Khamis, 6 Ogos 2009

Hi semua. Selamat bertemu. Nama saya PacatdiKakikugeliah b lintahbulanpungeligak. Anda semua boleh panggil saya Encik Pacat. Ringkas dan padat. Hehehe..

Untuk pertemuan kita yang pertama ini, pak cik nak kita sama menerobos ke dalam diri dan melihat diri kita dari luar. Hah! Kan dah pening.. Jangan risau, pak cik ada minyak angin. Jadi, sebelum diri kita lebih kepeningan lagik, marilah kita sama2 meneruskan perlayaran kita pada hari ini.

Sebagai langkah permulaan, pak cik ada satu persoalan untuk anak2 semua. Yang boleh jawab anda jawab la. Yang tak boleh jawab tu, memang tak akan boleh jawab sebab soalan ini memang takleh nak rujuk mana-mana buku rujukan.

Soalannya, semua kita ini adalah kehidupan. Persoalannya, mengapakah kita digelarkan sebagai kehidupan? Setiap kehidupan memberikan cabaran. Mengapa ada cabaran? Mengapa kehidupan diduga? Untuk apa? Mengapa? Bila? Bagaimana? Siapa?

Apabila timbul persoalan, maka tentunya ada jawapan. Perlukah jawapan kepada soalan itu satu, dua tiga dan sebagainya. Perlukah soalan itu ada satu dua tiga dan banyak soalan yang perlu dijawab dan akhirnya ditemukan jawapan yang sama? Apakah jawapan itu? Perlukah ditetapkan jawapan bagi setiap jawapan? Perlukah ditetapkan soalan bagi setiap soalan? Perlukah ditetapkan jawapan bagi setiap soalan dan perlukan ditetapkan soalan bagi setiap jawapan.

Contoh.

Soalan : Apakah warna baju itu?
Jawapan: Putih.

Perlukah jawapan putih itu menjadi jawapan? Menjadi soalan kepada jawapan? Akhirnya kita mencari jwapan kepada jawapan. Ada berkemungkinan akan timbul soalan kepada soalan atau mungkin persoalan kepada soalan. Soalan kepada soalan akan menghasilkan jawapan kepada soalan atau soalan kepada jawapan? Soalannya sekarang, mengapa perkara semua ini terjadi?(soalan 1). Perkara apa?(soalan kepada soalan). Ianya terjadi kerana aku tertekan esok test penapisan. Betul tak? (jawapan kepada soalan dan soalan kepada jawapan).

Sekian. Moga bertemu lagi...

Tiada ulasan: