Sabtu, 20 November 2010

Musim kawin datang lagi... (macam Tora datang lagi.. hahaha)



Musim cuti sekolah kembali lagi... Dan seperti biasa, musim orang kawin juga kembali. Jadual jemputan kenduri di hujung minggu sudah mula padat sehingga akhir bulan 12. Ada yang sampai 4 jemputan sekali dalam satu hari.. Hmm.. Pelik jugak kan?? Kenapa perlu tunggu cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan?? Pengantin tu bersekolah lagi kah??? Hmm.. Walau apa pun jawapan mereka, aku nak ucapkanlah SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan aku yang pernah menjadi bos aku dulu, Syafiqah Binti Mohd Radzi dan pasangannya Muhammad Hasbullah Bin Abd Hadi yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 27 November 2010. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat... Amin...

SELAMAT PENGANTIN BARU
Syafiqah Binti Mohd Radzi
&
Muhammad Hasbullah Bin Abd Hadi

27 November 2010


ALAHAI OMAK KAWINKAN AKU!!! TAHNIAH PIKA!!

Sabtu, 13 November 2010

Wife wanted

A man inserted an ad in the classifieds column of the local newspaper under the heading 'WIFE WANTED!!'. In the next day, he received hundreds of replies. All of them said the same thing..

"You can have mine!"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Question: Are you married?
Answer: No, I'm divorced.
Question: And what did your wife do before you divorced her?
Andwer: A lot of things I didn't know about...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Note on top of gas cylinder: WARNING ON THE BOTTOM..

So obviously, everyone will turn it upside down to read the warning which says: WARNING! DO NOT TURN UPSIDE DOWN!!!

Jumaat, 12 November 2010

Doktor oh doktor....

Hmm...Setelah lebih kurang seminggu demam+sakit tekak+sakit sendi2 badan, akhirnya sembuh jua aku.. alhamdulillah... Masa hari kedua demam tu yang paling teruk. Tak tahan sangat sampai gi jumpa dr. Setelah diperiksa, temp 40.2C. Dr pun syak denggi.. Katanya kalo lagi 3 hari tak elok, kena gi check darah kat spital. Takut denggi... Huhu... Beliau pun bagilah aku MC 2 hari bersama-sama dengan sekeping surat. Surat untuk refer kat spital kalo demam tak elok. Sampai je kat rumah, aku pun bukak la surat tu... saja nak baca apa yang dr tu tulis... Hmmm... Patut la orang kata tulisan dr nih spesel. Aku leh baca to: MO/OPD/Casualty GH Melaka jek... tu pun aku rasa tulisan jururawat tu... yang bawah dari tulisan tu. sepatah haram aku takleh baca.. Tulisan murid aku yang paling hampes pun masih boleh baca lagi.. huhu... tapi bila pk2 balik, ada baiknya dr tu tulis cenggitu. Mana la tau, kalo ada orang yang jenis cam aku. nak gak baca surat dr tu... Skali ble bukak je... dalam surat tu tulis...

PESAKIT INI DAH TIADA HARAPAN. BOLEH HIDUP SEMINGGU JE LAGI...


Mau jalan terus orang yang sakit tu... Takyah tunggu seminggu pun.. huhuhuhu... hmm.. apa2 hal pun, syukur pada Allah yang memberikan kesihatan kembali kepadaku dan terima kasih juga tuan doc kerana sudi merawat...

Rabu, 10 November 2010

Aiskrim goreng.... Nyum.. Nyum...



Ahha... Dari hari ke hari.. Ada jek insan yang tanya aku camne nak buat aiskrim goreng tu... Dan dari hari ke hari jugaklah aku tak bagitau.. Hahahaha... jadi, hari nih aku nak bagi la resepi untuk buat aiskrim goreng tu supaya korang suma boleh rasa keenakannya.. hmmm.... hehehe..


Bahan-bahan untuk buat aiskrim goreng nih senang jek..

1) Aiskrim(dah kompom2 la kan... tak kisah la perisa apa. yang penting aiskrim. jangan beli aiskrim yang batang tu plak apatah lagi connetto. beli yang dalam bekas plastik tu....)

2) Roti sandwich(tak kisah la jenama apa. yang penting jangan yang dah ekspayet suda..)

3) Ayam golek seko. (untuk orang yang bg resepi nih kat korang la... hahahahaha)


Cara-caranya....

1)Ceduk aiskrim tersebut, kemudian letakkan di atas sekeping roti. Kalo rasa kedekut, letak la satu caduk jek.. Kalo nak rasa best, letak la 2 ceduk.

