Khamis, 29 Januari 2009

Cinta seorang saintis..

Pernahkah anda terfikir bagaimanalah agaknya seorang saintis itu bercinta kan.. Kalo seorang ahli bahasa tu dah tentu ayat jiwang-jiwang punya... Teruskan pembacaan anda...

Saintis 1 : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Saintis 2 : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Saintis 1 : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Saintis 2 : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Saintis 1 : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Saintis 2 : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Saintis 1 : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Saintis 2 : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Saintis 1 : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Saintis 2 : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Saintis 1 : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Saintis 2 : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Saintis 1 : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Saintis 2 : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Saintis 1: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Saintis 2 : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Saintis 1 : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Saintis 2 : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Saintis 1 : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Saintis 2 : Tapi, imanku adalah infiniti!

Saintis 1 : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Saintis 2 : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Saintis 1 : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Saintis 2 : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..

Rabu, 28 Januari 2009

...

Di atas bangku usang, ku duduk seorang
Sedang fikiranku jauh melayang, seorang tua datang dan berkata
Jalan biarlah ke depan, bukan ke belakang.

Terima kasih orang tua
Nasihatmu ku jadikan azimat
Moga berguna di suatu masa

Ku kembali ke bangku usang
Ku tunggu orang tua itu, namun tak kunjung datang
Secebis nota ditinggalkan sebagai pedoman
Katanya :
Kadangkala perjalanan itu sangat jauh...

Khamis, 22 Januari 2009

Destinasi cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

Rabu, 21 Januari 2009

Ambillah waktu untuk bercinta...

"KASIH SAYANG BUKAN HANYA SEKADAR UCAPAN, BUKAN SEKADAR MEMILIKI TAPI SESUATU YANG MEMBERI KITA NILAI UNTUK TERUS HIDUP, BERI KITA KEKUATAN DAN MAKNA SEBUAH PERHUBUNGAN"

TATKALA pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan, rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.

Itulah kekuatan cinta. Satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika cinta singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.

Cinta adalah mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut, dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.

Kasih sayang ialah kenderaan cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada Tuhannya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, Tuhan masih dilihat utama. Cinta sebegini paling agung.

Biasanya seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh, tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah. Tatkala kerajaan China diserang Manchuria dalam zaman keagungan Dinasti Ming, Jeneral Wu tidak segan silu membukakan pintu gerbang kota untuk membolehkan tentera Manchuria masuk dengan mudah. Mengapa Jeneral Wu sanggup berbuat begitu? Disebabkan cintanya diragut oleh maharaja.

Ikut catatan sejarah, Jeneral Wu bercinta dengan seorang gadis bernama Chen, bagaimanapun pada suatu hari maharaja berkenan dengan Chen tanpa mengetahui kedua-duanya sedang bercinta. Maharaja telah mengambil Chen untuk dijadikan gundik daripada sekian ribu gundik yang ada. Jeneral Wu sangat kecewa dan berasa dikhianati oleh maharaja.

Apabila ada serangan dari luar, Jeneral Wu tidak teragak-agak untuk mengkhianati negaranya kerana merasakan tindakanya ialah balasan terbaik untuk seorang maharaja yang bernafsu buas. Padahal dia tahu perbuatannya itu turut memusnahkan dirinya sendiri. Demikianlah cinta boleh membodohkan manusia meskipun tidak dinafikan ramai manusia mencapai cita-cita mereka oleh cinta.

Kasih sayang ialah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.

Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itulah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itulah hak istimewa yang diberikan Tuhan.


Ku nukilkan khas buat seseorang. Aku, kau dan sesuatu...

Selasa, 20 Januari 2009

ke-2

Okes. Amacam teknik yang saya ajarkan semalam? Dapat tak rasakan sedikit perubahan pada diri anda? Kalau takde rasa apa-apa, jangan risau. Cuba lagi dan terus mencuba. Mmm.. Hari ini saya nak sambung tip yang lain pula. Tip yang ke-2 ini adalah teknik pengulangan (repetition). Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut… agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat…

Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

Kesimpulannya: Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)

Kedua-dua tips minda separa sedar ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mental dan juga emosi yang anda simpan selama ini yang kemungkinan besar adalah halangan yang membantutkan potensi anda. Kekuatan saranan positif ke minda separa sedar di gabungkan dengan teknik repetition adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan

Isnin, 19 Januari 2009

Minda separa sedar part 1

Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2 tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.

Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar.

Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari. Cuba bayangkan kalau anda kena berfikir berapa kali denyupan jantung seminit dan pada masa yang sama berfikir macamana nak bawak kereta, tak ke letih tu. Akan tetapi minda separa sedar juga tidak selalunya melakukan apa yang kita mahukan. Ramai yang tahu mereka mempunyai beberapa tabiat buruk dari segi perbuatan dan juga pemikiran. Mereka juga tahu untuk mencapai kejayaan, tabiat buruk tersebut haruslah di ubah… tapi persoalannya bagaimana?

Jawapannya mudah! Gunakan kekuatan minda separa sedar. Teknik yang pertama ialah saranan. Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu)

Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

Di pendekkan cerita: Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.

Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda. Mungkin ia akan datang secara tiba-tiba. Makin besar apa yang anda inginkan, makin lama ler tunggu… yang penting positif thinking dan percaya anda berhak mendapat apa yang anda inginkan. Nantikan teknik yang ke-2

Aku kembali( Lebih kurang cam Tora datang lagi dengan permainan baru...)

Mmm... Ramai yang bertanya, tak update blog ke? Lalu aku menjawab nanti2 la.. Bukan apa. Aku sedang menyiapkan satu cerita. Jadi ia memakan masa. dah siap dalam 60% la. Tu pun kalo ikut perancangan asal. Kalo lari dari perancangan asal, mungkin lagi banyak atau mungkin makin kurang. Tambahan pula rutin harian sebagai seorang pelajar amat membatasi masaku bersama intenet. Namun, apa yang ingin aku tekankan di sini ialah teruskanlah berdoa untuk saudara-saudara kita di palestin......

Selasa, 6 Januari 2009

Bumi palestin berdarah lagi

Sebelum itu marilah kita sama-sama hadiahkan al-fatihah buat para syuhada di bumi palestin. Al-Fatihah....


Amin..
Apa yang akan ditulis ini hanya untuk mereka yang berfikir menggunakan akal fikiran, melihat dengan mata dan memahaminya dengan hati. Allahuakbar!!!

BANDAR GAZA 3 Jan. – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah masjid ketika umat Islam sedang sembahyang di bandar Jabaliya, hari ini.

WASHINGTON 3 Jan. – Amerika Syarikat (AS) semalam menegaskan, tentera darat Israel bebas untuk menyertai serangan udara ke atas Gaza atas alasan “mempertahankan diri” daripada ancaman Hamas.

GAZA CITY 3 Jan. – Tentera Israel melancarkan kira-kira 750 serangan ke atas Genting Gaza sejak 27 Disember lalu dan jumlah penduduk Palestin yang terkorban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 435 orang dengan 2,285 yang lain cedera.

GAZA CITY 5 Jan. – Tentera Israel awal pagi ini menggempur Hamas di Bandar Gaza dengan kereta kebal, meriam dan serangan udara menjadikan jumlah kematian mencecah 510 orang hari ini.

GAZA CITY 6 Jan. – Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel di Deir Al-Balah, tengah Genting Gaza awal pagi ini.