Ring... Ring... Ring...
Hello... Assalamualaikum... Aiman ke tu?
Waalaikum salam. Yupz. Sape nih?
NIh aku la. Zafran. Ko takkan tak simpan lagi no aku. Apeda...
Sori2.. Enset aku dah banyak kali ilang. Tu yang no pun ilang sekali tu. Ko amacam? Sihat? Buat pe skang?
Hmm... Badan sihat la.. Otak aku nih yang tak sihat. Aku br keje. Dah dekat 2 bulan dah tapi skang nih aku tgh cuti. Dah 2 hari aku cuti... Aku ada problem sket. Aku takleh konsentret keje tu yang aku amik cuti tu.. Kot2 la leh kurangkan tekanan tapi same jek... Tetiba teringat kat ko. Tu yang aku telepon nih...
Ooo... Hmmm... Kenapa nih? Cam ada masalah negara jek?
Takdelah sampai masalah negara. Tapi benda nih dah dekat seminggu lebih aku dok pikir. Ingat nak mintak pendapat ko. Mana la tau ko bleh bantu aku... Ko kan otai bab2 cenggini... Tu pun kalo ko nak dengar la masalah aku nih...
Cet.. Otai pulak aku nih.. Nih mesti tak pasal awek, pasal keje nih... Ko citer je.. Mana aku leh bantu aku bantu.. Hehe
Hmm... Aku segan sebenarnya kat ko nih. Dari time sekolah sampai skang ko asyik dgr masalah aku je... Ko dari dulu aku tengok hepi je.. Cam takde masalah...
Ala... Ko citer je.. Aku pun ada banyak masalah gak.. Kalo aku citer kang leh siap satu novel ko tau.. Hehe.. Gurau jek.. Hah! Citer la..
Camni.. Aku ada kenal dengan seorang minah nih...
Huh! Aku dah agak dah...
Weh! Dengar dulu!!
Ok...ok...
Camne aku kenal takleh citer la.. Sekret. Hehe.. Mula2 kitoang kawan je. Cm bese la.. Balas2 mesej. Keluar makan dengan dia ada la dalam 2 3 kali jek. Sebelum nih ok jek. Tapi sejak 2 menjak nih dia jadi pelik sket. Dia tuduh aku macam2..
Dia tuduh ko apa?
Dia tuduh aku tak hargai dia.. Memainkan perasaan dia.. Pastu siap cakap lagi yang aku nih ada affair dengan orang lain... Mula2 aku biarkan je. Ingatkan tak lama... Skang nih dia dah macam merajuk ngan aku.. Dia dah cam kecewa ngan aku la.. Aku mesej tak balas. Call tak angkat.. Sedey tol aku..
Jap2.. Aku tak paham. Ko serius ke dengan dia? Tadi kata kawan je..
Ala... Ko nih cam tak paham plak...
Ok2... Camne plak tetiba dia leh datang angin puting beliung dia tuh??
Semua start minggu lepas la. Mase tu dia ajak aku keluar makan. Dia kata nak jumpa. Budak tu budak johor tapi belajar lagi kat UKM. Aku memang jarang jumpa dia. Mse aku jumpa tu aku ingatkan dia nak jumpa sesaja je la. Rupa2nya dia nak tau status hubungan ktorang.
So??
Aku cakap la.. Kita kan kawan.. Kenapa tanya soalan tu.. Aku buat2 tak paham la.. Nk tengok respon dia. Tapi... Tetiba je angin dia datang.. Kawan je? Selama ni kita kawan je? Rupa2nya saya bertepuk sebelah tangan. Dia kata dia ingatkan aku nih suka kat dia. Aku pening la...
Aku lagi pening dengar ko citer... Aku tak paham..
Alaa... Dia mintak aku declare la status kitorang. Huh...
So, ko memang ada hati kat dia kan??? Declare je la.. Kang dikebas dek orang kang.. Melepas..
Aku bukan apa. Aku sedih la bila dia kata aku nih mempergunakan dia. Mainkan perasaan dia. Beri dia harapan.. Dia ingatkan aku tak sayang dia... HUhh...
Rileks... Rileks... Ko jangan nangis plak...
HUh!! Hampir la.. Tapi belum keluar lagi...
Ala.. Ko sayang kat dia kan?? Declare je.. Senang.. Pompuan nh perlukan perhatian.. Bak kata member aku la.. Ke ko memang ada pasang lain nih?? Hehe...
Takde la... Apa yang aku buat selama nih pun memang sebab dia. Aku tau dia blaja lagi. Sebab tu aku tak nak ganggu dia sangat. Aku jarang mesej dia. Besenya dia yang akan start msg aku dlu. Aku sayangkan dia sebab tu aku tak nak masa depan dia hancur sebab aku. Aku tak nak ganggu dia belajar. Tapi dia pikir lain plak... Siap tuduh aku ada pompuan lain lagi... Tu takpe.. Ble dia kata aku nih mempermainkan dia, buat dia macam barang mainan tu yang aku sedih sangat tu..
Ko dah cakap kat dia ke kenapa ko buat mcm tu?
Huh!! Aku dah cuba nak explain tapi setiap kali aku nak cakap dia macam tak nak dengar... Aku tertekan sangat... Ko ada idea tak camne nak setllekan masalah nih? Tolong sangat..
hmmm.... Camni la.. Nih pendapat aku la.. Ko try je explain kat dia baik2.. Kalo tak bleh dalam phone, ko bg sms ke.. Try gn org tgh la.. Yang rapat dengan dia.. Lagi bagus pompuan.. Lagi satu idea aku nih aku rasa cam payah sket ko nak buat..
Apa dia?
Buat bodo je... Yang penting ko dah explain kat dia. Dia nak dengar ke tak, itu masalah dia... Kalo dia takleh terima penjelasan ko tu, bye.. bye.. la.. Banyak lagi pompuan kat dunia nih... Kenapa ko nak fikirkan pasal seorang pompuan sampai ko separuh mati... Kalo dah takdir jodoh ko ngan dia takkan ke mana punya.. Macam aku la.. Aku yakin tuhan tu adil dan maha bijaksana. Dia lebih tahu apa yang kita tidak ketahui. Ko ingat tak ayat dalam surah al-baqarah yang aku bagi dulu??
Ingat...
Hah! Kadang2 kita suka benda tu tapi benda tu bawa mudarat kat kita dan sebaliknya.. Aku punya cadangan cam tadi la.. Tak payah la ko nak jadi separuh gila pasal benda2 remeh nih...
Hmm... Btol la.. Aku harap aku kuat untuk benda nh..
Perbualan seterusnya telah memasuki topik lain... Jadi terpaksa di'cut'. Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah, sudah menjadi trend zaman skang.. Sket2 kapel... Clash.. Kapel balik.. Ntah la... Aku tak setuju pasal benda nih tapi aku insan yang lemah.. Kekadang terlajak gak.. Huhu... ntah la... Bukan ke kapel lepas kawin lagi best? Kalo kita nak tahu pasal pasangan kita tu, better tanya orang yang rapat ngan dia cam family, kawan dsb. Hmm... Lain padang lain belalang.. Lain e
Pernah seorang pujangga menyatakan bahawa, jika dibandingkan antara mata pena dan mata pedang, mata pena sebenarnya jauh lebih bahaya dari apa yang kita sangkakan... maka berhati-hatilah dengan apa yang kita coretkan agar ia tidak menjadi fitnah di masa hadapan.... Adapun apa yang tersiar di blog ini hanyalah luahan dari mata kepala jantung hati hempedu pankrease dan usus ku sahaja... Takde kena mengena antara yang sedang hidup ataupun sedang mati. Hehehehe... gurau..
Selasa, 25 Ogos 2009
Isnin, 24 Ogos 2009
Tiada lagi kidungmu....
Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku
Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa
Rabu, 19 Ogos 2009
Ahad, 16 Ogos 2009
Ayuh... Bangkit saing matahari...........................
Ayuh... Ayuh... Ayuh... Ayuh...
Ayuh bangkit saing matahari
Ayuh bangkit jangan kau tidur lagi
Usahlah kita terlena
Dibuai mimpi indah
Yang nyata Bumi kitalah yang musnah
Ayuh... Ayuh... Ayuh... Ayuh...
Ayuh bangkit saing matahari
Ayuh... Ayuh bangkit jangan kau tidur lagi
Cukupkah hanya dengan perhimpunan?
Cukupkah hanya dengan persidangan?
