Ahad, 21 Disember 2008

Sekadar mengisi malam...

Di dalam dunia ini didiami oleh pelbagai macam makhluk. Maka, terdapat perbagai jenis ragam yang ada. Variasi yang ada ini adalah ketentuan Tuhan semata-mata. Kita sebagai manusia merupakan pengembara yang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi yang pasti. Ya! Benar! Sangat pasti. Perjalanan bermula dari alam roh, alam rahim, alam kehidupan, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Perjalanan ini memang telah ditentukan sejak dari azali lagi.

Sudah menjadi lumrah dunia, sesiapa yang ingin mengembara mestilah membawa bekal. Jikalau kita ingin berjaya dalam pengembaraan kita, bekal yang kita bawa itu mestilah mencukupi dan mampu untuk menampung segala kejadian yang tidak diingini sama ada kita perasan atau tidak. Seorang pengembara di tanah gersang akan membawa air sebagai bekalan. Tidak lupa juga sedikit wang untuk digunakan di masa kemudian sekiranya musibah datang tanpa diundang. Jadi, kita juga mesti begitu. Hidup ini saling ingat-mengingati. Jadi, alangkah indahnya jika kita mampu untuk mngeingatkan diri kita terlebih dahulu dan kita peringatkan orang lain agar kita sama-sama dapat menuju ke satu jalan yang sama menuju ke syurga.

Hari ini, masalah yang timbul menjadi semakin rumit dek kerana cara pengolahan dan kaedah kita memandang suatu masalah itu. Persepsi yang timbul menyebabkan pandangan mata kita kabur dari melihat kebenaran. Yang hadir hanyalah umpatan, kejian dan fitnah-memfitnah. Kita kadang-kadang sibuk memikirkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat dari sesuatu yang kita fikirkan itu. Apa yang selalu didengari ialah semua manusia tak sempurna dan tak terlepas dari melakukan dosa. Masalahnya, bukankah Tuhan telah berkata di dalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Maka, sepatutnya tiada masalah yang timbul di muka bumi ini. Namun begitu, Tuhan itu Maha Kaya. DIA ingin menguji hamba-hamba-Nya ini. Ketika penciptaan manusia, Tuhan telah mengurniakan satu benda yang sangat bernilai dan tidak ada pada makhluk lain iaitu akal. Akal inilah yang merosakkan kita sendiri pada hari ini. Bayangkan jika akal ini mampu untuk dikawal. Maka, apa yang kita lihat pada hari ini tidak akan terjadi. Peperangan, kemusnahan, persengketaan, lahirnya istilah 'musuh dalam selimut', 'gunting dalam lipatan' dan sebagainya.

Kita kadang-kadang mempunyai peluang dan ruang untuk melakukan sesuatu yang terbaik sebagai bekalan kita di penghujung pengembaraan kelak. Namun kita sering abaikan. Apa yang penting bagi kita ialah kita hanya ingin melepaskan segala permasalahan yang kita tanggung itu seorang. Kita tidak pernah memikirkan tentang orang lain yang juga memainkan peranan dalam pengembaraan kita itu. Cuba kita renungkan sejenak badan kita. Ada tangan, kaki, telinga, hibung, perut, kalau komponen dalaman pula hati, limpa, jantung, usus dan banyak lagi. Semuanya bersistem. Dan sistem ini berfungsi dengan penuh harmoni. Tangan menjalankan kerjanya, kaki menggerakkan badan dan komponen lain juga begitu. Sangat akrab dan bersatu padu.

Kadang-kadang, langit yang disangka cerah sepanjang hari mampu untuk mencurahkan hujan di tengah hari. Masalah dari luar akan hadir tanpa kita undang. Jika perumpamaan anggota badan di atas sebagai contoh, apabila seekor nyamuk datang menghampiri kepala, tangan dengan pantas akan menghalaunya. Begitulah juga kita. Kadang-kadang dugaan datang melana, kita harus bersedia dan yakin menempuhinya. Jangan biarkan nyamuk itu meghisap darah kita sampai kering dan akhirnya kita mati kekeringan ataupun menghadapi menyakit bawaan nyamuk.

Bersyukurlah.

Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih(surah Ibrahim ayat 7)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Terima kasih tuhan atas segala pemberian-Mu. Insaflah... Sukar benar ingin melakukannyakah?



p/s: aku berkata bukan untuk didengar atau dibaca. aku berkata untuk diriku sendiri. yang pasti, telingaku ini lebih dekat dengan mulutku yang berkata-kata ini dari telinga orang lain. berfikir dan terus berfikir. perjalananku untuk mencari diriku yang dulu.....

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat Bukhari & Muslim )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( Riwayat At-Tarmizi)

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DARI orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Wallahualam....





1 ulasan:

miNa berkata...

haha..aku baru bace entry ni..well, mmg tepat pd masenye..thanks ingatkan aku