Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga Allah bersumpah paling kurang dua kali mengenainya di dalam Al-Quran.
Penemuan sains pada hari ini menunjukkan apabila bintang-bintang (iaitu kebanyakannya) melalui proses kehancuran ia bertukar menjadi gumpalan gas yang terpisah daripada bahagian dalamanya. Fenomena ini adalah selari dengan penjelasan Allah yang bermaksud "Maka apabila langit terbelah".
Gas-gas atau nebula ini kemudiannya bersinar dan apabila dilihat dari jauh, ia kelihatan menyerupai bentuk-bentuk tertentu anatarnya bentuk bunga ros merah yang bersinar. Inilah yang ditemui oleh pakar-pakar ilmu astronomi di alaf ketiga ini.
Penemuan nebula seperti bunga ros ini menjadi berita hangat di peringkat antarabangsa, CNN.com bertarikh 12 September 2002 melaporkan mengenainya di bawah tajuk,"Hubble Spies Soft Roses In Tough Neighborhood" yang bermaksud "Teleskop Hubble Menemui Ros yang Lembut di Persekitaran yang Mencabar".
Spaceflight.com melaporkan penemuan ini pada 12 September 2002 di bawah tajuk,"A Roses Blomming In Space," yang bermaksud "Bunga Ros yang sedang Mekar di Angkasa."
BBC News Online bertarikh 13 Februari 2004 pula melaporkannya di bawah tajuk, "A Valentine Rose From The Cosmos" yang bermaksud, "Bunga Ros Valentine daripada Angkasa".
Space.com melaporkan penemuan ini pada 6 Disember 2004 di bawah tajuk,"A Rose, Even in Space" yang bermaksud, "Bunga Mawar adalah Bunga Mawar yang terdapat di Angkasa". Walaubagaimanapun, apa yang pasti adalah ayat Quran ini diturunkan bukan bertujuan menceritakan kelahiran nebula ros ini. Apatah lagi hampir kesemuaulama mentafsirkan ayat ini mengaitkannya dengan kejadian Hari Kiamat. Namun, sekiranya difikrkan secara mendalam, terdapat satu aspek yang sama antara insiden kelahiran nebula ros ini dengan kejadian Hari Kiamat iaitu kedua-duanya berkait rapat dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang. Justeru ayat Quran ini menceritakan dengan jelas keadaan yang boleh dan mungkin berlaku apabila bintang-bintang melalui proses kehancuran pada Hari Kiamat nanti.
Bagi Umat Islam apa yang penting adalah apabila ayat ini diturunkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui semasa bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dua dan bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini pula boleh menjelma dalam bentuk bunga ros yang bersinar. Fenomena ini hanya difahami dan dikesan baru-baru ini dan fenomena ini diceritakan didalam Al-Quran. Inilah aspek yang paling penting mengagumkan bagi umat Islam. Ia menguatkan lagi keyakinan Al-Quran ini sebenarnya kalam Allah.
Walaubagaimanapun, paling penting adalah ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Kiamat semasa kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu kita kecuali Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan