Special thanks to Mr Faizal....
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (kalau nak Potong 2 @ 4 je)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (aku tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran (cari je kat tesco)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega
Cara-cara :
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan
bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa
membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan
campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Sos Lada Hitam (homemade)
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki (kalau nak itam taruk la lebih)
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu
Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis
pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis,
mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula
jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.
aku masak menggunakan pemanggang ajaib, lepas perapkan ayam (aku perap 1
jam jerk pun dah terasa perapannya) masukkan je ayam yang kita dah
perap dalam pemanggang ajaib, masak dalam 30/45 minit atau sehingga ayam
dah masak..balik² kan jgk la ayam kita tu ye, jgn tutup pemanggang
sampai x tgk²/balik² kan ayam tu pulak..hangus terbako tanggung
sendiri..
Penat gile nak taip bende ni...
selamat mencube.......
1 ulasan:
Catat Ulasan