2)Kemudian kepitkan roti yang telah mengandungi aiskrim tadi dengan sekeping lagi roti. (dah jadi ala-ala sandwich la...)

3) Pastu, penyet2kan di sekeliling roti tersebut menjadi bulatan. Pastikan kedua-dua roti tersebut melekat antara satu sama lain supaya masa menggoreng nanti. minyak tak masuk ke dalam aiskrim.

4)Potong roti tersebut dengan gunting supaya nampak la kemas sket dan nak buang kerak roti yang tak digunakan..

5) Dengan sepantas kilat, bukak peti ais dan masukkan roti yang mengandungi aiskrim itu. Kalo nak mudah, masukkan roti tersebut ke dalam plastik supaya senang nak ambil nanti.

6) Biarkan roti anda bersemadi di dalam peti ais tersebut selama semalaman.

7)Esoknya, panaskan kuali+minyak(pastikan minyak dah betul2 panas)

8)Campakkan dengan sopan roti aiskrim tersebut. Dalam kiraan tiga, angkat kembali roti anda. (Jangan biarkan ia mandi terlalu lama di dalam kuali. Nanti aiskrim cair!!)

9)Bukak mulut, pastu makan la aiskrim goreng anda...(tu pun nak bgtau gak ke?? hahahaha)


Begitulah kaedahnya untuk membuat aiskrim goreng... Senang bukan??? Kalo di pasaran, seketul aiskrim goreng nih boleh sampai rm2.00. Tu dari pengalaman masa jual aiskrim goreng dulu la.. hehehe...


SEKIAN...


SELAMAT MENCOBA.... HAHA.. JANGAN LUPA AYAM GOLEK AKU.. HAHAHA.....

Jumaat, 29 Oktober 2010

HARI KANTIN

Kepada mereka yang duduk berdekatan dengan kawasan MASJID TANAH, marilah memeriahkan lagi HARI KANTIN di SK SRI LAKSAMANA pada hari SABTU(31 OKTOBER 2010). Pelbagai aktiviti menarik menanti anda... Jangan lupa berkunjung ke gerai no 6 yang menjual nasi ayam spesel... Dibawakan khas untuk anda....

Ahad, 17 Oktober 2010

Alahai pencuri..

Suatu hari, di sebuah stesen minyak di selatan tanah air...

Pekerja 1: Wan, malam tadi budak yang mencuri kat kedai kita tu datang lagi. Aku mula tak perasan, tapi bila aku tenok dalam CCTV baru aku nampak dia buat apa sebenarnya... Patut la macam terhendap2.

Pekerja 2:Kau kerja shift malam ke semalam?

Pekerja 1: A ah! Ishh... Budak tu macam tak takut je kan... Kalau aku dapat, aku lanyak sampai lunyai...

Pekerja 2: Dia macam tak rasa takut pun nak mencuri. Termasuk semalam jek dah 3 kali kita kesan orang mencuri kat dalam kedai kita nih. Kau rasa la kan, apa pasal la kedai kita nih asyik orang datang nak mencuri jek?

PELANGGAN: Alaa.. Saya tau jawapannya.. Tuu.... (sambil menunjuk ke arah satu poster bersaiz F4 di papan kenyataan)

Pekerja 1: Haa.. Tu adalah gambar yang dirakam dengan kamera CCTV kami.. Awak kenal ke pencuri-pencuri tu?

PELANGGAN: Bukan itu maksud saya... Cuba baca apa yang ditulis kat poster tu...


PENCURI DIKEHENDAKI
p/s: Mana la tak ramai orang gi mencuri kat stesen minyak tu.. Aku rasa orang yang mencuri tu tak salah. Sapa suruh naikkan poster macam tu... Jadi diorang ingat stesen minyak tu memang memerlukan pencuri.. Seperti 'attendan pam minyak dikehendaki'. hahaha..


Isnin, 11 Oktober 2010

KONVO!!!!

Alhamdulillah.. Selepas 4 tahun di UPM, akhirnya semalam aku bergraduat juga... Di hari yang best dengan tarikh pun best.. Terima kasih tak terhingga buat famili atas sokongan dan dorongan anda selama ini.. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sudi hadir di hari kejadian... Gambar akan diupload kemudian.. hehe.. Nantikannya...


p/s: aritu karang cerita. sampai tengah2 cerita, stuck la plak... idea hilang.. huhu...