Sabtu, 30 Mei 2009


Andai kuhampar lautan di hadapanmu,
Kau tak bisa berhenti.
Andai kubina tembok halanganmu,
Kau tetap pergi.
Biar luka tekakku memanggilmu,
Kau takkan jua kembali.

Aku tidak bisa buat sesuatu
Kau milik ilahi
Kupujuk diri sekadar termampu
Menerima kehilangan ini.

Moga, hilangmu,
Hilang berganti...

Puas sudah
Kucari kebahagiaan
Di sisi teman-teman
Kudapat hanya kelalaian

Ku cari lagi
Di hati seorang kekasih
Kudapat hanya kekecewaan
Dan ku terus mencari
Dalam meniti hari
Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari
Membawa sekeping hati
Yang sarat kerinduan
Rindu yang tiada haluan
Aku keliru sendiri
Apa yang kucari?
Apa yang kuperlukan?
Aku masih tidak bisa mengerti
Yang pasti
Kekosongan hati ini minta diisi.

Sejenak ku tersedar
Aku mencari cinta agung
Buat jiwaku yang merindukan
Hakikat kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan

Ku sedar
Destinasi pencarianku di sini
Ku mencari-Mu tuhan
Mengharap keredhaan
Menagih kebahagiaan
Dari sinar cahaya iman

Semakin kuusir semakin ia hadir
Semakin kulupakan
Semakin ia membelenggu fikiran
Kusedar kini
Hatiku milikmu
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar
Di tangkai naluri...

Isnin, 25 Mei 2009

Selamat Tinggal Malaysia

Kembara ke bumi serambi Makkah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Biar luput dari pandangan, tidak pupus dari ingatan.... Doakan aku selamat pergi dan kembali. Kembali sebagai mana pergi. Tanpa membawa pulang virus selsema babi. A(H1N1). Ya Allah, jauhkanlah aku dari malapetaka dan perkara-perkara yang tidak baik. Kau sejahterakanlah perjalanan kami pergi dan balik serta semasa sepanjang berada di sana...

Selasa, 19 Mei 2009

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab.
Aku kau dan sesuatu...
Siapa aku? kau? dan apakah sesuatu itu?
Sehingga kini masih belum diketahui...

Jumaat, 15 Mei 2009

To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, but to be loved by Allah is everyting...

Isnin, 11 Mei 2009

Milik siapakah gadis ini? Wajah lembut bagaikan sutera.... Ingin hatinya ku miliki. Apakah kan terdaya. Milik siapakah hati ini? Bagai berkurun lama kesepian. Ingin aku mencurahkan kasih kepada yang sudi. Adakah ia sudi? Lama telah kuimpikan gadis sepertinya mengisi taman hati dengan cahaya kasih suci.

Siapakah gadis yang kuidam???

Khamis, 7 Mei 2009

Tautan hati

Puas ku rayu, puas ku seru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas Rasul-Mu,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.

Tak best... best...tak best

Gi lab. Pastu takde orang. Tak best
Tengok result kimpet. Best
Semua perkara yang buat arinih. Tak best

Kesimpulan = Arinh tak best.