Rabu, 10 November 2010

Aiskrim goreng.... Nyum.. Nyum...



Ahha... Dari hari ke hari.. Ada jek insan yang tanya aku camne nak buat aiskrim goreng tu... Dan dari hari ke hari jugaklah aku tak bagitau.. Hahahaha... jadi, hari nih aku nak bagi la resepi untuk buat aiskrim goreng tu supaya korang suma boleh rasa keenakannya.. hmmm.... hehehe..


Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng nih senang jek..

1) Aiskrim(dah kompom2 la kan... tak kisah la perisa apa. yang penting aiskrim. jangan beli aiskrim yang batang tu plak apatah lagi connetto. beli yang dalam bekas plastik tu....)

2) Roti sandwich(tak kisah la jenama apa. yang penting jangan yang dah ekspayet suda..)

3) Ayam golek seko. (untuk orang yang bg resepi nih kat korang la... hahahahaha)


Cara-caranya....

1)Ceduk aiskrim tersebut, kemudian letakkan di atas sekeping roti. Kalo rasa kedekut, letak la satu caduk jek.. Kalo nak rasa best, letak la 2 ceduk.

2)Kemudian kepitkan roti yang telah mengandungi aiskrim tadi dengan sekeping lagi roti. (dah jadi ala-ala sandwich la...)

3) Pastu, penyet2kan di sekeliling roti tersebut menjadi bulatan. Pastikan kedua-dua roti tersebut melekat antara satu sama lain supaya masa menggoreng nanti. minyak tak masuk ke dalam aiskrim.

4)Potong roti tersebut dengan gunting supaya nampak la kemas sket dan nak buang kerak roti yang tak digunakan..

5) Dengan sepantas kilat, bukak peti ais dan masukkan roti yang mengandungi aiskrim itu. Kalo nak mudah, masukkan roti tersebut ke dalam plastik supaya senang nak ambil nanti.

6) Biarkan roti anda bersemadi di dalam peti ais tersebut selama semalaman.

7)Esoknya, panaskan kuali+minyak(pastikan minyak dah betul2 panas)

8)Campakkan dengan sopan roti aiskrim tersebut. Dalam kiraan tiga, angkat kembali roti anda. (Jangan biarkan ia mandi terlalu lama di dalam kuali. Nanti aiskrim cair!!)

9)Bukak mulut, pastu makan la aiskrim goreng anda...(tu pun nak bgtau gak ke?? hahahaha)


Begitulah kaedahnya untuk membuat aiskrim goreng... Senang bukan??? Kalo di pasaran, seketul aiskrim goreng nih boleh sampai rm2.00. Tu dari pengalaman masa jual aiskrim goreng dulu la.. hehehe...


SEKIAN...


SELAMAT MENCOBA.... HAHA.. JANGAN LUPA AYAM GOLEK AKU.. HAHAHA.....

2 ulasan:

nadia berkata...

nak aiskrim goreng yang ses baut dlu~

Orangekidz berkata...

hahaha... jauh la nak anta.. hehe..