satu penyiksaan. Dan ketahuilah aku juga merasainya kerana sejak bertahun yang lalu aku sendiri menanti hari ini kunjung tiba. Cuma suatu ketika dahulu waktu yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian. Kita masing-masing terikat dengan situasi.

Alhamdulillah, akhirnya Allah Rabbul Ikram memberikan aku kelapangan dada dalam membuat keputusan untuk mendirikan baitul muslim pada usia baru mencecah dua puluh lima tahun ini. Dan rasanya aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan sahabat pada bakal isteriku nanti.

Walaupun pada hakikatnya aku memang gusar hal ini mungkin akan memberi kesan buruk pada persahabatan kita berdua. Tetapi aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Dia yang berkuasa atas setiap yang di langit dan bumi. Dan hanya dengan izin-Nya juga impian aku ini akan terlaksana. Aku cuma mampu berusaha dan berdoa moga-moga ia menjadi kenyataan.

Nurul Akasyah yang dikasihi,
Ketahuilah bahawa aku memang benar-benar ingin perkahwinan kita ini kerana Allah. Aku impikan akan lahirnya keturunan yang salih. Lahirnya keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan Allah yang berterusan. Dan aku juga berharap dengan perkahwinan ini akan lebih terpelihara diriku. Dapat menjaga pandangan dan kehormatanku serta makin bertambah ketakwaanku pada Allah swt. Dan begitu juga untuk dirimu.

Aku ingin memilihmu sebagai bakal suriku. Kerana yakin dengan kau akan aku berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan aku nanti. Aku memilih seorang wanita yang aku yakin baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun mungkin tidak mempunyai harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasululllah saw yang bermaksud:

"Jangan kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya..."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, aku memilih dirimu kerana kecantikan akhlak dan agamamu. Dan harapan aku juga jika kau bersetuju dengan perkahwinan ini atas dasar yang sama juga. Insya-Allah hujung bulan ini aku akan menghantar wakil ke rumahmu. Aku ingin melamarmu sebagai permaisuri hatiku secara rasmi. Ambillah sebanyak mana masa untuk berfikir. Aku akan menanti jawapan darimu.
Nurul Akasyah yang dikasihi,
Terimalah cincin ini sebagai tanda kasih aku padamu. Sebagai tanda apa yang aku katakan ini adalah benar. Ketahuilah cincin ini sudah berada bersama-sama dengan aku sebaik sahaja aku menjejakkan kaki semula di bumi sakura ini. Dan aku membawanya ke mana sahaja aku pergi. Tetapi hari ini cincin itu telah aku temukan dengan pemiliknya. Mulai saat ini ia akan menjadi milikmu, Ainul Mardhiah.

Kalau kau menolak hajat aku sekalipun, kita tetap sahabat dan simpanlah cincin itu sebagai tanda kenangan persahabatan kita. Ingat itu... Aku tidak mahu kita jadi musuh seteru. Kerana aku cukup sayangkan persahabatan kita. Persahabatan yang sudah kita dibina selama sembilan tahun. Aku tidak ingin melihat ia hancur berkecai dalam sekelip mata.

Akhir kalam, maaf jika ada tutur kataku yang mengguris perasaan, mengganggu emosimu dan sebagainya. Sesungguhnya aku tidak berniat begitu. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk dari kelemahan diriku sendiri walaupun hakikatnya dari Allah jua. Semoga kita bertemu kebahagiaan yang dicari.


Ikhlas dari,
Carl Duke Adam Carl Duke Soufi Akbar

Hepi go laki bini...

hmm.. karnival buku antarabangsa hampir melabuhkan tirainya setelah habis disedutnya duit aku... huhuhhu... mana tidaknya. sampai 2 kali aku gi. arinih pun rasa cam nak gi je tapi cam banyak plak benda yang nak kena buat. mmm... mse kali pertama gi sensorang.. pergh.. best gle.. dari pagi pulun sampai malam. sampai bahu naik lenguh sebab terlalu lama memegang buku. yang dibeli satu hal. yang dibaca free2 satu hal.. hehe... mampuih la aku kalo nak bli suma... yang seken plak gi ngan kengkawan. mula2 nak gi ngan orang lain. pastu gi ngan org lain plak... huhu... adakah sindrom malu aku kembali menyerang?? tuhan saja yang tahu. mm.. tapi gi ngan membe2 nih leceh sket. x bebas. dah la sampai ptg, pastu dalam 2 jam cenggitu dah nak balik. tak memanfaatkan langsung aktiviti membaca secara percuma ini... hehehe....

