TIGA tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya peroleh.Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari saya memberanikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya “Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan, kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-ganang itu, Abang akan mati.Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokkan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menemui selembar kertas jawapan dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera…“Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah yang pertama itu menghancurkan hati saya.Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti memperbaiki program tersebut.”
“Siti sela lu lupa membawa kunci rumah ketika keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan2 di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat2 baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot ke satu lot kedai yang lain dan membawamu pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal2 badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan,dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang risau Siti akan menjadi ‘pelik’ dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal2 kelakar yang abang alami.”
Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“ Tetapi sayangku, Abang tidak mengambil bunga itu untuk mati, kerana Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak mencukupi bagi Siti, A bang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki, dan mata yang lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. “Dan sekarang Siti telah selesai membacanya jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita.Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi jika Siti tidak puas hati, Sayangku… biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia
Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah yang gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulah cinta, “di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita, kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan