Khamis, 16 Jun 2016






Assalamualaikum... Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya akan kembali menyerikan blog ini. Buat masa ini, saya sedang menjalankan perniagaan menjual minyak wangi di Uptown Pelangi, Semenyih. Pelbagai jenis dan gred minyak wangi yang dijual. Untuk semua peminat minyak wangi, nantikan posting saya berkenaan dengan minyak-minyak wangi yang saya jual... Lebih mudah jika anda berkunjung ke gerai kami di tapak #359Uptown Pelangi, Semenyih. Berhadapan TESCO Semenyih.. Hehe..

Rabu, 17 Julai 2013

Ayam Panggang ala kenny roger n out... hahaha

Special thanks to Mr Faizal....

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (kalau nak Potong 2 @ 4 je)

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (aku tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran (cari je kat tesco)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega

Cara-cara :

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam (homemade)

Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki (kalau nak itam taruk la lebih)
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

aku masak menggunakan pemanggang ajaib, lepas perapkan ayam (aku perap 1 jam jerk pun dah terasa perapannya) masukkan je ayam yang kita dah perap dalam pemanggang ajaib, masak dalam 30/45 minit atau sehingga ayam dah masak..balik² kan jgk la ayam kita tu ye, jgn tutup pemanggang sampai x tgk²/balik² kan ayam tu pulak..hangus terbako tanggung sendiri..

Penat gile nak taip bende ni...

selamat mencube.......

Selasa, 26 Jun 2012

Kosong

Khamis, 17 Mei 2012

Aku hanya kuli...



Assalamualaikum... hari ini aku nak postkan satu kisah yang berlaku ke atas diri aku sendiri.. Mungkin bagi anda diluar sana apa yang aku ceritakan ini tidak menarik langsung tapi who cares?? Ada aku kesah.. Hahahah.... Kisahnya begini...

Manusia 1: Mat, aku tengok kau nih aku jadi sedih la...
Manusia 2: Kenapa??
Manusia 1: Ye la... Kau ada kelulusan tapi kerja kuli jugak.. Macam tu baik tak payah belajar tinggi2...
Manusia 2: Kenapa? Ada masalah ke?
Manusia 1: takde la... kau keje sekarang nih tahap macam aku nih haa... aku takde spm pun. keje sama macam yang kau keje sekarang.... kau cari la keje yang bersesuaian dengan kau.... nih tidak.. membazir je kau punya degree tu...
Manusia 2: Ooo.. Hahaha... Aku belajar dulu untuk ilmu bukan untuk kerja.. Lagipun masa makin bertambah, manusia makin bertambah, persaingan makin banyak. Aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Takkan dengan nak mengharapkan skrol ijazah aku tu aku nak canang satu dunia bahawa aku ada ijazah. Sudah tentulah beribu2 lagi orang ada ijazah yang aku ada sekarang. Jadi, dari aku tak buat apa-apa kerja dan duduk menganggur, lebih baik aku bekerja. Jadi ada la juga hasilnya. Boleh hidup sndiri dan bayar hutang masa belajar dlu. mengenai pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan aku tu, aku tak boleh komen apa la... tu kau kena tanya pihak kerajaan kenapa buat polisi yang digunapakai sekarang ini.... kita nak lahirkan ramai graduan, ramai cendiakawan, tapi mereka lupa, adakah graduan dan cendikiawan yang dikeluarkan itu graduan yang bekerjaya?? cendikiawan yang berjaya?? Kalau dah purata tahap pendidikan rakyat malaysia dah meningkat, maka keperluan pekerjaan juga perlu meningkat. kalau sekali bergraduat, graduan sampai beribu orang, kekosongan jawatan hanya 50 tempat, jadi sendiri fikir la... soal kenapa aku keje kuli, sebab kerana masyarakat malaysia ada warga macam kau nih la... hahaha...
Manusia 1: Apahal pulak??
Manusia 2: Cuba kau tengok di sekeliling... Kau tak terasa kau berada macam di Bangladesh ke, Myanmar ke, Nepal ke???
Manusia 1: Hmmmm.... emmm.... (tak berkata apa2)
Manusia 2: Sebab rakyat malaysia nih memilih kerjalah yang menyebabkan kebanjiran warga asing ni.... kalau diorang boleh hidup dengan gaji rm450 sebulan, kenapa tidak kita... 

RUMAH KITA
Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.

p/s: Walaupun aku keje kuli, gaji kecik, x glemer, tapi aku tetap bayar PTPTN (ada kena mengena ke?? hahaha...). Dari ada orang tu, keje hebat, gaji beso tapi hidup penuh dgn utang (haa... baru ada kena mengena sket...hahaha....)

Isnin, 7 Mei 2012

Yes, Ideaaaa....

Salam semua.... Alhamdulillah... Syukur dikurniakan Allah nyawa untuk terus hidup pada hari ini. Alhamdulillah, hari ini dah dapat satu idea untuk memulakan penulisan.. Maka bermulalah perjalanan penulisan sebuah rencana bertajuk, 'Ajarkan Aku Bercinta'.. Moga penulisan ini dapat sampai ke akhirnya..

Khamis, 26 April 2012

Cuti Yoooo.....

Esok adalah 27/4/2012. Pakcik aku pun akan pulang dari mengerjakan umrahnya. Jadi, esok aku akan bercuti (yeyyy...) selama 5 hari sampai la selasa. Nasib baik ketua jabatan yang baik tu bagi cuti.. Jadi dapat la aku bercuti.. Hmm.. Apa projek cuti2 nih eh?? Aku rasa cam nak gi mancing la... Mancing laut... Tapi aku tak reti.. Hahaha.... takpe2.. tak reti la kena belajar kan??? Jadi sat lagi aku nak cari web2 yg ada pasal mancing nh... 

Untuk minggu depan sempena cuti hari pekerja, aku memang dah ada job dah... Job baik punya... Mengecat rumah sendiri... Hahahaha... Keler apa nak cat tahun nih ha??? any idea?? Ok la... Nk cari website mancing jap... Babai... 

p/s: nanti kalo dapat ikan saya akan upload gambo.. hehehe...

Ahad, 11 Disember 2011

Cinta Muka Buku...



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪

... ... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪

Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪

Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...


Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪

Dipetik dari laman:http://sayaorangkecil.blogspot.com/2011/12/cinta-muka-buku-by-najwa-latiff-edisi.html

Kalau difikirkan kembali, kenapalah jenayah salah laku sosial berlaku dengan pesatnya seiiiring dengan kepesatan teknologi internet... Kalau kita hayati lagu pada lirik yang sebenar menunjukkan betapa murahnya harga diri seorang gadis. Hanya kerana sedikit pujian, kata-kata manis, mereka menyesakkan fikiran mereka untuk berteka teki dengan insan yang bakal dijumpainya setelah berkenalan hanya di laman maya... Di alam maya semuanya lakonan. Yang lelaki menyamar jadi perempuan dan sebaliknya, muka pecah rumah letak gambar muka engineer yang buat bangunan besar2... Pastu bila jumpa, kecewa... Janji ntah kemana, kata-kata manis ntah ke mana... Hmmm... Mari kita fikirkan sesama la ye......

p/s: sodap gak lirik nih... buleh buek lagu... hahaha...