Selasa, 30 November 2010

APABILA LALAT BERSUKAN...


Kadang2 lalat penat terbang ke sana ke mari. Jadi sekali sekala berlari, best jugak... hehehe..



Bila dah penat berlari.. mereka menunggang la plak... hehe..

jangan tak tau plak.. ada acara terjun papan anjal untuk lalat tau!!!.. hehe...

hah!! nih la saat yang kritikal.. terjun punya terjun, amik kau.. kan dah tak tahan nak buang air... tandas satu je plak tu.. nasib.. nasib... hehe...


bila dah tak tahan sangat... apa lagi, cari tempat terseorok sket, lalu.............. ah.. lege rasenya.. hehe..

berlari dah, menunggang kuda dah, buang air pun dah.. apa lagi, keringkan kepak la.. pasni nak kena terbang balik.. hehe...

THE SILENT TREATMENT

A man and his wife were having same problems at home and were giving each other the silent treatment. The next week, the man realized that he would need his wife to wake him at 5am for an early morning business flight to Kota Kinabalu. Not wanting to be the first to break the silence, he wrote on the piece of paper, 'PLEASE WAKE ME UP AT 5AM'

The next morning the man woke up only to discover it was 9am, and that he had missed the flight. Furious, he was about to go andd see why his wife hadn't woken him when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said,'IT IS 5AM. WAKE UP!!!!'

Selasa, 23 November 2010

Maria oh mariana...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri. Sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun,kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya,dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria..... walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi?"

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Sabtu, 20 November 2010

Musim kawin datang lagi... (macam Tora datang lagi.. hahaha)



Musim cuti sekolah kembali lagi... Dan seperti biasa, musim orang kawin juga kembali. Jadual jemputan kenduri di hujung minggu sudah mula padat sehingga akhir bulan 12. Ada yang sampai 4 jemputan sekali dalam satu hari.. Hmm.. Pelik jugak kan?? Kenapa perlu tunggu cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan?? Pengantin tu bersekolah lagi kah??? Hmm.. Walau apa pun jawapan mereka, aku nak ucapkanlah SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan aku yang pernah menjadi bos aku dulu, Syafiqah Binti Mohd Radzi dan pasangannya Muhammad Hasbullah Bin Abd Hadi yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 27 November 2010. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat... Amin...

SELAMAT PENGANTIN BARU
Syafiqah Binti Mohd Radzi
&
Muhammad Hasbullah Bin Abd Hadi

27 November 2010


ALAHAI OMAK KAWINKAN AKU!!! TAHNIAH PIKA!!

Sabtu, 13 November 2010

Wife wanted

A man inserted an ad in the classifieds column of the local newspaper under the heading 'WIFE WANTED!!'. In the next day, he received hundreds of replies. All of them said the same thing..

"You can have mine!"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Question: Are you married?
Answer: No, I'm divorced.
Question: And what did your wife do before you divorced her?
Andwer: A lot of things I didn't know about...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Note on top of gas cylinder: WARNING ON THE BOTTOM..

So obviously, everyone will turn it upside down to read the warning which says: WARNING! DO NOT TURN UPSIDE DOWN!!!

Jumaat, 12 November 2010

Doktor oh doktor....

Hmm...Setelah lebih kurang seminggu demam+sakit tekak+sakit sendi2 badan, akhirnya sembuh jua aku.. alhamdulillah... Masa hari kedua demam tu yang paling teruk. Tak tahan sangat sampai gi jumpa dr. Setelah diperiksa, temp 40.2C. Dr pun syak denggi.. Katanya kalo lagi 3 hari tak elok, kena gi check darah kat spital. Takut denggi... Huhu... Beliau pun bagilah aku MC 2 hari bersama-sama dengan sekeping surat. Surat untuk refer kat spital kalo demam tak elok. Sampai je kat rumah, aku pun bukak la surat tu... saja nak baca apa yang dr tu tulis... Hmmm... Patut la orang kata tulisan dr nih spesel. Aku leh baca to: MO/OPD/Casualty GH Melaka jek... tu pun aku rasa tulisan jururawat tu... yang bawah dari tulisan tu. sepatah haram aku takleh baca.. Tulisan murid aku yang paling hampes pun masih boleh baca lagi.. huhu... tapi bila pk2 balik, ada baiknya dr tu tulis cenggitu. Mana la tau, kalo ada orang yang jenis cam aku. nak gak baca surat dr tu... Skali ble bukak je... dalam surat tu tulis...

PESAKIT INI DAH TIADA HARAPAN. BOLEH HIDUP SEMINGGU JE LAGI...


Mau jalan terus orang yang sakit tu... Takyah tunggu seminggu pun.. huhuhuhu... hmm.. apa2 hal pun, syukur pada Allah yang memberikan kesihatan kembali kepadaku dan terima kasih juga tuan doc kerana sudi merawat...

Rabu, 10 November 2010

Aiskrim goreng.... Nyum.. Nyum...



Ahha... Dari hari ke hari.. Ada jek insan yang tanya aku camne nak buat aiskrim goreng tu... Dan dari hari ke hari jugaklah aku tak bagitau.. Hahahaha... jadi, hari nih aku nak bagi la resepi untuk buat aiskrim goreng tu supaya korang suma boleh rasa keenakannya.. hmmm.... hehehe..


Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng nih senang jek..

1) Aiskrim(dah kompom2 la kan... tak kisah la perisa apa. yang penting aiskrim. jangan beli aiskrim yang batang tu plak apatah lagi connetto. beli yang dalam bekas plastik tu....)

2) Roti sandwich(tak kisah la jenama apa. yang penting jangan yang dah ekspayet suda..)

3) Ayam golek seko. (untuk orang yang bg resepi nih kat korang la... hahahahaha)


Cara-caranya....

1)Ceduk aiskrim tersebut, kemudian letakkan di atas sekeping roti. Kalo rasa kedekut, letak la satu caduk jek.. Kalo nak rasa best, letak la 2 ceduk.

2)Kemudian kepitkan roti yang telah mengandungi aiskrim tadi dengan sekeping lagi roti. (dah jadi ala-ala sandwich la...)

3) Pastu, penyet2kan di sekeliling roti tersebut menjadi bulatan. Pastikan kedua-dua roti tersebut melekat antara satu sama lain supaya masa menggoreng nanti. minyak tak masuk ke dalam aiskrim.

4)Potong roti tersebut dengan gunting supaya nampak la kemas sket dan nak buang kerak roti yang tak digunakan..

5) Dengan sepantas kilat, bukak peti ais dan masukkan roti yang mengandungi aiskrim itu. Kalo nak mudah, masukkan roti tersebut ke dalam plastik supaya senang nak ambil nanti.

6) Biarkan roti anda bersemadi di dalam peti ais tersebut selama semalaman.

7)Esoknya, panaskan kuali+minyak(pastikan minyak dah betul2 panas)

8)Campakkan dengan sopan roti aiskrim tersebut. Dalam kiraan tiga, angkat kembali roti anda. (Jangan biarkan ia mandi terlalu lama di dalam kuali. Nanti aiskrim cair!!)

9)Bukak mulut, pastu makan la aiskrim goreng anda...(tu pun nak bgtau gak ke?? hahahaha)


Begitulah kaedahnya untuk membuat aiskrim goreng... Senang bukan??? Kalo di pasaran, seketul aiskrim goreng nih boleh sampai rm2.00. Tu dari pengalaman masa jual aiskrim goreng dulu la.. hehehe...


SEKIAN...


SELAMAT MENCOBA.... HAHA.. JANGAN LUPA AYAM GOLEK AKU.. HAHAHA.....