"Sudikah kamu menciumku?"

"Masya-Allah, kenapa?"

"Sebab ciuman adalah bukti kewujudan cinta. Kamu terpikat kepadaku kerana wajah ini, dia meminta bibirku untuk kamu cium. Jika hati yang membawa cintamu kepadaku, makakamu pun harus mencium hatiku. Pilih mana?"

Selasa, 21 April 2009

...

Di mana ada cinta, di situ adanya persahabatan. Dan di mana ada persahabatan, di situ juga ada cinta. Persahabatan dan cinta adalah teman baik yang tidak dapat dipisahkan. Kalau kamu cuba pisahkan cinta dari persahabatan, akan hilang indahnya ikatan itu nanti. Kesedihan dan kekecewaan yang akan menyelubungi diri.

Persahabatan merupakan hubungan indah antara manusia, di mana cinta hadir memberi senyuman dan mewarnai kehidupan. Ibarat bunga-bunga yang harum mewangi turun dari langit, lalu warna-warna dunia bertukar kepada jaluran-jaluran indah. Tanpa cinta, persahabatan mungkin akan diisi dengan rasa kecewa, marah, benci dan lain-lain yang membuat persahabatan itu tidak indah lagi.

Benarlah kata orang, "Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."

We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly

Kerana secawan kopi..

Adakah ianya menyerang kembali? Hanya tuhan saja yang tahu. Hari ini aku tak dapat melelapkan mata. Hanya kerana secangkir kopi. Mungkin itulah kali terakhir aku meminumnya. Tiada lagi selepas ini. Mana tidaknya. Denyutan jantungku menjadi tidak normal secara tiba-tiba sehingga menyebabkan aku berasa gusar sentiasa. Rasa macam ada orang nak serang aku secara tiba-tiba. Penuh dalam keadaan hati-hati. Badan aku dah mengantuk sangat tapi mata aku tak mampu untuk lelap. Aku menjadi risau tak bertempat. Apa yang aku risaukan pun aku tak tau... Takkan la aku risaukan exam yang akan berlangsung hari ni? Atau aku risau pasal exam yang aku takleh buat semalam? Ntah la. Yang pasti, sehingga ke waktu ini, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Pelbagai cara aku dah cuba tapi masih tidak membuatkan hasil... Mungkin sekejap lagi aku aku dapat tidur jua. Bila?? Tuhan saja yang tahu....

Sabtu, 18 April 2009

Jika kesempurnaan yang dicari.....

Aku, seorang insan biasa yang tak punyai apa, hanya sekadar nikmat2 Allah yang dibawa kesana kemari, cantikkah aku?...kacakkah aku?...kayakah aku?...kalau pun aku begitu yang hakikatnya tidak, sekali sahaja Allah berseru, nikmat cantikmu AKU ambil kembali! maka tiada lagi cantik itu...tiada lagi si cantik itu, jika itu yang kamu pandang2kan, aku memang pastinya bukan pilihan, tapi aku punya satu matlamat, aku ingin jadi yang terbaik! kerana yang terbaik juga yang aku mahukan...dorongan ini kudapat jua kerana suatu peristiwa... maka telusurilah. ..

Sedang enak aku menghirup secawan kopi pahit malam itu, buat menyegarkan mata...sahabatku datang singgah di tepi, " wahai syahid, termenung apa sendiri2 begini "...aku berpaling sedikit, " Ah, Mujahid...tafaddal ya akhi, mari minum kopi "...aku senyum. Sejenak kami sama2 diam, masing2 bagai mengerti soal apa dihati. Mujahid menyoal aku secara tiba2 " Syahid, kamu berfikir mahu yang terbaik ya, jika benar adakah soal pasangan? "...aku terkesima, bila masa pula dia belajar 'irab, tak mungkin!...oh ya, mmg sebenarnya itu yang aku fikir...aku mendongak..." anta benar, nampaknya hati kita sudah bertaut, kamu memahamiku, aku memahamimu "

Sudah lama benar nampaknya si Syahid, mencari2 apa yang dikata Mujahid tadi, PASANGAN!...ketemu saja sudah ramai, cuma masih lagi tiada yang tersangkut, kerana apa?...kerana inilah!...mahu tahu?...kita teruskan...: )

Mujahid membuka bicara, " Syahid, sebenarnya sudah acap kali ana dengar yang anta asyik2 ketemu calon tapi sudahnya tiada kesudahan, sebab itu ana bisa menelah hati anta "...Mujahid mengambil biskut sambil mencecah kopi...kemudian menyambung " tetapi tidak sekali pun anta menceritakan apa yang berlaku membuatkan semua itu gagal, sudikah kiranya kita berkongsi cerita malam ini? "...aku senyum lagi, kali ini aku tekad, cerita ini akan sama2 dikongsi demi kemaslahatan bersama...maka sirahnya begini!

Suatu ketika, ketika masih mentah, pernah ku ketemu...gadis rupawan, cantik wajahnya, bak bulan purnama...fasih lidahnya dalam berkata, membuat aku terpesona... aku menyapa dia membalas, kutanya nama, dia menjawab...aku suka! hatiku begelojak gembira, inikah pasangan hidupku? akal singkatku yg mentah itu berfikir, sudah sempurna amat sekali pandang, tetapi setelah ku amat amati, dan mendapat nasihat dari yg lebih mengerti, gadis itu bukan yang terbaik sebenarnya, dia tidak melindungi mahkota seorang wanita!...rambutnya ditayang2!.. .ah, aku masih mentah!

Tidak lama selepas itu, aku meningkat sedikit dewasa. Di kota metropolitan Kuala Lumpur aku ketemu seorang gadis pujaan, lembut wajahnya, auratnya ditutup dengan baik, aku cuba mendekati, dia tidak menghindari, aku soal saja belajar dimana, dia malu2, oh rupanya, tidak lagi belajar, dia sudah kerja sambil sambilan di pasaraya berhampiran, belajarnya kandas awal2 lagi. Ah...aku tidak suka!...bukan ini yang aku cari!

Langkah aku teruskan, ku menginjak ke alam berikutnya, aku semakin matang dan sekarang aku di pusat pengajian tinggi. Disini kulihat ramai gadis2 yang mungkin bisa menepati kriterea ku...aku jumpa!!...Satu persatuan denganku, pakaiannya bisa menambat hati, auratnya rapi ditutup, aku mula berjinak2 mahu mengenali... ah...dia dengan senang memberi balasan...hatiku melonjak gembira!...suatu hari, rakan kuliahku memberitahu, si dia yg aku minati itu sebenarnya mmg senang2 saja melayan muslimin, katanya sebagai teman2...aku kecewa, ini bukan muslimah! kataku...senang2 saja melayan kaum berlainan jantina, teman atau apa pun alasan, aku benci begini!...aku tinggal saja!

Dari tahun ke tahun, aku semakin matang, ku sertai pula waktu ini satu jemaah Islam, pergerakan dakwah yang aktif bersama mahasiswa dan masyarakat luar, aku seronok dengannya, lebih2 lg muslimat di situ rata2 memiliki apa yang aku cari..
Aku mula mengorak langkah, aku ingin kali ini menjadi!...Muslimah itu manis rupanya, tudungnya labuh, tingkahnya lembut, baik agamanya...kudekati dia dengan cara sepatutnya, dia tidak menolak mentah2...suka! ...aku suka!...ku mula selidiki latar belakangnya, ah...rupanya dia dari keluarga yang bermasaalah, keluarga yg berpecah belah!...aku tidak mahu begini!...akan membawa masalah nanti kepada aku dan mungkin keluargaku jua!...aku tinggalkan lagi kali ini!

Sudah hampir mahu aku putus asa, sekarang aku mencuba nasib menceduk 'ilmu di bumi anbiya'...aku mahu merasa suasana ilmu disana, dan suatu ketika, hatiku tiba2 dicuri lagi!...Muslimah idaman itu mula menghuni taman hatiku!...dia muslimah idamah seluruh kuliah disana!...Rapi wajahnya dilindung purdah, sempurna tubuhnya dilindung jubah, tudungnya litup mengikuti suruhan Allah!...Wajahnya manis, ayu dan indah, matanya saja membuat aku gundah, agamanya teguh, akidahnya sohih, amalnya istiqomah... datangnya dari keluarga ulama' terbilang di Malaysia, tingkahnya tegas, hatinya tabah...perjuangan tetap tidak berubah!...ya Allah...inilah yang aku cari2...inilah dia calon pilihanku!.. .tiada lain lagi, akan aku sudahi!

Aku mula terbayang redup mata sang muslimah itu, aku tekadkan hati akan ku sudahi kali ini, kuhantar wakil meminang si dia...mengikut sunnah, menurut adat...sesempurnany a akan kubuat!...

Suatu hari, kudapat berita dari si dia muslimah pilihan. Satu pesanan yang membuat aku menjadi aku yang sekarang, " Ana tahu sudah tentang lamaran anta, cuma ana ingin satu kepastian, jika jawapan yg diberi anta adalah 'YA' kesemuanya maka lamaran anta ana terima, Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap?, dua : bagaimana perjuangan anta? sudah teguh?, tiga : bagaimana amalan anta? sudah istiqomah? empat : bagaimana hati anta? sudah suci dari bisikan nafsu semata?, lima : Apa yang telah membuat anta tepaut pada ana? adakah kerana agama yang utama?"

DIA JUGA MENCARI YANG TERBAIK!...Aku tunduk menangis kali ini, aku tidak mampu memberikan jawapan YA untuk kesemuanya, aku sedar dan sedar!...aku mencari kesempurnaan, aku mencari yang terbaik buatku, tetapi aku lalai dari berusaha utk menjadi yang terbaik buatnya!...zalimnya aku!

Sesudah itulah, tidak lagi kucari2 yg terbaik, yang utama, aku mesti berusaha menjadi yg terbaik terlebih dahulu, ya Allah...izinkan kami menjadi insan itu!...izinkan aku ya Allah!...ku sujud padaMU, moga akulah yang terbaik buat insan itu, ku pasakkan keyakinan nan teguh padaMU, tidak luntur tidak goyah!

http://wadiqurra. blogspot. com/

Isnin, 13 April 2009

Lorong-lorong kehidupan.....

Seluruh kehidupan kita ini dinaungi dan diteduhi tauhid. Sepanjang hidup kita ini adalah tempat perteduhan. Berteduh bukan bermakna berhenti terus. Kalau ada ribut di luar, kita tak dapat menahan... bukan kerja kita. Hujan ribut tu di luar kawal, tapi kalau kita ada tauhid sebagai payungnya, ribut, gempa, dan petir pun rasa selamat terlindung.

Menunggu bukan bererti berserah saja. Kita menunggu untuk memulakan lagi perjalanan seterusnya. Perjalanan yang di luar pengetahuan yang cetek ini.

Manusia tidak berada di dunia ini secara tiba-tiba. Sebagai hamba kita akan diduga, diberi bahagia, diberi peta. Kadang kala ada bahagian yang boleh kita lakar. Selalunya, ada bahagian yang kita cuma merencanakan dan Dia menentukan. Peta itu ada sudut yang sudah digores dan ada bucu yang masih kosong menanti masa terlukis........

Ucapan penghargaan...

Assalamualaikum dan salam harmoni semua...
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih lagi dapat meneruskan kehidupan di muka bumi yang fana ini. Di sini, saya, Muhammad Hafiz b Roslan, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sepanjang menjawat jawatan yang telah diamanahkan. Adapun atas sebab manusia itu tidak semua dilahirkan sama dan tidak semua yang sempurna sesempurnanya, maka atas dasar dan sebab itulah ada beberapa perkara yang tidak dapat dibereskan. Terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya. Proses pembelajaran adalah proses sepanjang hayat. Jika kita tidak belajar bermakna kita tiada lagi hayat. Jasa dan sumbangan bakti anda semua tidak mampu ditukar dengan segunung intan mahupun selautan mutiara.

Setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan buat barisan baru yang saya kira mempunyai tugas yang getir bagi membawa aspirasi kolej dan negara. Jika ada sebarang masalah dan perlukan pertolongan, saya masih disini. Tetap menanti di bumi bertuah ini. Mungkin nanti dengan sumbangan yang sedikit itu mampu untuk merungkaikan segala macam persoalan. Seperti usaha si burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim. Tugas berat menanti anda semua. Aku harap tanggapan 'kepimpinan berteraskan populariti menjadi sandaran' itu tidak menjadi satu kenyataan. Akhir kata, good luck semua. Aku pernah rasa apa yang anda semua akan rasa... Mohon maaf dari rambut sampai ke kaki. Dari tangan ke hati...

