Jumaat, 8 Ogos 2008

Pencarian bermula (HARI PERTAMA)




Di suatu ketika, berjalanlah seorang pelajar ini ke sana kemari. Tiada tetap akan kedudukannya. Mundar-mandir, duduk, bangun... resah memikirkan permasalahan yang timbul di benaknya... Seminggu berkeadaan demikian, maka, di suatu pagi yang dingin, si pelajar tersebut telah mendapatkan gurunya lalu beliau bertanya....







Pelajar : Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?




Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.




Si guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?




Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.




Gurunya menjawab: Ya, itulah CINTA



Maka pulanglah pelajar tersebut ke tempatnya sambil memikirkan kata-kata gurunya itu... Seminggu berlalu lalu pelajar itu datang kembali dan bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?




Guru : Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.




Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.




Maka gurunya itu pun bertanya : Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?




Pelajar itu menjawab : Sebab, pengalamanku mengajar erti kehidupan. Aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi aku mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandanganku ianya adalah pohon yang terbaik buat diriku dan aku tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…




Maka guru itu menjawab: Itulah PERKAHWINAN……....

3 ulasan:

i M a Z a i M i berkata...

saya cuba utk menangkap maksud anda =)

sabrina cheng berkata...

asesz2 tak habis cinta ko ni... ko teringin sangat ke..c zihn 2 apa cer?? berani la skit...

Orangekidz berkata...

ceh... aku mencari cinta yang kekal abadi la...