Khamis, 15 April 2010

Kisah mayat berpeluh

Kejadian ini berlaku di rumah mayat di salah sebuah hospital di ibu negara baru-baru ini.

Mayat seorang tua yang dituntut waris dikeluarkan dari peti simpanan mayat untuk di bawa pulang ke rumah ahli keluarganya.

Isteri si mati berserta dengan cucunya juga hadir ketika itu. Hanya mereka berdua yang paling rapat dengan si mati yang hadir sama, manakala kira-kira 2 orang ahli keluarga yang lain hanya menunggu di perkarangan hospital.

Waktu ketika itu menunjukkan sekitar jam 10 malam. Perjalanan untuk membawa pulang mayat ke utara tanah air mungkin akan mengambil masa yang agak lama memandangkan ramai warga kota bersesak-sesak di jalan raya untuk pulang ke kampung masing-masing sempena cuti perayaan.

Apabila sedang dikeluarkan ada air mengalir di muka mayat orang tua tersebut, seakan peluh. Si cucu, yang berumur lingkungan 23 tahun mula merasa hairan & ketakutan. Si cucu dengan rasa ketakutan memanggil isteri si mati seraya memberitahu apa yang di lihatnya, "Nenek! Muka Atuk keluar peluh"

Sebagai orang yang sudah lanjut usia dan mempunyai banyak pengalaman dengan tenang merapati cucunya cuba menenangkan keadaan. Si nenek berkata "Atuk kamu 1st time meninggal... mestila die nervous sket..."

Wakakakaa...... Sekadar berhibur...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apara....baru keluar peti sejuk....cairlah ais tu ngok....

Orangekidz berkata...

haha... btol gak kan... hahaha...