Selasa, 28 Julai 2009

Hanya segenggam setia....

Lepaskanlah genggaman tanganmu
Pergilah dia menantimu
Jangan menangis...
Janganlah kau menolehku lagi
Biarlah kumembawa hati
Jangan ditanya ke mana kupergi


Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau dipaksa bersama
Dengan si dia...

Senyuman yang engkau ukirkan
Seakan mengundang sengsara
Kalau ku tahu kau tersiksa
Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi
Bagiku tiada cinta lagi selamanya
Di bibir ku lafazkan rela
Di hati

Mata,hati dan ....

aku memandangnya dari suatu sudut
kelihatan ayu sungguh dia
mataku yang liar ini terus tidak keruan
hatiku mula menyimpan perasaan
otakku mula berfikir
apakah ia sudah mempunyai teman

aku sukakannya
aku meminatinya
dia berjaya menambat hatiku
jiwaku
dan seluruh diriku

namun begitu
saat iman datang bertandang
aku dipukul dengan satu persoalan
persoalan yang sangat berat
'adakah kau mencintainya kerana paras rupa atau kerana hatinya?'
aku terdiam seketika
otakku berfikir
hatiku mula rasa sakit
apakah tandanya itu?

kini baru ku tahu
bukan hatinya yang menjadi pilihan
aku memandangnya kerana nafsu
moga Tuhan berikan petunjuk kepadaku
dan kurniakan aku
insan yang terhasil dari tulang rusuk kiriku
agar dia dapat melengkapi kekurangan diri ini....



muhabiru
serdang, 2009.

Ahad, 26 Julai 2009

Humang aih!!!!!

Humang aih!!! Bukan main penat lagi aku untuk Karnival Intergrasi Harmoni 5th (KAMI 5th) nih... Tapi tu suma tak kesah asal enjoy beb... One unity, one college, ONE PEACE!!!!!!!! Mueh...mueh...mueh.. Adoi.. Arinih aku rasa cam dah banyak sangat buat salah ngan orang.. huhu... Mintak maaf ye suma.. Aku perlu meresetkan otakku sebelum ianya diisi dengan maklumat untuk subjek dan projek.. Haha... Masa yang paling sesuai ialah hari isnin sebab aku takde kelas ari insin. Mmm... Ada banyak persoalan skang... Mana nak pegi? Dengan sapa? Naik apa? Pukul berapa? Nak buat apa nanti? Takde idea plak.. Takpun gunakan prinsip 'di mana kakiku melangkah, di situ ada aku...' Wahahaha... Sri Petaling jom....

Sabtu, 18 Julai 2009

Lucky.............................................

(Aku)
Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying

(Kau)
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

(Aku dan Kau)
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh, ooooh, oooh, oooh,
Oooh ooh ooh ooh

(Aku dan Kau)
They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

(Aku dan Kau)
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

(Aku)
And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair

(Kau)
Though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

(Aku dan Kau)
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh, ooooh, oooh, oooh,
Oooh, ooh, ooh, ooh
Ooooh, ooooh, oooh, oooh,
Oooh, ooh, ooh, ooh.


Aku kau dan sesuatu...

Tahukah anda?

Tahukah anda, dimanakah anda akan mendengar perkataan-perkataan begini:-
1) sikit jam
2) mari-mari
3) blender tak jalan
4) orang ge
5) apel

Nak tahu jawapannya?


Yeah!! Jawapannya ialah Maulana Sri Kembangan...

"Bos, garlic nan mana?"

"Sikit jam....."

Jumaat, 17 Julai 2009

An-nur:26

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-nur:26)

Aku dikelaskan di bahagian mana eh? Moga2 dijauhkan dari digolongkan dalam golongan yang tidak diberi hidayah oleh Allah..Amin..

Ahad, 12 Julai 2009

Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.





Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena..... .

Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul. ..tapi cobaan.....

Sabtu, 11 Julai 2009

Sebuah kisah cinta biasa...

