mm... pada mula aku buat topik nih ramai yang sangka yang bukan2... dan aku hanya kata, bukan itu yang aku cari... mungkin skang aku dah hanyut dengan cinta manusia, namun aku perlu kembali kepada kejadian asal iaitu cinta ilahi...
aku mulakan pengembaraan yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan ini dengan mengenali apakah itu cinta dan apakah itu perkahwinan. kerana di penghujung cinta manusia itu adanya perkahwinan yang sah. Aku pun mengambil kisah plato dan aristotle untuk menunjukkan kepada anda semua apakah itu cinta dan perahwinan. perlukan kita menghargainya.
Kemudian aku bawakan cinta antara suami isteri. Aku tunjukkan bahawa wanita ini lahir dari rusuk lelaki. maka kita haruslah hargainya supaya ianya tidak hilang dari kita kerana kebodohan diri kita sendiri.
Kemudian aku bawakan pula cinta sepasang suami isteri yang mana si isteri meragui kasih sayang suaminya. Ternyata cinta si suami itu tiada tolok bandingnya....
Hari seterusnya, aku bawakan pula kisah cinta antara anak dan ibu bapa... aku tunjukkan betapa tak mengenang budinya anak-anak hari ini. Kenapa??? kerana cinta sesama manusia itu palsu.... Yang adapun kasih, itupun kepada rasulullah dan sayang untuk kedua ibu bapa kita.... Betapa pokok epal itu sanggup berkorban demi membahagiakan orang lain yang akhirnya tidak mengenang budi. Kemudian kisah ibu yang membohongi anak-anaknya untuk memastikan kehidupan anak-anaknya lebih terjamin dan selesa....
Di pengakhiran perjalananku aku tunjukkan, hanya ada satu je cinta yang ada di muka bumi ini...ianya hanyalah pada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Maka, tidak akan timbul ayat.... I LOVE U laa... SAYA SAYANG AWAK LA...(selain kepada ibu bapa)... SAYA CINTAKAN AWAK la... Jadi jangan mengaharapkan cinta itu di dunia. Takut kelak merana.... Aku nih pun menasihati diri sendri gak sebab pe???? Sbab bila aku bercakap, telinga aku sendri lagi dekat dengan mulut aku...
Jadi. sesama manusia??? Sesama manusia hanyalah minat yang didorong nafsu, hilang nafsu, maka hilanglah 'cinta' sesama manusia..... renungkan... kalo tak paham yang tersirat boleh tanya secara personal....
Teguri aku andai aku melakukan kesilapan.....
Wallahualam.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan