Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Orangekidz Crew mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia... Moga syawal kali ini memberikan kita seribu kemaafan dan kemeriahan di samping insan yang tersayang...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF 100 PLUS DAN POWER ROOT ALI CAFE

Raya

Akhirnya dapat gak menginternet... Hmm... ada pelbagai perkara yang akan dikupas bersempena dengan sambutan hari raya aidilfitri ni.. tak sangka plak kalo dok kat rumah nih macam2 idea datang.. Isunya ialah... Antara jaga badan, jaga makan dan jaga kesihatan... Macam sama tapi tak serupa... Mana satu pilihan anda? Tunggu kupasannya..

Jumaat, 11 September 2009

Mencari lailatul qadar.. (Bukan laila tuk kadar)

Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi keberkatan. Walau bagaimanapun di dalam bulan ini terdapat satu hari yang paling suci iaitu malam Lailatul Qadar. Pahala beribadah di malam ini menyamai seribu bulan iaitu lapan puluh tiga tahun. Bahkan sepanjang setahun, malam ini juga adalah hari yang terbaik dalam kehidupan manusia

.

Sedarkah kita semua bahawa Allah SWT telah memuliakan kita pada malam ini. Malam Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana malam itu menyaksikan turunnya al-Quran al-Karim. Menurut pandangan sebahagian besar ahli tafsir, al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam Lailatul Qadar. Manakala al-Quran diturunkan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui perantara Jibril a.s. sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama 23 tahun.


Bagi orang yang beriman, pada malam itu adalah peluang untuk mereka mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba untuk bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5:


Maksudnya:Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.”


Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, maka mimbar menyeru, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran yang berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannya. Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehinya dan rugilah siapa yang melepaskannya.

Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah. Firman Allah SWT melalui surah al-Dukhan ayat 3-6:


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Berdasarkan ayat tadi menurut sebahagian ulama, Allah SWT telah menentukan rezeki dan Qada’ Qadar ke atas segala makhluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan oleh Allah SWT kepada kita. Menurut Imam al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam Lailatul Qadar ialah:


Pertama : Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walaupun telah ditetapkan malam tertentu, atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya.

Ketiga : Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.


Lailatul Qadar menjadi kayu pengukur atas kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza-beza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat yang paling kuat terjadinya lailatul al-Qadar itu ialah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:



Mafhumnya: “Cari malam Lailatul al-Qadr di malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan Lailatul Qadar?. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya agar berusaha sedaya upaya mendapatkan Lailatul Qadar ini. Menurut Imam Bukhari dan Muslim bahawa Sayyidatina ‘Aisyah meriwayatkan:



Maksudnya: “ Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah ) dan uzlah dari isteri-isterinya. ”

Berdasarkan mafhum hadith tadi antara langkah-langkah untuk mendapatkan Lailatul Qadar itu adalah:

Pertama: Hendaklah seseorang itu tetap iman dan takwanya kepada Allah SWT.

Kedua: Hendaklah mengikhlaskan niat sepenuh hati memohon keredaan Allah SWT.

Ketiga: Meninggalkan sementara keseronokan dunia dengan beriktikaf di masjid sambil beribadat sepuas-puasnya.

Keempat: Mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menghidupkan lailatul Qadar.


Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.

(Ali Imran:133)



Isnin, 7 September 2009

Tolong ustaz... Ana sudah wajib berkahwin...

b0165

“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa.

“Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik.

“Err…” beliau kebingungan.

“Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi.

“Ye lah, hari-hari terserempak di kuliah. Hari-hari terserempak di kafe. Susah nak elak!” ujar beliau dengan nada serius.

“Oh, susahlah macam tu. Kalau anta sentiasa terpaksa berkahwin dengan orang yang anta terserempak hari-hari, jenuh la masa kerja di KLCC nanti. Ramai orang ‘hebat’ yang anta bakal terserempak setiap hari!” saya cuba mencuit perasaannya.

“Ustaz! Tak membantu langsung la macam ni!” kata beliau dengan nada agak kecewa.

“Haha, janganlah kecil hati. Ustaz mengusik aje. Tapi dalam usik tu ada kebenarannya. Betul tak?” saya menepuk bahunya.

Beliau tersengih.

“Kalau anta yakin yang anta sudah sampai ke tahap wajib kahwin, apa yang menghalangnya?” saya bertanya lagi.

“Segalanya, ustaz. Ibu bapa, penaja, financial dan seluruh petala langit dan bumi!” kata beliau dengan nada dramatik.

Saya ketawa. Antara kasihan dan geli hati.

“Hmm, kalau begitu nampaknya anta kenalah berpuasa sebab sudah ada keinginan yang tinggi, tapi belum ada kemampuan,” saya berkongsi.

“Puasa tu puasa dah ustaz. Tapi keinginan tu tak pernah pudar. Zaman student macam ini memang selalu terpaksa puasa pun. Terutamanya hujung bulan. Kalau tak mee segera, puasalah jawabnya!” tambah beliau lagi.

“Puasa yang macam itu tidak membantu anta. Ia bukan latihan. Ia bukan puasa yang dimaksudkan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” saya seperti sudah bertemu dengan salah satu ‘masalah’ anak muda ini.

“Maksud ustaz?” beliau meminta huraian.

PUASA SEBAGAI BENTENG

wijaa

“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]

Itu pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan.

Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Namun, mekanisme puasa sebagai benteng perlu difahami. Andai benteng itu hanya benteng sekadar mengempang keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu bisa pecah kalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.

Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.

Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN

Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa kerana menahan diri dari nikah seketika. Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan bernikah semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!

Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.

Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.

Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.

KESAN HIDUP YANG KONDUSIF

Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.

Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

Justeru mungkin pengalaman mahu bernikah menjadi pengalaman pertama si anak muda berdepan dengan situasi tidak mampu mencapai impian dan keinginan. Namun dek kelemahan diri yang sukar untuk berkata TIDAK dan menundukkan kemahuan kerana sudah biasa dapat apa sahaja yang dihajat, kebijaksanaan minda dan ketinggian mata akademik bagai kosong dari sebagai nilai jati diri.

Tumpas.

Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Itulah bencana lemah kawalan diri.

Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu.

Justeru bagi anak muda yang sedang sampai tahap wajib kahwin namun terhalang oleh 1001 halangan, wajibkanlah dirimu dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri.

1749

KESIMPULAN

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Puasa sudah diberi sebagai wija’.

Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:

  1. Makan
  2. Minum
  3. Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
  4. Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
  5. Bertindak reaktif membalas provokasi.

Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.

Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.

Puasa bukan empangan yang menanti pecah.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.

“Alhamdulillah. Terima kasih ustaz,” kata anak muda itu.

“Sama-sama” saya menjawab.

“Cuma, macam mana kalau saya faham semua nasihat ustaz itu tetapi tiada kekuatan untuk melaksanakannya?” soalan tambahan pula diajukannya.

“Oh, senang sahaja. Ambil tangan letakkan kepada api!” saya memberi simpul mati.

“Oh, hehe!” ketawa beliau kerana sudah tiada apa yang mahu disoalkan lagi.

Anda berusaha.

Kami doakan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Rabu, 2 September 2009

Senyum seindah suria...

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

Pen merah, pen biru, pen hitam....
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.

Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.