Buat mantan, sudah tiba masanya untuk kita keluar dari bahtera yang telah kita layari bersama kerana ia perlu diisi pula dengan krew yang baru. Buat yang baru, pelayaran anda baru bermula. Aku harap sepanjang pelayaran, tiada krew yang jatuh ke lautan dalam dan ditelan ombak ganas. Buat ahli pelayaran lama yang masih setia dengan ahli pelayaran yang baru, berikan tunjuk ajar kepada mereka yang mungkin tiada pengalaman berlayar. Tetapkan destinasi pelayaran dan mulakan pelayaran anda. Jika terdapat sebarang kerosakan, labuhkanlah sauh dan periksa apa yang tak kena. Bila semua dah kembali seperti sedia kala, berlayarlah... hingga sampai ke destinasinya........

Ikhlas,
Aku, kau dan sesuatu...

Jumaat, 10 April 2009

Majlis Makan Malam dan Penganugerahan Kolej Kelima

Ehem ehem... Ini encik penyanyi yang boleh mengeluakan arnab dari topi beliau. Beliau juga bekerja sebagai Drakula secara part time. Mungkin untuk menampung yuran pengajian....
Ini adalah rakan-rakan semeja yang menyemak kat meja aku time dinner ari tu. Tapi satu fakta yang menarik ialah, Encik Enal yang tak brerapa hensem(tiga dari kiri(yang bajet malu tu)) merupakan insan yang paling banyak makan. Ketika gambar ini diambil beliau sedang memperbetukan zip seluar beliau yang dah terlalu ketat dan tak muat.
Mmm,... Yang nih plak apa la mamat nih buat kat sini kan? Mm.. mungkin sebab aku takde gambo lain, terpaksa la memasukkan gambar mamat nih kan. Agak hensem gak ar orangnya... Sapa la mamat nih kan...kan..
Haa... Nih la mamat yang aku cakap tadi. Mamat yang mana? Ha! Yang tu yang kita tak tau tu. Nama beliau enal(yang muka paling buruk itu iaitu disebelah kanan sekali). Beliau sungguh malang. Dah la muka pengutip siput, makan banyak pulak tu. Untuk pengetahuan semua, jurugambar terpaksa mengambil gambar sekerat je sebab kat tangan si enal nih ada la dekat 7 plastik beg beliau menapau dari hotel. Buruk siot perangai budak nih. Nasib baik ada jejaka hensem kat sebelah beliau tu... Dah tak nampak buruk sangat gambar nih.... Terima kasih la kat orang yang sebelah enal tu...

Khamis, 9 April 2009

Sekuntum Kemboja Yang Gugur

Biar luput dari pandangan
Tidak pupus dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang
Di persada perjuangan menjadi kenangan

Terlukis senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyanyangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Air mata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini

Di pagi hari yang mulia
Dikunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
Moga berbahagia di negeri yang baqa’


Sekuntum kemboja yang gugur
Menemanimu di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti

Oh Tuhan,cucurilah rahmat ke atas rohnya
Dan tempatkanlah dia di sisi hamba-hambaMu yang bertaqwa
Tempat yang telah Engkau janjikan nikmat untuk hamba-hambaMu

Rabu, 8 April 2009

Perhatian!!! Channel akan tergendala sebentar sehingga diberitahu kemudian...

Final exam bakal menjelang tidak lama lagi. Aku semakin menghitung hari. Kampungku semakin menggamit-gamitku pulang. Rasanya dah lama kaki ini tidak jejak di kampung. Suasana nyaman disulami kicauan burung dan unggas sangat aku rindui. Selepas ini aku akan kembali menjadi manusia biasa. Yang mendambakan waktu rehat yang sempurna, masa terluang bersama rakan-rakan setia dan menikmati suasana aman dan damai di kampung sepuas-puasnya. Yang pasti aku akan menghadapi kesan psikologi yang tinggi tatkala melihat rakan-rakan yang telah tamat pengajian. Namun aku percaya. Hidup ini Tuhan yang merencana. Ada masa bahagia, ada masa duka dan ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Mmm.. Apa yang penting, peperiksaan final nih. Buat setakat yang termampu...YEAHH!!! CAYOK2 buat diriku sendiri....

Ahad, 5 April 2009

rILeKsSss...

Tarik nafas... Hembus... Tarik... Hembus... Baiklah, untuk yang terakhir ni tarik, tahan lama sket dan masa hembus sebut 'hahh' kuat-kuat. Sedia. Tarik nafas... Tarik lagi.. Tahan... Tahan...Tahan sket lagi... Hembus!! HAAHHHH!!!