Khamis, 5 Ogos 2010

Kisah seorang makcik...

Ini adalah sebuah kisah yang sangat tragis untuk anda baca. Apatah lagi aku yang berada di tempat kejadian. Hmm.. kisahnya bermula begini.. Di sebuah pejabat pos...

Makcik: Hang Tuah!! Kau nih Hang Tuah kan??
(seorang makcik menegur aku setelah mencuit bahuku...)
Aku: Haa!??
Makcik: Kau nih Hang Tuah kan?
Aku: Apa yang makcik cakap nih? Mana ada hang tuah. tu zaman kesultanan melayu melaka la makcik...
Makcik: kau nih bukan ke anak budin ke? apa nama kau.. lupa plak makcik...
Aku: Eh! Saya anak roslan la makcik.. nama saya hafiz..
Makcik: ooo... makcik ingatkan kau anak budin. budak tu serupa macam kau nih la.. badan tegap2.. orang kampung panggil dia hang tuah...
Aku: Ooo... bukan2.. bukan saya tu.. Makcik nih silap orang..

(Setelah itu, berlakulah sesi bual bicara hampir 10 minit lamanya sementara menanti nombor giliran dipanggil. Isu yang dibincangkan cukup akademik. Dari isu dalam negara bawak ke luar negara. Kadang2 ada isu yang aku tak tau pun tapi makcik nih tau.. memang hebat beliau... sehinggalah pada satu ketika itu...)

Aku: Biasalah makcik.. Zaman internet sekarang nih macam-macam boleh berlaku...
Makcik: Zaman internet? Apa tu?
Aku: Internet la.. Dunia tanpa sempadan.. Zaman globalisasi...
Makcik: Apa lain benor ayat kau nh? Ini zaman agogo.. Rock... Hepi2.. Hati mau senang..

(Aku mula berasa pelik. Dari satu sudut aku melihat seorang pakcik yang asyik memandang aku dari tadi bangun dan menuju ke arah aku lalu menepuk bahuku lalu berkata.....)

Pakcik: La... Kau nih OK rupanya.. Yang kau pergi layan orang yang tak penuh nih apa pasal? Pak cik ingatkan kau nih kenal dia. Asyik berborak je dari tadi.. Tu yang pakcik biarkan tu.. Hahahahahaha.....

(pakcik itu tergelak sambil diiringi gelakan latar oleh semua orang yang ada dalam pejabat pos tu... dalam hati aku berkata.. SIOT!!)

Malu aku... satu pos ofis gelakkan aku.... sungguh tragis sungguh.. makcik tu pun masih meneruskan tanda tanyanya pasal zaman internet.. nyesal aku layan makcik tu... SIPOT tol....

Pengajaran: Bertegur sapalah dengan orang tua walaupun......... huhu..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha..
adoiyai ses..
kasihan anda =p

Orangekidz berkata...

huhu.. tau takpe...dah la mse tu penuh sesak pos opis tu... cis..

MIDONZ berkata...

Orangekidz : pendapat saya biarlah orang lain mentertawakan kita asalkan kita positif. Mungkin makcik tu ada sejarahnya yang tersendiri yang membuatkan beliau menjadi sebegitu(kurang siuman). Bagi orang2 sekeliling yang lebih mengenalinya pasti hanya tau luaran sahaja,bukan kisah silamnya. Tabik spring buat awak kerana meluang sedikit masa buat makcik itu.. sekurang2nya beliau ada teman untuk berbicara...