Aku berjalan
Perlahan-lahan
Kiri hutan, kanan pun hutan
Aku cuba menjerit
Namun tekakku terasa perit
Aku cuba berlari
Namun kakiku bagai dihimpit besi
Kelilingku gelap gelita
Juga tanpa suara
Gelap
Aku takut
Kegelapan menghantuiku
Masihkah ada lagi sinar?
Dek kerana tergopoh-gapah
Aku tersungkur jatuh
Aduhhh... Pedih sungguh rasanya
Aku menangis...
Eh!! Di mana air mataku?
Di mana?
Ahh.... Persetankan itu semua
Ia hanya lakonan dunia...
~muhabiru~
serdang, selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan