aku memandangnya dari suatu sudut
kelihatan ayu sungguh dia
mataku yang liar ini terus tidak keruan
hatiku mula menyimpan perasaan
otakku mula berfikir
apakah ia sudah mempunyai teman
aku sukakannya
aku meminatinya
dia berjaya menambat hatiku
jiwaku
dan seluruh diriku
namun begitu
saat iman datang bertandang
aku dipukul dengan satu persoalan
persoalan yang sangat berat
'adakah kau mencintainya kerana paras rupa atau kerana hatinya?'
aku terdiam seketika
otakku berfikir
hatiku mula rasa sakit
apakah tandanya itu?
kini baru ku tahu
bukan hatinya yang menjadi pilihan
aku memandangnya kerana nafsu
moga Tuhan berikan petunjuk kepadaku
dan kurniakan aku
insan yang terhasil dari tulang rusuk kiriku
agar dia dapat melengkapi kekurangan diri ini....
muhabiru
serdang, 2009.
2 ulasan:
huh~ ade crush baru ke?~~~~
crush tu pe???
Catat Ulasan