Cukupkah dengan laungan serta jeritan?
Mampukah sepanduk itu menghentikan kemusnahan?
Mereka tak perlu fikir
Soal masa depan
Kerana mereka mandul
Takkan punya keturunan
Ayuh... Ayuh... Ayuh... Ayuh...
Ayuh bangkit saing matahari
Ayuh... Ayuh bangkit jangan kau tidur lagi
Fikirkanlah masa depan
Keturunan kami
Fikirkanlah masa depan
Bumi ini
Mak ayah mengejutkan dari mimpi
Bangkitlah sebelum ia mejadi mimpi ngeri

Jumaat, 7 Ogos 2009
My Honeymoon Places...
Dah lama tak masukkan gambar. So, aku nak masukkan gambar tempat honeymoon aku nanti. Insyaallah.. Tempat nih takdelah menarik sangat pada pandangan orang. Tak romantik langsung, dan banyak sangat orang. No privacy. Kata orang la.. Tapi bagi aku tak... Insyaallah, ada rezeki, ke sana juga aku nanti...
Khamis, 6 Ogos 2009
Hi semua. Selamat bertemu. Nama saya PacatdiKakikugeliah b lintahbulanpungeligak. Anda semua boleh panggil saya Encik Pacat. Ringkas dan padat. Hehehe..
Untuk pertemuan kita yang pertama ini, pak cik nak kita sama menerobos ke dalam diri dan melihat diri kita dari luar. Hah! Kan dah pening.. Jangan risau, pak cik ada minyak angin. Jadi, sebelum diri kita lebih kepeningan lagik, marilah kita sama2 meneruskan perlayaran kita pada hari ini.
Sebagai langkah permulaan, pak cik ada satu persoalan untuk anak2 semua. Yang boleh jawab anda jawab la. Yang tak boleh jawab tu, memang tak akan boleh jawab sebab soalan ini memang takleh nak rujuk mana-mana buku rujukan.
Soalannya, semua kita ini adalah kehidupan. Persoalannya, mengapakah kita digelarkan sebagai kehidupan? Setiap kehidupan memberikan cabaran. Mengapa ada cabaran? Mengapa kehidupan diduga? Untuk apa? Mengapa? Bila? Bagaimana? Siapa?
Apabila timbul persoalan, maka tentunya ada jawapan. Perlukah jawapan kepada soalan itu satu, dua tiga dan sebagainya. Perlukah soalan itu ada satu dua tiga dan banyak soalan yang perlu dijawab dan akhirnya ditemukan jawapan yang sama? Apakah jawapan itu? Perlukah ditetapkan jawapan bagi setiap jawapan? Perlukah ditetapkan soalan bagi setiap soalan? Perlukah ditetapkan jawapan bagi setiap soalan dan perlukan ditetapkan soalan bagi setiap jawapan.
Contoh.
Soalan : Apakah warna baju itu?
Jawapan: Putih.
Perlukah jawapan putih itu menjadi jawapan? Menjadi soalan kepada jawapan? Akhirnya kita mencari jwapan kepada jawapan. Ada berkemungkinan akan timbul soalan kepada soalan atau mungkin persoalan kepada soalan. Soalan kepada soalan akan menghasilkan jawapan kepada soalan atau soalan kepada jawapan? Soalannya sekarang, mengapa perkara semua ini terjadi?(soalan 1). Perkara apa?(soalan kepada soalan). Ianya terjadi kerana aku tertekan esok test penapisan. Betul tak? (jawapan kepada soalan dan soalan kepada jawapan).
Sekian. Moga bertemu lagi...

KUASA PENGGUNA SATU PENGGUNA SATU SUARA
Islam mewajibkan umatnya bersaudara. Hidup saling membantu demi kebahagian bersama. Adalah berdosa dan berkelakuan zalim jika seorang muslim menyakiti dan menganiaya seorang muslim yang lain dalam apa bidang sekalipun terutamanya dalam urusan jual beli dan sewa menyewa. Islam telah menetapkan hukum syarak yang jelas dalam muamalat seperti urusan jual beli, pinjam meminjam, sewa menyewa, gadai menggadai dan sebagainya. Bagi menjaga kebajikan dan mewujudkan keharmonian di antara pengguna dan pengusaha. Selari dengan kehendak hukum syarak, maka Islam memang mengharamkan sebarang bentuk eksploitasi dan penindasan seperti riba, judi, menipu dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t melalui surah Al-Mutaffiffin ayat 1-5:
Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?.Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya).”
Namun apa yang mendukacitakan ialah berleluasanya kegiatan sesetengah pengusaha dan peniaga yang mengamalkan budaya berdosa menipu pengguna. Antaranya ada yang ditipu timbangan dan ukuran, ada yang diperdaya dengan harga yang dipropaganda harga murah tetapi sebenarnya mahal, ada yang ditipu dengan barangan tiruan dan ada yang terjebak dengan barangan dan perkhidmatan yang tidak halal dan ada juga yang terperangkap dengan janji palsu along dan skim cepat kaya. Dalam tahun 2008 kerajaan telah menerima sebanyak 10,720 aduan dengan pelbagai isu dan masalah yang menimpa pengguna. Ribuan aduan juga dilaporkan oleh persatuan-persatuan pengguna di seluruh negara.
Kadang kala kita mengeluh dan marah apabila menyedari kita ditipu oleh peniaga. Sebagai pengguna atau pembeli, kita mempunyai hak yang perlu dipertahankan. Di antara hak-hak tersebut ialah pertama, mempastikan barangan kegunaan yang dibeli adalah suci dan halal. Kedua, mempastikan barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah tulen dan berkualiti. Ketiga, mempastikan harga yang dibayar adalah harga sebenar dan berpatutan.
Bagi mempastikan hak-hak kita sebagai pembeli dan pengguna dapat dilindungi, maka kita hendaklah menjadi pengguna yang bijak. Bijak dalam erti kata tidak dapat dieksploitasi oleh pengusaha dan penjual. Bijak memilih penjual yang boleh dipercayai dan bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang suci, hala dan berkualiti. Sesungguhnya untung rugi nasib pembeli dan pengguna adalah terletak di tangan kita sendiri. Jika kita prihatin, berhemah dan waras dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan maka terjaminlah kehidupan kita.
Dalam usaha mengaut keuntungan besar dan menjadi orang kaya cepat, maka terdapat peniaga menjadikan pembeli sebagai mangsa. Kita amat sedih jika mangsa itu adalah orang miskin dan kumpulan daif yang lain. Oleh itu, para pembeli dan pengguna perlu sedar bahawa sikap tidak kisah terhadap barangan dan perkhidmatan yang dibeli akan merugikan pengguna sendiri. Para pengguna akan terus menjadi mangsa eksploitasi peniaga yang rakus, terpaksa membayar lebih daripada harga sebenar atau mungkin mendapat barangan yang tidak berkualiti dan mungkin juga akan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang tidak halal.
Justeru itu,marilah kita menjadi pengguna yang prihatin dan bijak dengan langkah-langkah berikut ;
Pertama : Setiap pengguna perlu mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang secukupnya mengenai barangan
dan perkhidmatan yang akan dibeli.
Kedua : Para pengguna perlu membuat pengaduan terhadap
peniaga-peniaga yang didapati menipu dan menindas
Ketiga : Para pengguna patut memilih premis perniagaan yang dipercayati amanah.
Keempat : Pihak berwajib hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan ke atas pusat-pusat perniagaan secara integriti dan bertanggungjawab.
Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ( Surah al- Saf:10)

Sabtu, 1 Ogos 2009
Kembali bertugas...
Setelah lebih 6 tahun merantau, akhirnya, tanggal 31 Julai 2009, aku kembali ke Kem 3 DIV, kem kedua terbesar selepas kem Port Dickson. Semasa melewati markas 10 Briged Para, teringat kenangan lama.
Tiada misi terlalu sukar. Tiada pengorbanan terlalu besar. 'Tugas Diutamakan'
Antara yang sempat aku tgk 17 Para, 9 Melayu, 7 Para, RASAD, markas artileri 3Div, padang kawad pun dah jauh berubah. Nampak best je. Kalo dulu.. Alahai.. Dengan bunting orang kawin la.. Tempat duduk tak selesa, skang suma dah berubah. Moto 3 Div pun dah berubah. Aku pun tak ingat.. huhu...
SEMERAH, SEHITAM
Langgan:
Catatan (Atom)