Khamis, 20 Mei 2010

Antara bidadari dan Penghuni syurga...

Wahai kakakku... Kenapa lemah sungguh kaum hawa itu? Asyik berteman tangis dan sendu saja..
Wahai adikku... Bukan wanita lemah dek kerana tangis dan sendunya.. Tetapi di situlah wahai adikku.. kekuatan yang bisa meleburkan ego seorang lelaki.... menjadi izzah yang paling gah.. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki... kerana sendu rayunya.. Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun... Duhai adikku... Lembut wanita itu bukan lemah.. tetapi senjata..

Namun wahai kakakku... Wanita itu fitnah dunia..
Pernahkah adikku dengar... Pesanan Ilahi pada hambaNYA??? Wahai lelaki-lelaki yang beriman.. Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu... Cuba adik nilai... pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-rijal.. kerana andai si lelaki menjaga pandangannya.. maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya...maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya... dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita... agar memelihara auratnya... kerana di situlah kehormatannya... bukan fitnah semata-mata.. jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu... sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh..

Tapi kakakku... kenapa wanita itu menjadi peragaan.. tidakkah mereka merasa malu??
Wahai adikku sayang.. ah-haya(sifat malu).. ada dalam diri setiap insan.. wujudnya seiring dengan nafas insani... dan al-haya itulah pakaian iman pada diri wanita itu... indah al-haya sebagai pembenteng diri... namun.. bila mana al-haya itu lebur.. imannya runtuh...

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid... merasakan diri belum cukup menarik.. mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi... Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu... wahai adikku.. 1001 keindahan penciptaan wanita... pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir...

Selasa, 18 Mei 2010

Memoir kereta sport..

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya. Ayahnya seorang hartawan yang ternama... Si ayah hanya tersenyum... Si anak bertambah yakin. Andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.


Beberapa bulan berlalu, ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga riang.


Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima.


Kotak itu bertukar tangan... Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka.


"Apa makna semua ini???" si anak menanyakan soalan kepada si ayah. Sebuah Al-Quran kecil, comel dgn cover kulit serta tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan.


Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.


"Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu utk membelikannya. Sudahlah ayah. Bukan al-Quran ni yang saya nak..."katanya keras.


Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah. Tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg lantas dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya dan memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yang dimilikinya.
Sepuluh tahun berlalu.. Si anak kini merupakan seorang yang berharta dan mempunyai syarikat sendiri. Dia juga memiliki seorang isteri yang cantik dan anak-anak yang cukup comel. Kehidupannya cukup membahagiakan. Namun hatinya tiba-tiba tersentuh...
Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu, dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering. Panggilan itu adalah dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Jadi,si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Dia memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya.
Hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya, Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ dan mengambil al-quran itu. Dia membelek-beleknya dengan penuh keharuan...
Tiba- tiba... Jatuh sesuatu dari Al-quran itu. Segugus kunci dari muka belakang Al-quran itu. Terdapat sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungutnya. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya dan dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah.
Disebalik resit pembelian itu terselit tulisan tangan dari orang yang amat dikenalinya selama ini.
Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku.
Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Seribu penyesalan mula bertandang namun semuanya sudah terlambat.
Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati......

Sabtu, 15 Mei 2010

10 Situasi Lelaki Yang Harus Wanita Fahami

1. Bila si dia sibuk....... . Jangan pulak terhegeh-hegeh mintak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik.... .... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin, bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran....... . Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.


5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah...Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... .. Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya, buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


Dipetik dari Deanzzz

Isnin, 10 Mei 2010

Praktikal...

Hmmm.. sudah lama tak update blog.. skang nih tangah sibuk dengan latihan industri di stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka. Hmm.. Boleh tahan penat la ekpesialli kalo masuk ladang.. kAt sini pengkhususan pada penghasilan minyak pati dan produk yang berasaskan herba. Kat sini ada 2 usahawan yang terlibat dalam program inkubator. Satu dalam penghasilan minyak pati dan satu lagi dalam pengasilan produk berdasarkan herba iaitu sabun, gel mandian dan sebagainya. Best la praktikal kat sini... Staf semua best2.. yang tak besnya adalah aku sorang je lelaki.. yang lain suma pompuan. 1:8. huhu.... Semoga dengan apa yang aku pelajari di stesen mardi kuala linggi dapat dimanfaatkan pada masa akan datang...