TIGA tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya peroleh.Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari saya memberanikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya “Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan, kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-ganang itu, Abang akan mati.Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokkan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menemui selembar kertas jawapan dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera…“Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah yang pertama itu menghancurkan hati saya.Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti memperbaiki program tersebut.”
“Siti sela lu lupa membawa kunci rumah ketika keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”


“Siti suka jalan2 di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat2 baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot ke satu lot kedai yang lain dan membawamu pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal2 badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan,dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang risau Siti akan menjadi ‘pelik’ dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal2 kelakar yang abang alami.”
Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“ Tetapi sayangku, Abang tidak mengambil bunga itu untuk mati, kerana Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak mencukupi bagi Siti, A bang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki, dan mata yang lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. “Dan sekarang Siti telah selesai membacanya jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita.Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi jika Siti tidak puas hati, Sayangku… biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia
Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah yang gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulah cinta, “di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita, kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini

Jumaat, 10 Julai 2009

Seindah mawar berduri...

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.mKehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.

Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?

Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar.

Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?

Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Allah telah berjanji dalam surah an-Nur, “Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam
percintaan…

Buatmu… pencari cinta sejati, cinta yang abadi….

Sepi...

Semakin aku ingin berdikari, semakin banyak dugaan datang menghampiri.
Semakin aku ingin bersendiri, semakin kau datang mendekati.
Semakin kuusir, semakin ia hadir.
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran.
Kusedar kini, HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri, namun ia tetap melingkar di tangkai naluri...

Khamis, 9 Julai 2009

Laskar pelangi...

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga...

Rabu, 8 Julai 2009

KiosK Take 5

Adakah anda pelajar Kolej Kelima, UPM?
Adakah anda sering dihantui perasaan lapar pada setiap petang dan malam?
Dan anda rasa agak malas untuk berjalan jauh bagi mendapatkan makanan?

Kami ada jawapannya... Ya..

'Datanglah ke kiosk Take 5 dan nikmatilah menu baru kami. Aiskrim goreng.. RM2.00 setiap satu... Sedap oo.....'

Sabtu, 4 Julai 2009

Ku cari damai abadi

Aku berjalan
Perlahan-lahan
Kiri hutan, kanan pun hutan

Aku cuba menjerit
Namun tekakku terasa perit
Aku cuba berlari
Namun kakiku bagai dihimpit besi

Kelilingku gelap gelita
Juga tanpa suara
Gelap

Aku takut
Kegelapan menghantuiku
Masihkah ada lagi sinar?

Dek kerana tergopoh-gapah
Aku tersungkur jatuh
Aduhhh... Pedih sungguh rasanya
Aku menangis...
Eh!! Di mana air mataku?
Di mana?
Ahh.... Persetankan itu semua
Ia hanya lakonan dunia...





~muhabiru~
serdang, selangor

Khamis, 2 Julai 2009

Kisah seorang pemandu basikal...

Alkisah... Tersebutlah kisahnya satu ketika di zaman yang serba moden ini, ditakdirkan seorang pemandu basikal yang berasal dari kampung berhasrat ingin ke bandar untuk mencari pekerjaan. Adapun jalan untuk ke bandar hanyalah dengan menggunakan lebuh raya utara-selatan. Oleh kerana si pemandu basikal ini belum pernah memandu basikalnya di kawasan lebuh raya, maka beliau berasa amat kekok sekali. Selepas melepasi tol, pemandu basikal itu terus memandu basikalnya. Semakin lama semakin laju. Semakin lama semakin laju sehinggalah dia berasa letih yang amat. Pemandu itu berasa hairan. Kenapalah aku kayuh dari tadi macam tak gerak-gerak je basikal nih? Aku kayuh perlahan ke? Rasanya dah cukup laju... Tiba-tiba............


Dia ternampak satu papan tanda di bahu jalan lantas dia menepuk dahi. Pek!!! Patut la aku macam lambat... Tak ikut lorong rupanya....

TAHUKAH ANDA APAKAH YANG TERTULIS PADA PAPAN TANDA TERSEBUT????

'KENDERAAN BERAT SILA IKUT KIRI'

Aku dan Rejab

Mmm.. ari nih adalah hari pertama aku berpose.. hehe tahniah untuk diri aku. tapi pose tanpa sahur nih alamatnya tgh hari kang carik nasik la... huhuhu...